Sejak minggu lalu, pencemaran udara di Pasir Gudang sekali lagi mengundang pelbagai reaksi masyarakat.
Lebih lagi apabila ramai mangsa yang mengalami simptom muntah, loya dan pengsan akibat terhidu bahan kimia, meskipun pihak berkuasa melakukan pelbagai pemantauan dan tindakan agresif dalam memastikan insiden Sungai Kim Kim pada Mac lalu tidak berulang.
Timbul pula persoalan, bagaimana kesedaran masyarakat serta peraturan sedia ada dapat menjamin keselamatan penduduk di daerah itu?
Menurut Timbalan Pengarah Pusat Laser dan Penyelidik Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Raja Kamarulzaman Raja Ibrahim, antara faktor kawasan sekolah sentiasa menjadi lokasi utama pencemaran kerana keadaan yang terbuka dan berada pada ketinggian di mana gas tercemar sering terapung.
KESEDARAN MASYARAKAT KURANG
"Di kawasan yang terbuka, ada satu alat yang kita boleh bawa untuk mengesan tahap pencemaran udara di kawasan itu dan kita akan dapat kesan gas terbabit. Tetapi jika angin bertiup pada arah berbeza, kita tidak akan dapat mengesan gas tercemar itu.
"Kita tahu Pasir Gudang kawasan industri yang besar, pencemaran sentiasa berlaku, cuma pada tahap rendah. Tetapi ia berbahaya jika berterusan," katanya.
"Ketika insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, kita lihat pencemaran itu berlaku apabila ia (bahan kimia) dibawa oleh angin. Pihak sekolah pula meminta pelajar berkumpul di kawasan lapang, tetapi tindakan itu mampu mengakibatkan mangsa lebih terdedah kepada pencemaran udara. Itu yang kita katakan pengalaman serta kesedaran tentang sifat gas itu kurang dalam kalangan masyarakat, apatah lagi pihak sekolah yang berada di sekitar kawasan terjejas," katanya ketika ditemui Astro AWANI di UTM pada Khamis.
Jelasnya, sifat gas yang tercemar lebih tertumpu untuk menjejaskan manusia pada sekitar waktu pagi apabila ketumpatan udara lebih tinggi.
Perkara yang sama turut berlaku ketika senja, tetapi tidak pada waktu tengahari, kata Raja Kamarulzaman.
Justeru, ujarnya, setiap lapisan masyarakat terutamanya guru-guru di daerah itu perlu diberi pengetahuan am berkenaan sifat-sifat gas serta tindakan awal yang boleh diambil sekiranya kejadian sama berulang.
STESEN PEMANTAUAN PENCEMARAN UDARA
Mengulas mengenai pengumuman Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin tentang Stesen Pemantauan Pencemaran Udara yang bakal diwujudkan di Pasir Gudang, Raja Kamarulzaman menyatakan keraguannya terhadap alat-alat yang akan digunakan.
Antara persoalan yang beliau kemukakan, adakah alat yang digunakan mampu kesan pencemaran gas pada kadar minimum?
"Pelepasan pencemaran sentiasa ada, cuma biasanya ia pada tahap yang rendah dan tidak mendatangkan masalah. Kita perlu mengambil kira istilah 'limit of detection' (LOD) iaitu bacaan paling minimum yang kita boleh kesan tentang kewujudan sesuatu gas.
"Kita khuatir bacaan alat sedia ada tidak boleh dipercayai. Kita perlukan alat yang lebih advanced supaya pembacaan dan pemantauan yang lebih tepat dapat dilakukan," kata Raja Kamarulzaman.
Sehingga kini, pemantauan gas tercemar di sekitar Pasir Gudang terus diperhebatkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan menggunakan gas analyser (Gasmet).
Raja Kamarulzaman turut mencadangkan penggunaan laser spectrometer (LAS) sebagai alat mengesan gas yang berada di sekitar kawasan Pasir Gudang.
Meskipun ia menelan perbelanjaan tinggi, namun jelasnya, ia sesuai dalam menentukan tahap pencemaran gas di daerah itu.
Fareez Azman
Fri Jun 28 2019

Raja Kamarulzaman berkata alat yang lebih berteknologi tinggi perlu digunakan di Stesen Pemantauan Pencemaran Udara yang bakal diwujudkan di Pasir Gudang, supaya pembacaan dan pemantauan yang lebih tepat dapat dilakukan. - Astro AWANI/Fareez Azman

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.

Racun rakan sekerja gara-gara cemburu naik pangkat
Hasil siasatan mendapati dia mengaku telah mencampurkan bahan kimia itu ke dalam minuman mangsa.

Terhidu gas beracun: Seorang maut, seorang kritikal, 6 dalam pemantauan
Sebuah kilang di Perai diarah tutup selepas insiden pekerja terhidu gas beracun dari bahan kimia berbahaya, pada Rabu lalu.

Kebocoran bahan kimia dari pangkalan udara AS di Jepun cetus kebimbangan awam
Sekitar 47,000 liter air yang tercemar dengan bahan PFAS melimpah dari Pangkalan Udara AS Yokota di barat Tokyo semasa hujan lebat pada Ogos.

EU lulus pakej sekatan ke-14 terhadap Rusia
Majlis Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin meluluskan pakej ke-14 langkah sekatan ekonomi dan individu terhadap Rusia.

Pusat Racun Negara USM terima 111 kes keracunan akibat pendedahan rokok elektronik
Sebanyak 111 kes berhubung pendedahan keracunan berkaitan rokok elektronik dan cecairnya telah dirujuk ke pusat panggilan PRN USM sejak 2015 hingga tahun lepas.

Polis Metropolitan London dedah rakaman suspek serangan bahan kimia
Rakaman kamera keselamatan Polis Metropolitan London mendedahkan gambaran suspek dalam kes serangan bahan kimia di sebuah pasaraya di selatan London yang berlaku pada Ahad lalu.

Air hitam mengalir: Kanak-kanak sedang mandi cedera terkena bahan kimia
Seorang kanak-kanak perempuan nyaris cedera parah setelah terkena bahan kimia menerusi paip dalam bilik air di rumahnya di Kepong di sini pada Khamis.

Bahan kimia tidak dilabel didakwa punca letupan di depoh kontena
Angka korban terbaharu termasuk sembilan anggota bomba dan jumlah mengsa cedera kini meningkat kepada hampir 300.

Sungai Aur bertukar biru kesan aktiviti cuci tong kimia
Wakil premis iaitu seorang lelaki berumur lewat 40-an turut ditahan bagi membantu siasatan.

Tumpahan bahan kimia: Sungai Rugading di Tuaran dikhuatiri tercemar
Sungai Kampung Rugading, Tuaran dikhuatiri tercemar selepas berlakunya insiden tumpahan bahan kimia.