SEPANG: Mayat seorang lelaki dalam keadaan lengkap berpakaian ditemukan terapung di bekas lombong berhampiran tapak projek MCT Bhd (MCT) Cybersouth, Dengkil, di sini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu kira-kira pukul 3.05 petang Selasa, oleh seorang lelaki yang ke bekas lombong tersebut untuk memancing.
Menurutnya, ketika ingin memancing, dia ternampak satu objek menyerupai manusia dalam keadaan terapung pada jarak kira-kira 300 meter.
"Apabila lelaki itu menghampiri objek berkenaan, dia mendapati objek tersebut merupakan mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Wan Kamarul Azran berkata, pemeriksaan awal polis mendapati mayat itu berkemungkinan warga asing kerana tidak ada tanda suntikan vaksin Bacillus Calmette-Guerin (BCG) di tangan.
Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sudah lebam dan mengelembung dengan kulit yang mengelupas, mangsa mati lebih daripada tiga hari.
Katanya, kes itu diklasifikan sebagai kes sebagai mati megejut (SDR).
"Pemeriksaan di sekitar kawasan lombong seluas 40,468 meter persegi, polis tidak menjumpai kenderaan yang digunakan si mati. Unit K9 telah membantu siasatan namun gagal menemui sebarang petunjuk berikutan mayat berada di dalam air.
"Kawasan lombong juga tidak berpagar dan boleh diakses secara bebas," katanya.
Beliau memberitahu, kawasan lombong merupakan tumpuan orang ramai untuk memancing.
Mayat mangsa, katanya, dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Umavathi Ramayah
Tue Jan 24 2023
![Mayat terapung dalam bekas lombong Mayat terapung dalam bekas lombong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674557569_mayatlombongmat.jpg)
Mayat seorang lelaki dalam keadaan lengkap berpakaian ditemukan terapung di bekas lombong berhampiran tapak projek MCT Bhd (MCT) Cybersouth, Dengkil, Sepang.
![KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.
![PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737427598_AntonioGuterres.jpg)
PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Ahad menyambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan yang diterajui Perdana Menteri Nawaf Salam serta berikrar menyokong keutamaan pentadbiran itu.
![Presiden Romania umum letak jawatan Presiden Romania umum letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739199540_TBKlausIohannis.jpg)
Presiden Romania umum letak jawatan
Presiden Romania Klaus Iohannis mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin, menyatakan bahawa beliau akan berundur pada Rabu, lapor Xinhua.
![Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739199255_TBazalina.jpg)
Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja hari ini.
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye: Kerjasama dua hala, manfaat serantau
Sejauh mana lawatan rasmi Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia beri nilai tambah kerjasama saling untung buat Malaysia-Turkiye dan limpahan manfaat kepada ASEAN?
10 Berita Pilihan - (10 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 10 Feb 2025
AWANITonight with @fayekwan_
1. Turkiye to boost trade with M'sia to USD10 bil a year - President Erdogan
2. Trump to impose new 25% steel, aluminium tariffs
1. Turkiye to boost trade with M'sia to USD10 bil a year - President Erdogan
2. Trump to impose new 25% steel, aluminium tariffs
![Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739181445_TBDOSM.jpg)
Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
AWANI 7:45 [10/2/2025] – Lebih 15 bulan perang di Gaza| Demi masa depan Palestin| Insiden tembakan di pusat beli-belah| Apa nasib pekerja?
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
1. Turkiye tuntut Israel bayar pampasan USD100 bilion kepada Gaza.
3. Malaysia hormat ketegasan Erdogan tuntut keadilan Palestin.
2. Ledakan AI, pemimpin dunia dan syarikat teknologi bincang masa depan pekerja.
4. Latihan polis bantuan ditingkat, cabaran keselamatan semasa.
1. Turkiye tuntut Israel bayar pampasan USD100 bilion kepada Gaza.
3. Malaysia hormat ketegasan Erdogan tuntut keadilan Palestin.
2. Ledakan AI, pemimpin dunia dan syarikat teknologi bincang masa depan pekerja.
4. Latihan polis bantuan ditingkat, cabaran keselamatan semasa.
![Polis Pahang rampas dadah bernilai lebih RM8 juta Polis Pahang rampas dadah bernilai lebih RM8 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739188040_TBdadah.jpg)
Polis Pahang rampas dadah bernilai lebih RM8 juta
Polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 275.47 kilogram bernilai lebih RM8 juta serta menahan dua lelaki disyaki mengedar bahan terlarang itu.
![Mayat lelaki ditemukan terapung selepas tiga hari SAR Mayat lelaki ditemukan terapung selepas tiga hari SAR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/81554253841_Bodies.jpg)
Mayat lelaki ditemukan terapung selepas tiga hari SAR
Mayat mangsa telah diserahkan kepada Hospital Machang untuk tindakan selanjutnya dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
![Mayat wanita ditemukan terapung di lombong Mayat wanita ditemukan terapung di lombong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731729343_Mayatwanitaterap.jpg)
Mayat wanita ditemukan terapung di lombong
JBPM Perak menerima panggilan dari polis bagi membantu mengambil mayat tersebut pada 9.13 pagi.
![Lelaki lemas jatuh laut ketika memancing di Pantai Bagan Lalang Lelaki lemas jatuh laut ketika memancing di Pantai Bagan Lalang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720921235_lemas.jpg)
Lelaki lemas jatuh laut ketika memancing di Pantai Bagan Lalang
Siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 27 tahun itu sedang memancing.
![Mayat lelaki ditemukan terapung di perairan Tanjung Tuan Mayat lelaki ditemukan terapung di perairan Tanjung Tuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720754168_Mayatlelakiditemui.jpg)
Mayat lelaki ditemukan terapung di perairan Tanjung Tuan
Mohd Khairi berkata pusat operasi menerima maklumat berkaitan penemuan itu daripada pemancing di kawasan perairan berkenaan.
![Mayat wanita warga emas ditemukan terapung di Sungai Baron Mayat wanita warga emas ditemukan terapung di Sungai Baron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717929025_TBMAYATSARIKEI.jpg)
Mayat wanita warga emas ditemukan terapung di Sungai Baron
Mayat seorang wanita warga emas ditemukan terapung tanpa pakaian di tebing Sungai Baron, Sarikei hari ini.
![Pemancing udang jumpa mayat terapung di sungai Pemancing udang jumpa mayat terapung di sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713734197_mayatterapung.jpg)
Pemancing udang jumpa mayat terapung di sungai
BBP Lutong menerima panggilan daripada Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin yang memaklumkan tentang penemuan mayat itu.
![Mayat lelaki ditemukan terapung di kunci air Mayat lelaki ditemukan terapung di kunci air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710650419_TBmayat.jpg)
Mayat lelaki ditemukan terapung di kunci air
Pemeriksaan pihak Forensik Selangor ke atas badan mangsa mendapati tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh badan yang boleh menyebabkan kematian.
![Mayat wanita ditemukan terapung di lombong Mayat wanita ditemukan terapung di lombong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708756610_lemas.jpg)
Mayat wanita ditemukan terapung di lombong
Mayat seorang wanita yang dipercayai baru meninggal dunia ditemukan terapung di permukaan tepi lombong di Lombong Bandar Lahat Mines di sini hari ini.
![Mayat lelaki ditemukan terapung di Taman Tasik Shah Alam Mayat lelaki ditemukan terapung di Taman Tasik Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707293998_TBmayatlelakijp.jpg)
Mayat lelaki ditemukan terapung di Taman Tasik Shah Alam
Siasatan awal tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri dan lelaki itu disyaki warganegara asing.
![Mayat tanpa identiti ditemui terapung dekat jeti Mayat tanpa identiti ditemui terapung dekat jeti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698563112_Mayat.jpg)
Mayat tanpa identiti ditemui terapung dekat jeti
Maritim Malaysia Perak menemukan satu mayat terapung berhampiran Jeti Zon Maritim Kuala Kurau di Parit Buntar pada Sabtu.