Mayat lelaki dengan keadaan sebelah kaki diikat pada sebuah motosikal ditemui di dalam Sungai Kinta kawasan Sungai Galah, Kampung Gajah dekat sini, petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat tanpa baju dan hanya berseluar jeans warna biru yang tersangkut pada pokok kira-kira pukul 6 petang.
"Selepas dibawa naik ke darat, mayat didapati diikat dengan tali pada kaki kanannya dan tali tersebut diikat pula pada sebuah motosikal jenis Yamaha Kriss yang dipercayai dijadikan sebagai pemberat bagi menenggelamkan mayat.
"Identiti mayat dipercayai berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun, bertinggian 153 sentimeter dengan berat 50 kilogram itu belum dapat dipastikan kerana tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa dan di kawasan sekeliling," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.
Beliau berkata lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia dua hari lepas berdasarkan keadaan mayat yang membengkak dan hasil pemeriksaan menemukan kesan kelar pada leher serta dua kesan luka di belakang kepala mangsa.
"Pemeriksaan lanjut mendapati pemilik motosikal tersebut telah meninggal dunia, jadi polis tidak pasti sama ada motosikal itu ada kaitan dengan mangsa atau tidak," katanya," sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 19 2018

Polis berkata lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia dua hari lepas berdasarkan keadaan mayat yang membengkak. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Lelaki dituduh curi bateri, roda motosikal dipukul sehingga mati
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di kampung Sirka di Jharkhand dan lelaki tersebut didakwa diikat di tiang elektrik dan dipukul sehingga meniggal dunia.

Mayat lelaki diikat dengan motosikal ditemui dalam sungai
Mayat lelaki dengan keadaan sebelah kaki diikat pada sebuah motosikal ditemui di dalam Sungai Kinta kawasan Sungai Galah, Kampung Gajah dekat sini, petang Selasa.

Lima perompak ikat empat pengawal keselamatan, larikan RM200,000
Sebuah pasaraya mengalami kerugiaan kira-kira RM200,000 selepas lima perompak memecah masuk pintu belakang bangunan tersebut dalam kejadian di Aulong.

Samun: Pemilik pasar raya ditemui maut dengan tangan dan kaki diikat
Seorang anak lelaki terkejut apabila menemui mayat bapanya dalam keadaan tangan dan kaki diikat dalam sebuah kejadian samun di Jelapang, dekat sini pada hari ini.

Tikus dipaksa teguk wain, dibakar sampai mati kerana 'mencuri'
Seorang lelaki di China memaksa seekor tikus meneguk wain kemudian menyiramnya dengan alkohol dan dibakar kerana dipercayai 'mencuri' sekeping roti.

Foto pelajar perempuan diikat rantai besi di tiang cetus kemarahan netizen
Gambar seorang pelajar perempuan diikat dengan rantai besi di sebuah blok pangsapuri menjadi perbualan hangat di media sosial hari ini.