Satu mayat lelaki dipercayai warga Indonesia ditemukan terapung di tengah Sungai Perak berhampiran Pam Pasir 1, Kampung Pulau Pisang, Bota Kiri di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Barudin Wariso berkata mayat yang dijumpai oleh orang awam kira-kira pukul 7.50 malam itu dikenali sebagai Hosnan berasal dari Tanjung Perak, Indonesia berdasarkan salinan dokumen pengenalan diri di dalam dompet lelaki itu.
"Semasa ditemui lelaki yang dianggar berusia lingkungan 20-an itu memakai kemeja-T berwarna coklat kekuningan 'Atlanta Monster' serta jean pendek berwarna biru dan berjaya dibawa naik ke darat pukul 10.40 malam tadi dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Seri Iskandar.
"Pemeriksaan ke atas mayat oleh pasukan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak tidak menemukan sebarang kecederaan fizikal pada bahagian luar tubuh akibat perlakuan jenayah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Barudin berkata lelaki itu dipercayai meninggal dunia tiga hari lepas dan pihaknya akan mengambil cap jari untuk pemeriksaan lanjut bagi pengesahan identiti.
Katanya, siasatan lanjut akan diteruskan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga hasil bedah siasat di Hospital Changkat Melintang pagi ini diperoleh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 12 2020
Barudin berkata lelaki itu dipercayai meninggal dunia tiga hari lepas dan pihaknya akan mengambil cap jari untuk pemeriksaan lanjut bagi pengesahan identiti. - Gambar fail
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jimat minyak sambil bantu rakyat Palestin di Gaza
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Relief Society, Mohd Shah Sapiei, produk FuelPlus terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik.
KPDN teliti syor larang warga asing beli minyak masak paket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil tindakan ke atas kes-kes penganiayaan haiwan yang dilaporkan.
Gunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 henti penganiayaan
Aktivis kebajikan haiwan mendesak kerajaan untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menghentikan penganiyaan ke atas binatang dengan segera.
Tiga tuntutan perhimpunan rakyat benci rasuah termasuk menghentikan gejala rasuah
Menerusi sebuah kenyataan media oleh SRBR pada Khamis, antaranya termasuk tindakan pantas dan tegas terhadap semua kes rasuah melibatkan ahli politik tanpa sebarang pilih kasih.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Najib juga tidak pernah mengesahkan dakwaan pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit dan karya seni oleh Jhoe Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.
KDN pertimbang kuota tambahan untuk pekerja asing sektor kepala sawit
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mempertimbangkan kelulusan kuota khas pekerja asing khususnya bagi sektor perladangan Kelapa Sawit.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Lelaki ditahan ugut dua anak dengan parang
Suspek menjerit nama kedua-dua anaknya itu sambil mengugut untuk menetak mereka jika tidak pulang ke rumah dalam masa sejam.
Polis kutip saman RM440,350
Orang ramai mengambil kesempatan melunaskan saman melalui potongan diskaun sehingga 50 peratus sempena jelajah tersebut.
Langgar SOP: Polis siasat penuntut universiti, pekerja syarikat kurier
Ia susulan laporan seorang individu di Balai Polis Seri Iskandar jam 6 petang Khamis mengenai insiden itu yang tular di media sosial.
Motosikal kemalangan terbakar akibat minyak yang dibawa, penunggang parah melecur
Dua lelaki parah melecur apabila motosikal yang mereka tunggang terlibat dalam kemalangan lalu terbakar.
Pekerja Bangladesh maut dilanggar forklift
Kejadian yang berlaku jam 11.30 pagi turut menyebabkan seorang lagi pekerja warga Bangladesh, Anuwor Hossem, 32, mengalami kecederaan akibat perlanggaran tersebut.
20 lembu mati bergelimpangan dalam kebun kelapa sawit
Pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu daripada seorang penternak yang mendapat maklumat itu daripada kawannya, kira-kira jam 10 pagi.
Main meriam karbaid ketika PKPB, tiga lelaki diberkas
Barudin berkata, hasil siasatan awal mendapati mereka telah bermain meriam karbaid dari jam 9 malam dan telah melepaskan empat das tembakan sebelum ditahan.
Bayi enam bulan maut kereta dipandu bapa terbabas dalam parit
Bayi itu meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat pagi ini, manakala kedua ibu bapanya mengalami luka di seluruh badan.
Suspek tetak adik kandung dengan parang panjang didakwa esok
Suspek yang bekerja di sebuah syarikat di Subang, Selangor, diberkas dalam serbuan di sebuah inap desa di Tanjung Karang, Selangor pada Isnin.
Mayat terapung ditemukan di Sungai Perak
Mayat yang dijumpai oleh orang awam kira-kira pukul 7.50 malam itu dikenali sebagai Hosnan berasal dari Tanjung Perak, Indonesia.