TUMPAT: "Kami hilang tiga 'permata' sekali gus," demikian luah Mohd Nadzir Mohamed, 67, bapa kepada tiga beradik yang menjadi mangsa renjatan elektrik di Kampung Morak di sini pada Selasa.
Mohd Nadzir tanpa berselindung mendedahkan dia dan isteri, Zainun Sulaiman, 62, terpaksa melawan perasaan sedih apabila masih lagi terngiang-ngiang suara tiga beradik itu yang rutin bertanyakan mengenai sarapan pagi untuk mereka setiap hari.
"Setiap pagi, ayat mereka kepada kami... ayah umi nak makan apa?" katanya sambil menahan sebak.
Ujar Mohd Nadzir, ketiga-tiga mangsa iaitu Nurul Syazwani Mohd Nadzir, 33, Sakinah, 29, serta Noor Fathiah, 27, merupakan anak perempuan yang mereka ada daripada lapan beradik, manakala lima lagi kesemua lelaki.
Menurut Mohd Nadzir, sebelum kejadian tersebut salah seorang anak, Nurul Syazwani ada menunjukkan perangai pelik kerana layanan dia kepada mereka terlebih manja daripada biasa.
Dia berkata, manakala Sakinah ada bergurau dengan isterinya memberitahu dia rasa seperti hendak mati.
"Tetapi kami anggap semua itu gurauan. Sehinggalah pada hari kejadian tersebut, saya melihat depan mata mayat anak-anak bergelimpangan, hendak angkat tidak boleh kerana ia melibatkan renjatan elektrik.
"Jadi saya dan isteri hanya mampu melihat sahaja, bayangkan sedihnya kami pada waktu itu hanya ALLAH sahaja yang tahu," katanya.
Mohd Nadzir memberitahu, bagaimanapun mereka reda dengan takdir tersebut walaupun sehingga sekarang masih belum percaya dengan apa yang berlaku.
Ujarnya, tiga beradik itu anak yang baik, solehah, senang dijaga dan mendengar kata.
Sebelum itu, Mohd Nadzir menerima kunjungan daripada Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ke kediaman mereka.
Dalam kunjungan tersebut, Muhamad Zaki selain bertanyakan khabar turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan dapur.
Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan tiga beradik perempuan maut dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah rumah yang ditenggelami air di Kampung Morak.
Kejadian jam 12 tengah hari itu dikatakan berlaku ketika salah seorang daripada mereka tergelincir dan terpegang tiang pada garaj di sebuah rumah jiran. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 20 2022
Mohd Nadzir (kiri) dan isteri terpaksa melawan perasaan sedih atas pemergian tiga anak mereka pada Isnin. - Foto Sinar Harian
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Maut renjatan elektrik: 'Kami hilang tiga permata sekali gus'
Ketiga-tiga mangsa renjatan elektrik iaitu Nurul Syazwani Mohd Nadzir, 33, Sakinah, 29, serta Noor Fathiah, 27, merupakan anak perempuan yang mereka ada daripada lapan beradik.
Maut renjatan elektrik: Nor Syazwani guru komited
Pemergian guru tadika, Nor Syazwani Mohd Nazir, 33, mangsa banjir yang maut akibat terkena renjatan elektrik pada Isnin disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat warga pendidik di Pasti.
Dua maut terkena renjatan elektrik
Dua lelaki berusia 27 dan 50 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik di Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) dekat Kuala Krai, kira-kira 6 petang Sabtu.