KUALA LUMPUR: Polis menemui mayat wanita warga asing berhampiran jejantas menghala ke Melawati Mall pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, bagaimanapun tiada kesan jenayah pada mayat tersebut.
Jelas Mohamad Farouk aduan diterima kira kira jam 2.14 petang Ahad oleh orang awam yang hadir ke Balai Polis Taman Melawati.
Sekumpulan anggota dikerahkan ke bagi menyiasat aduan berkenaan dan mendapati terdapat seorang wanita warga asing sedang terbaring di lokasi kejadian.
Bagaimanapun pasukan kesihatan dari Hospital Ampang yang turut dikerahkan ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Siasatan awal pada mayat mangsa berusia 43 tahun itu turut menjumpai beg pinggang, dokumen pengenalan dan pasport miliknya.
Turut ditemui pelbagai jenis ubatan dipercayai milik mangsa.
Mayat dihantar ke jabatan forensik Hospital Ampang untuk dibedah siasat.
Sehingga kini, kes diklasifikan sebagai mati mengejut.
Fareez Azman
Sun Jun 12 2022

Polis menemui mayat wanita warga asing berhampiran jejantas menghala ke Melawati Mall pada Ahad. - Foto ihsan polis

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Mayat dipercayai warga asing ditemukan dalam semak
Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing dengan kesan kecederaan di kepala ditemukan dalam semak berhampiran Institut Pengurusan Peladang, Tanjong Karang pagi tadi.

Mayat wanita warga asing ditemui berhampiran jejantas
Polis menemui mayat wanita warga asing berhampiran jejantas menghala ke Melawati Mall pada Ahad.

Penemuan mayat: Polis Kuala Selangor minta pihak hilang ahli keluarga tampil ke balai
Menurut polis, mayat tersebut berkemungkinan dihanyutkan dari Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu, Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

Mayat warga asing ditemui selepas dua hari terjatuh bot
Mayat seorang lelaki warga Thailand yang dikatakan terjatuh dari bot dua hari lalu ditemui hari ini.