Keluarga sekumpulan mat rempit yang disyaki telah membelasah seorang pemandu ambulans akan menyerahkan suspek kepada pihak polis bagi membantu siasatan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Supt Razlam Ab Hamid berkata kes tersebut berlaku susulan mangsa yang menerima empat jahitan di kening hanya kerana menegur sekumpulan remaja yang berlumba di lebuhraya PLUS.
Difahamkan, insiden sekitar 1.40 pagi Ahad itu berlaku apabila mangsa dan seorang jururawat sedang dalam perjalanan dari Hospital Parit Buntar ke Hospital Taiping untuk menghantar seorang pesakit.
"Kejadian berlaku berhampiran Tol Kamunting arah utara dan keluarga kesemua suspek akan menyerahkan suspek kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.
"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Sebelum ini, kejadian yang menyebabkan mangsa cedera di kening kanan dan seorang jururawat ditendang, tular di media sosial dan menimbulkan kemarahan netizen.
Pemandu ambulans ketika dihubungi pemberita juga memberitahu bahawa insiden hanya berpunca daripada mangsa yang ingin remaja-remaja berkenaan memberi laluan kepada ambulans.
"Ketika tiba di persimpangan lampu isyarat berhampiran plaza tol berkenaan, saya lihat terdapat sekumpulan penunggang motosikal yang dipercayai sedang lumba haram.
"Saya bertindak menegur dengan pembesar suara agar mereka memberi laluan, namun ia menyebabkan kumpulan terbabit marah dan mula menghimpit ambulans dengan motosikal.
"Seorang daripada penunggang terbabit terjatuh dan kumpulan berkenaan kemudian menyekat kenderaan saya," katanya.
Menurutnya, antara empat hingga enam remaja lelaki kemudian cuba menariknya keluar dari ambulans sebelum menumbuk mukanya hingga cedera dan membelasahnya bertubi-tubi.
"Jururawat yang menjaga pesakit di belakang cuba membantu dan meleraikan kumpulan terbabit, namun dia turut ditendang.
"Apabila orang ramai di kawasan terbabit mula menyedari kejadian, kumpulan remaja itu melarikan diri dan kami meneruskan perjalanan menghantar pesakit," katanya.
Menurutnya lagi, selepas selesai menghantar pesakit, dia membuat laporan polis di Taiping sebelum pulang ke Parit Buntar untuk dapatkan rawatan.
"Saya berjaya mengecam nombor pendaftaran motosikal salah satu remaja yang memukul saya manakala motosikal lain tiada nombor pendaftaran.
"Difahamkan polis sudah mengenal pasti pemilik motosikal terbabit dan tindakan serta siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Akibat kejadian itu kening saya kena empat jahitan kerana luka ditumbuk," katanya.
Katanya, lokasi kejadian memang sering dijadikan litar lumba haram membabitkan motosikal dan kereta terutama pada malam minggu.
Nazialita Geynna Maharan
Mon Dec 18 2017

Akibat ditumbuk, pemandu ambulans terbabit menerima empat jahitan di bahagian kening. - Gambar ihsan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kontraktor didakwa pukul ejen rumah hingga patah tangan
Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada seorang ejen perumahan sehingga mangsa patah tangan.

Polis buru 6 lelaki cederakan pekerja kedai makan
Polis sedang memburu enam lelaki dipercayai terbabit kes mencederakan seorang pekerja kedai makan menggunakan parang di Jalan Lipis-Raub, Selasa lepas.

Tiga remaja ditahan disyaki sindiket dapatkan akaun bank keldai
Polis menahan tiga individu termasuk seorang remaja perempuan disyaki ahli sindiket penipuan yang menjalankan kegiatan mendapatkan akaun bank keldai.

Tiga lelaki ditahan kes pukul pekerja kedai serbaneka
Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki terbabit dalam kes pukul seorang pekerja kedai serbaneka sehingga cedera di kepala.

Hafidz Roshdi gembira Nurul Shuhada tarik balik kes pukul
Pelakon Hafidz Roshdi meluahkan rasa syukur apabila bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri menarik balik kes pukul yang difailkan.

Pengadu tarik balik laporan, anggap kes dipukul pengawal peribadi hanya salah faham - Polis KL
Rusdi berkata laporan polis kedua dibuat pengadu bagi menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik, serta tidak mahu memanjangkan kes.

Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.

TDM mulakan siasatan terhadap dakwaan pukul anggota di Kem Resah
Siasatan telus dan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian yang berlaku terhadap mangsa dari Sungai Petani, Kedah itu.

Suspek kes pukul pekerja krematorium ditahan reman
Seorang lelaki direman tiga hari kerana disyaki terbabit dalam kes pukul seorang pekerja sebuah kremotarium di Batu Gantung, semalam.

Kes pukul di Semenyih: Reman lima individu disambung
Beliau berkata dua pemandu yang terlibat dalam kemalangan melibatkan lelaki terbabit juga telah membuat laporan polis.