Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandang serius kes yang melibatkan penderaan anak-anak yatim oleh rumah perlindungan persendirian. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Rohani Abdul Karim menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Talian Nur supaya tindakan boleh diambil.
Kata Datuk Rohani, kerajaan tidak akan melepaskan sewenang-wenangnya pengusaha rumah perlindungan anak-anak yang menyalahi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan kementerian.
“Kita akan masuk campur dalam perkara sebegini walaupun institusi perlindungan persendirian. Setiap rumah perlindungan anak-anak yatim perlu mematuhi garis panduan operasi (SOP) yang sama. Jadi mereka tidak boleh melakukan perkara sewenang hati”, kata Datuk Rohani kepada pemberita selepas sidang media selepas meraikan 46 anak yatim Persatuan Penyanyang Nur Iman di gedung tekstil Globe by Sarah Hughes, Jalan Tunku Abdul Rahman, pada Selasa.
Datuk Rohani turut menegaskan dengan wujudnya Akta Kanak-kanak 2001, KPWKM begitu memandang berat isu yang melibatkan golongan tersebut. Beliau menambah, “Saya sekali lagi menyeru kepada masyarakat untuk memaklumkan kepada kami sekiranya mempunyai keraguan terhadap institusi perlindungan anak yatim di kawasan anda dengan menghubungi Talian NUR di 15999 ataupun cawangan JKM terdekat.”
Mohd Sharkawi Mohd Salehuddin
Wed Jul 10 2013


‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Tiga lelaki ditahan disyaki dera kanak-kanak
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan terhadap kes penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di sebuah rumah di Batu 4, Port Dickson, dekat sini.

PM iftar bersama agamawan, pemimpin NGO dan agensi kerajaan
Anwar hari ini meraikan para agamawan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan wakil agensi kerajaan berkaitan hal ehwal Islam pada Majlis Berbuka Puasa MADANI di kediaman rasmi beliau.

"Saya trauma, anak tertanya-tanya di mana daddy" - Isteri Syed Danial
Qistina Ayu Rozhan, 32, berkata anak perempuannya yang kini berumur empat tahun menjadi yatim sejak berusia tiga bulan dan hingga ke hari ini masih tertanya-tanya di mana 'daddy.'

Semakin ramai anak yatim di Gaza
Visual dua kanak-kanak diselubungi debu, menangis ketika mereka mencari bapa mereka yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

Nahas di Kota Tinggi: Satu maut, 13 cedera termasuk 12 anak yatim
Kemalangan melibatkan kereta Nissan Sentra dipandu seorang lelaki dengan sebuah van Kia Pregio yang membawa 12 anak yatim dari Peyara.

Amang seksual dan dera anak yatim, dua penjaga pusat jagaan ditahan
Polis menahan dua penjaga sebuah pusat jagaan kanak-kanak di kerana dipercayai mendera dan melakukan ambang seksual ke atas dua anak yatim.

6 beranak maut: Pesanan emak, gambar kenangan terakhir - Anak
Pesanan ibu tak kirim lauk dan hantaran gambar pada aplikasi WhatsApp kini hanya tinggal kenangan bagi Abdurrahman Amir Ruddin, 19.

Sebak ambil sijil konvo bapa
Seorang anak tidak dapat menahan sebak ketika menerima sijil bagi pihak bapanya, Allahyarham Mohd Rozahar Mohd Nor, 50, yang meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru Selasa lalu.

Jordan Mintah bawa anak yatim beli baju raya
Perbezaan agama tidak jadi halangan bagi pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Jordan Mintah untuk membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan membuat persiapan hari raya.

MAIWP, Prihatin santuni 2,000 golongan asnaf
Tahun ini MAIWP mengeluarkan bajet terbesar untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan sempena Ramadan dan Aidifitri ini.