Mayat seorang lelaki ditemui dalam parit di kawasan Waterfall Jalan Kebun Bunga di sini dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian semalam.
Mangsa S. Govindaraju, 51, sebelum ini dilaporkan dua hari tidak pulang ke rumah dan keluarganya telah membuat laporan polis mengenai kehilangannya.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal Wan Chik Ariffin Mohd Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan telah menemui mayat lelaki yang masih berpakaian dalam kawasan parit pada 6.10 petang.
"Pihak bomba terus ke lokasi kejadian dan menjalankan kerja mengangkat mayat sebelum menyerahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi bedah siasat," katanya dalam kenyataan, di sini pada Ahad.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata, berdasarkan maklumat awal, lelaki itu bekerja sebagai pembantu kedai dan dipercayai telah meninggal dunia lebih 24 jam sebelum ditemui berdasarkan keadaan mayat.
Beliau berkata, menurut keluarga mangsa, dalam beberapa hari kebelakangan ini lelaki itu berperwatakan agak pelik seperti orang dirasuk dan sering bercakap seorang diri seakan meracau malah mangsa juga dimaklumkan sering mendapat sawan tarik dalam tempoh seminggu lepas.
"Kali terakhir keluarga berjumpa dengan lelaki itu pada hari Jumaat, semasa membawa dia untuk berubat tradisional dan selepas menerima rawatan nampak keadaannya kembali pulih sedikit sebelum keluar seorang diri pada 10.30 malam," katanya.
Soffian berkata, berikutan mangsa tidak pulang ke rumah, keluarganya telah membuat laporan polis berhubung kehilangannya sebelum mayat lelaki itu ditemui orang awam dalam parit.
Polis yang membuat pemeriksaan pada tubuh badan mangsa, mendapati tiada sebarang kesan kecederaan atau elemen jenayah malah siasatan di tempat kejadian juga tidak menjumpai sebarang objek di tempat kejadian.
"Polis siasat kes itu sebagai kematian mengejut setakat ini dan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa akan dijalankan esok (Isnin)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 14 2020

Pihak bomba menjalankan kerja mengangkat mayat sebelum menyerahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi bedah siasat. - Gambar BERNAMA

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Mayat lelaki ditemui dalam parit
Mangsa S. Govindaraju, 51, sebelum ini dilaporkan dua hari tidak pulang ke rumah dan keluarganya telah membuat laporan polis mengenai kehilangannya.

Mayat mangsa tragedi bot karam Bagan Jermal dijumpai
Mayat Rosmin Selamat, 62 tahun, dijumpai orang awam pada jam 8 pagi di Perairan Gurney, kira-kira 35 jam selepas dilaporkan hilang.