SEREMBAN: Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pengurusan) Datuk Masri Razali dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dalam kenyataan hari ini berkata Masri menggantikan Datuk Zazali Salehudin yang bersara wajib daripada perkhidmatan awam.
"Penyerahan tugas dan proses mengangkat sumpah telah berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti ketetapan Majlis Keselamatan Negara," katanya.
Masri yang merupakan lulusan Sarjana (Pentadbiran Perniagaan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam pada 1997 sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
Beliau seterusnya dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada tahun sama serta pernah berkhidmat di Kementerian Dalam Negeri, Institut Tadbiran Awam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Aminuddin berkata kerajaan negeri turut merakamkan penghargaan kepada Zazali atas perkhidmatan beliau sebagai Datuk Bandar MBS sejak 1 Jan tahun lepas.
"Semasa perkhidmatan beliau, Seremban telah berjaya dinaikkan taraf sebagai sebuah bandar raya dan buat pertama kalinya, dua Pihak Berkuasa Tempatan telah digabungkan untuk membentuk Majlis Bandaraya Seremban," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 23 2021
![Masri dilantik Datuk Bandar MBS yang baharu Masri dilantik Datuk Bandar MBS yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627016192_MasridilantikDatu.jpg)
Masri menggantikan Datuk Zazali Salehudin yang bersara wajib daripada perkhidmatan awam. - Foto Sinar Harian
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
!['Dakwaan ubah suai tandas awam jadi milik persendirian tidak benar' 'Dakwaan ubah suai tandas awam jadi milik persendirian tidak benar'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696299126_Dakwaan.jpg)
'Dakwaan ubah suai tandas awam jadi milik persendirian tidak benar'
Datuk Bandar berkata, bangunan berkenaan berstatus pemilikan berstrata yang diuruskan oleh ejen pengurusan.
![Seremban bandar pintar, rendah karbon menjelang 2027 - Datuk Bandar Seremban bandar pintar, rendah karbon menjelang 2027 - Datuk Bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679329523_AminuddinHarun.jpg)
Seremban bandar pintar, rendah karbon menjelang 2027 - Datuk Bandar
Mahu wujudkan bandar selamat dan utamakan isu keselamatan termasuk penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) serta penglibatan komuniti.
![Penduduk bimbang tanah mendap makin melebar Penduduk bimbang tanah mendap makin melebar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673565901_tanahmendap.jpg)
Penduduk bimbang tanah mendap makin melebar
Kejadian tanah mendap di kawasan itu pada Oktober tahun lalu itu membimbangkan penduduk berikutan ia turut melibatkan rekahan di jalan raya yang mungkin boleh menjejaskan kediaman mereka.
![Masri dilantik Datuk Bandar MBS yang baharu Masri dilantik Datuk Bandar MBS yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627016192_MasridilantikDatu.jpg)
Masri dilantik Datuk Bandar MBS yang baharu
Datuk Masri Razali dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang baharu berkuat kuasa hari ini.