IPOH: Polis telah memanggil teman lelaki wanita yang ditemukan dalam keadaan terbakar di tepi Sungai Kuala Kangsar, Kampung Talang Hulu, di Kuala Kangsar, pada Selasa, untuk membantu siasatan.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, lelaki berusia 20 tahun itu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, kira-kira jam 2.45 petang Rabu untuk soal siasat.
Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan.
“Pagi ini kita adakan post mortem yang dibantu oleh pakar forensik untuk mengetahui punca sebenar kematian mangsa dalam kes ini.
“Walaupun kita tahu mangsa mati akibat dibakar bila kita jumpa... dan ada kesan kecederaan di bahagian kepalanya, namun pagi ini pihak forensik akan bantu kita, pakar patologi akan bantu kita untuk kenal pasti punca kematian,” katanya.
Beliau ditemui selepas Majlis Penganugerahan ‘Pride Of Workmanship’ kepada Frontliners PDRM oleh Kelab Rotary Malaysia di Mes Pegawai Kanan Polis Kontinjen Perak, di Ipoh pada Khamis.
BACA: Mayat wanita terbakar, batu konkrit dengan kesan darah ditemui
Pada Selasa, polis menerima laporan berhubung penemuan mayat seorang wanita tanpa identiti dalam keadaan terbakar di tepi Sungai Kuala Kangsar, Kampung Talang Hulu.
Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa telah mati dibunuh dan dibakar di lokasi sama.
Polis turut menjumpai seketul batu konkrit dengan kesan darah berhampiran mayat, yang dipercaya senjata digunakan untuk mencederakan kepala mangsa.
Mengulas lanjut, Mior Faridalathrash berkata, identiti mangsa iaitu wanita berusia 21 tahun berasal dari Kuala Kangsar, sudah disahkan oleh adiknya yang berusia 19 tahun pada Rabu.
Menurutnya, adik mangsa datang ke IPD Kuala Kangsar untuk membuat laporan mengenai kehilangan kakaknya selepas gagal dihubungi.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Jun 02 2022

Mior Faridalathrash berkata, setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Hentakan di kepala, kesan melecur teruk punca kematian wanita dibakar
Hasil bedah siasat ke atas mayat wanita yang dipercayai dibunuh dan dibakar Selasa lepas mendapati punca kematian adalah disebabkan hentakan di kepala dengan kesan melecur yang teruk.

Mayat wanita terbakar: Polis panggil teman lelaki mangsa
Lelaki berusia 20 tahun itu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, kira-kira jam 2.45 petang Rabu untuk soal siasat.

Identiti wanita dibunuh, dibakar dikenal pasti
Pengesahan diperoleh menerusi pengecaman dilakukan seorang lelaki yang mendakwa adik kepada mangsa berusia 21 tahun itu.