Mayat kedua mangsa lemas di pantai Tanjung Balau, Desaru, ditemui oleh anggota keluarganya kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata mayat P. Sarawanan, 23, ditemui pada pukul 7.10 pagi tadi.
Mayat rakannya, K. Yougesvaran, 23, ditemukan pagi semalam kira-kira dua kilometer dari lokasi kedua-dua mereka dilaporkan hilang ketika mandi di pantai berkenaan pada petang Ahad lepas.
Rahmat berkata hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa datang dari Kulai menaiki sebuah kereta yang dinaiki empat lelaki dan satu perempuan.
Turut bersama mereka adalah satu keluarga seramai lima orang yang menaiki lori.
"Hanya P. Sarawanan dan K. Yougesvaran mandi ketika kejadian. Mereka dilaporkan hilang di laut kira-kira pukul 6.15 petang. Mayat Sarawanan telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, bapa Sarawanan, S Palanisamy, 46, yang ditemui berkata anaknya ada menghubunginya untuk memberitahu dia mahu ke laut bersama beberapa rakannya.
Menyedari keadaan laut yang bergelora pada musim tengkujuh, dia ada melarang anaknya namun anak sulung daripada tiga beradik itu tetap berkeras mahu ke laut dan berjanji akan pulang ke rumah pada pukul 8 malam Ahad.
"Bagaimanapun, kira-kira pukul 7 malam seorang rakannya menelefon saya beritahu anak saya lemas. Sebaik menerima berita itu saya terus bergegas ke Tanjung Balau," katanya.
Sebelum kejadian, Palanisamy dan anaknya, yang bekerja sebagai pemandu jengkaut itu, sempat bersembahyang dan makan bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2017

Mayat kedua mangsa lemas di pantai Tanjung Balau, Desaru, ditemui oleh anggota keluarganya kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

TSMCG terus komited bantu golongan kurang berkemampuan, terkesan akibat COVID-19
Presiden TSMCG Datuk Ir Zainuddin Mohd Radzi berkata usaha tersebut dilaksanakan menerusi pelbagai program amal dan kebajikan.

Tiga wanita termasuk dua beradik lemas ketika mandi di Pantai Batu Layar
Tiga wanita, termasuk adik-beradik lemas ketika sedang mandi di kawasan Pantai Batu Layar, Desaru, di sini.

Mayat kedua mangsa lemas Pantai Tanjung Balau dijumpai
Mayat kedua mangsa lemas di pantai Tanjung Balau, Desaru, ditemui oleh anggota keluarganya kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian, pagi tadi.

Mayat dua remaja lelaki ditemui di Pantai Desaru
Dua remaja lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan perairan Desaru, lewat petang semalam, ditemui mati lemas di pantai itu hari ini.

Dua peserta konvoi motosikal ke Desaru terbunuh
Kegembiraan 40 penunggang motosikal jenis Honda Wave yang mengikuti konvoi dari Klang, Selangor ke Desaru berakhir tragedi.