BATU PAHAT: Mayat kedua mangsa insiden bot nelayan terbalik yang dilaporkan hilang di perairan Tanjung Segenting di sini ditemukan terdampar di Pantai Koris, Senggarang oleh orang awam pada 11.30 pagi tadi.
Pengarah Maritim Zon Maritim Batu Pahat Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yusuf berkata mayat Tan Hai Lian, 62, kemudian diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat) yang memasuki hari ketiga menetapkan sektor pencarian merangkumi keluasan 129 batu nautika di laut dan keluasan 104 batu nautika oleh pesawat udara dan dimulakan pada 7 pagi.
"Terdahulu, empat nelayan dilaporkan hilang dan seorang berjaya diselamatkan oleh nelayan lain setelah bot yang mereka naiki terbalik akibat cuaca buruk Jumaat lepas," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, mayat tekong iaitu Chiah Kah Chong, 53, ditemukan pada 7 malam oleh nelayan yang kebetulan lalu di kawasan berhampiran bot dilaporkan terbalik.
Mohd Haniff juga berkata Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat Johor Bahru telah menerima makluman daripada Jabatan Laut Malaysia mengenai insiden seorang penumpang feri MV Cas terjatuh ke dalam laut di kedudukan 16 batu nautika Parit Jawa, Muar hari ini.
Beliau berkata Juli Afriko, 30, yang juga warga Indonesia, dilaporkan terjatuh pada kira-kira 3 petang ketika feri yang dinaiki mangsa dalam perjalanan ke Bengkalis.
"Berikutan kejadian tersebut, Zon Maritim Batu Pahat telah menggerakkan sebuah bot ronda Maritim Malaysia bagi melaksanakan OP Carilamat di lokasi terakhir mangsa dilaporkan terjatuh laut bagi melakukan pencarian," katanya.
Pencarian dibahagikan kepada sembilan sektor iaitu enam membabitkan laut serta tiga membabitkan udara dengan bantuan pesawat MI 171 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia selain pesawat AW 139 milik Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024
![Mayat kedua mangsa insiden bot nelayan terbalik ditemukan terdampar di Pantai Koris Mayat kedua mangsa insiden bot nelayan terbalik ditemukan terdampar di Pantai Koris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719152468_TBBotKaram.jpg)
Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yusuf berkata mayat Tan Hai Lian, 62, kemudian diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Gambar FB APMM
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.
![Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL? Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739957201_giorgiorossi.jpg)
Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.
![Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739957246_hilmiabdullah.jpg)
Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739955331_ProgramPendidikand.jpg)
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
![Op Carilamat nelayan hilang di perairan Kemaman diperluas Op Carilamat nelayan hilang di perairan Kemaman diperluas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729133189_Nelayan.jpg)
Op Carilamat nelayan hilang di perairan Kemaman diperluas
Op Carilamat tiga nelayan yang dikhuatiri hilang di laut selepas keluar menangkap ikan diperluas ke kawasan hingga 840 batu nautika persegi.
![Mayat kedua mangsa insiden bot nelayan terbalik ditemukan terdampar di Pantai Koris Mayat kedua mangsa insiden bot nelayan terbalik ditemukan terdampar di Pantai Koris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719152468_TBBotKaram.jpg)
Mayat kedua mangsa insiden bot nelayan terbalik ditemukan terdampar di Pantai Koris
Mayat kedua mangsa insiden bot nelayan terbalik yang dilaporkan hilang di perairan Tanjung Segenting di sini ditemukan terdampar di Pantai Koris, Senggarang oleh orang awam pada 11.30 pagi tadi.
![Op Carilamat: Lelaki dikhuatiri lemas, ditarik ombak ketika memukat Op Carilamat: Lelaki dikhuatiri lemas, ditarik ombak ketika memukat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682674403_KhairunDalilahBaha.jpg)
Op Carilamat: Lelaki dikhuatiri lemas, ditarik ombak ketika memukat
Mangsa yang berasal dari Labok, Machang itu kali terakhir dilihat memakai baju serta seluar berwarna hitam.
![Pencarian kru kapal jatuh laut ditamatkan Pencarian kru kapal jatuh laut ditamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673660058_PencarianKruKapal.jpg)
Pencarian kru kapal jatuh laut ditamatkan
Keseluruhan keluasan pencarian adalah 159.36 batu nautika persegi iaitu di perairan Selangor berdekatan sempadan Malaysia - Indonesia.
![Penyelam hilang di Mersing: Apa yang kita ketahui setakat ini Penyelam hilang di Mersing: Apa yang kita ketahui setakat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649307749_PenyelamhilangdiJ.jpg)
Penyelam hilang di Mersing: Apa yang kita ketahui setakat ini
EMPAT penyelam warga Eropah dipercayai hilang semasa melakukan aktiviti latihan selaman skuba di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, pada 6 April lalu.
![Penyelam hilang di Mersing: Polis tahan tekong bot, positif dadah Penyelam hilang di Mersing: Polis tahan tekong bot, positif dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649301484_TBCPOPENYELAM.jpg)
Penyelam hilang di Mersing: Polis tahan tekong bot, positif dadah
Individu berkenaan ditahan kira-kira jam 11.30 malam pada Rabu selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing
![Penyelam hilang di Mersing: Dua beranak dikenal pasti antara empat warga asing Penyelam hilang di Mersing: Dua beranak dikenal pasti antara empat warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649301076_TBhilang.jpg)
Penyelam hilang di Mersing: Dua beranak dikenal pasti antara empat warga asing
Penyelam yang hilang merupakan seorang lelaki warga Britain, Adrian Peter dan anaknya Nathan Renze, 14 tahun.
![Op Carilamat nelayan hilang di perairan Pulau Lambidan ditamatkan Op Carilamat nelayan hilang di perairan Pulau Lambidan ditamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641564713_KampungLambidanKu.jpg)
Op Carilamat nelayan hilang di perairan Pulau Lambidan ditamatkan
Mohammad Shahrijan Sadeh, 39, dilaporkan hilang selepas turun ke laut untuk memukat ikan pada 6 pagi Isnin lepas di perairan berkenaan.
![Bot karam, tiga nelayan hilang di perairan Pantai Remis Bot karam, tiga nelayan hilang di perairan Pantai Remis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636864745_nelayan.jpg)
Bot karam, tiga nelayan hilang di perairan Pantai Remis
Tiga mangsa yang hilang itu semuanya warga tempatan berumur dalam lingkungan 29 sehingga 70 tahun.