SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya masyarakat sentiasa menghayati pengorbanan pejuang tanah air terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.
Menerusi hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin bertitah penghayatan itu penting bagi mengelakkan peristiwa penjajahan dan pencerobohan berulang khususnya dengan perubahan semasa yang menyaksikan negara berdepan pelbagai ancaman baharu.
Baginda juga bertitah agar rakyat tidak mensia-siakan pengorbanan pahlawan terdahulu dengan tidak membenarkan agenda musuh yang mahu merosakkan dan bersama-sama mempertahankan keselamatan serta keamanan demi masa depan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat.
"Khidmat bakti dan pengorbanan mereka seharusnya dijadikan inspirasi dan semangat bagi generasi hari ini dan akan datang untuk memahami apa yang telah diperjuangkan. Sesungguhnya jerih perih para pejuang tanah air suatu ketika dahulu telah membentuk keamanan Malaysia hingga hari ini," titah baginda bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai ini.
Sultan Sharafuddin juga mahu nikmat keamanan yang dikecapi hasil perjuangan pejuang terdahulu dikekalkan dan semua pemimpin bertanggungjawab berusaha memastikan rakyat tidak berpecah-belah.
Titah baginda, provokasi, budaya memfitnah, membenci dan menghasut hendaklah dijauhi sebaliknya setiap individu perlu memainkan peranan menyemai semangat hormat-menghormati, toleransi dan saling bekerjasama untuk mengekalkan kedaulatan dan keamanan negara.
Sultan Sharafuddin turut menzahirkan kekecewaan terhadap segelintir pihak yang lupa dan tidak peduli terhadap nikmat keamanan yang dinikmati sekarang hasil perjuangan perajurit yang bergadai nyawa demi negara.
"Jika kita lupa dan tidak menghargai akan pengorbanan pahlawan negara, maka sejarah dijajah dan dihina berulang semula kerana kita tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kedaulatan negara dan tidak menyayangi negara sepenuh hati.
"Jauhkan sikap mementingkan diri sendiri dengan menuruti hawa nafsu yang tamak dengan pengumpulan harta kekayaan sendiri sehingga lalai dalam mempertahankan negara sehingga akhirnya negara ditadbir dan dikuasai oleh pihak musuh," titah baginda.
Sultan Sharafuddin turut mengingatkan rakyat supaya tidak leka dengan hiburan yang melalaikan, fahaman sesat dan gaya hidup bebas sehingga lupa kepada tanggungjawab bersama dalam mempertahankan negara.
Titah baginda, generasi sekarang seharusnya bersedia memelihara dan mengekalkan kemerdekaan yang diwarisi hasil daripada perjuangan pahlawan terdahulu.
"Justeru, semangat pengorbanan para pahlawan lepas perlu dijadikan jiwa dan inspirasi generasi merdeka bagi menghadapi cabaran mendatang demi mengekalkan maruah dan kedaulatan negara tercinta," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024

Sultan Sharafuddin mahu nikmat keamanan yang dikecapi hasil perjuangan pejuang terdahulu dikekalkan dan semua pemimpin bertanggungjawab berusaha memastikan rakyat tidak berpecah-belah. - Gambar FB Selangor Royal Office

Ramanan serah elaun, gaji kepada enam surau sekitar Sungai Buloh sempena Ramadan
Ahli Parlimen Sungai Buloh serah gaji dan elaunnya kepada enam surau sekitar Parlimen diwakilnya.

Serpihan SpaceX Starship jejas 240 penerbangan
FAA mengeluarkan arahan henti berlepas selama lebih sejam untuk pesawat di empat lapangan terbang Florida.

Anda kini boleh siar kandungan Telegram dengan Google Cast
Melaluinya, pengguna hanya perlu membuka video, mengetik ikon tetapan dan memilih Chromecast untuk memulakan tontonan.

CENTHRA kutuk kegagalan Sidang Konvensyen Geneva Keempat, anggap satu pengkhianatan
"Keadilan tidak boleh sekadar menjadi retorik kosong. Dunia akan mengingati siapa yang berdiam diri dalam menghadapi kezaliman ini."

Israel tidak hormat Ramadan, sasar masjid di Tebing Barat
Masjid tersebut hangus dan sebahagiannya terbakar selepas operasi ketenteraan yang dilaporkan berlaku antara pukul 2 pagi dan 6.30 pagi.

Aneka kuih talam Cik Mah 'licin' dalam masa sejam
Kuih talam Cik Mah yang dijual sejak 40 tahun lepas sentiasa menjadi tumpuan peminat kuih tradisional setiap kali menjelangnya Ramadan.

12 cedera insiden tembakan di pub Toronto
Insiden itu merupakan situasi dalam kawalan dengan kecederaan dialami mangsa berada pada tahap ringan hingga kritikal.

Angka korban ribut di selatan Argentina meningkat kepada 13
Angka korban akibat ribut dahsyat yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 13 orang.

Banjir: Jumlah mangsa dipindahkan di Sabah terus meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini terus meningkat kepada 1,748 orang daripada 570 keluarga setakat 8 pagi ini.

Yusri Che Lah akui ketangkasan Muhammad Aqil antara punca Perak FC gagal raih tiga mata di Manjung
Pemain terlalu gopoh dan tertekan untuk menjaringkan gol menjadi punca Perak FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri.

Tujuh perubahan, lantikan baharu pengurusan tertinggi perkhidmatan awam - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini mengumumkan tujuh perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.

Istana Pahang nafi kewujudan akaun TikTok Tengku Afzan tawar 'Bantuan Ramadan'
Istana Pahang menafikan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan nama anakanda Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang menawarkan 'Bantuan Ramadan'.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Mac 2025.

PM Anwar beri sumbangan kepada keluarga nelayan di Pahang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan wang tunai kepada sebuah keluarga nelayan di Pahang, bagi meringankan beban mereka yang diuji dengan pendapatan terhad.

MCMC giat perluas pendidikan, kempen kesedaran keselamatan dalam talian
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperluas modul latihan keselamatan dalam talian ke seluruh negara dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkara berkenaan.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Polis kemas kini kertas siasatan kes gaduh pertandingan seni bela diri
Polis kemas kini kertas siasatan kes gaduh pertandingan seni bela diri

Pertemuan dengan Sheikh Dr Ekrima pahat usaha perjuangkan Masjid Al-Aqsa - PM Anwar
Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan beliau dengan Sheikh Dr Ekrima sebagai sangat bermakna dalam memahat usaha berterusan memperjuangkan kedudukan Masjid Al-Aqsa.

Pencarian terbaru Ocean Infinity untuk MH370: Keluarga ikuti melalui laman web khas
Keluarga penumpang MH370, yang hilang dalam perjalanan ke Beijing hampir 11 tahun lepas, kini mengikuti pencarian terbaru bagi kehilangan misteri tersebut melalui laman web khas.

Tukang kayu rugi lebih RM400,000 terperdaya sindiket 'love scam'
Seorang tukang kayu mengalami kerugian RM420,750 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan cinta atau 'love scam', selepas berkenalan dengan seorang perempuan di aplikasi Facebook.