SUNGAI BAKAP: Kerajaan Pulau Pinang ditawar oleh kerajaan Kedah untuk membeli air dari negeri Jelapang Padi itu sebagai penyelesaian masalah air di Nibong Tebal.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Kedah sedia menjual air dari loji rawatan air (LRA) Lubuk Buntar di Bandar Baharu, Kulim yang kedudukannya 16 Kilometer dari sempadan Kedah-Pulau Pinang.
Menurut Muhammad Sanusi, tawaran berkenaan dibuat selepas mendapati penduduk di kawasan Nibong Tebal dan Sungai Bakap masih berdepan dengan masalah air sejak lebih enam tahun lepas.
“Saya nak umum malam ini, Yang Berhormat Tuan Chow Kon Yeow (Ketua Menteri Pulau Pinang) kalau tidak ada air di Nibong Tebal saya ada lebihan air di LRA Lubuk Buntar… kalau nak (mahu) beli saya jual… saya (Kedah) bukan tidak ada air bersih… ada.
“(Tetapi) kalau nak beli saya (Kedah) jual, di LRA Lubuk Buntar ada lebihan air bersih di situ dengan suci hati tapi kena beli tak boleh ambil free (percuma) macam Sungai Muda,” kata beliau.
Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PRK PN N20 Sungai Bakap di Pejabat Pas kawasan Nibong Tebal, malam tadi.
Kata beliau, Sungai Muda membekalkan Pulau Pinang sejumlah besar air, kira-kira 1,440 juta liter sehari (MLD), manakala Kedah hanya menggunakan kira-kira 770 juta liter sehari (MLD) iaitu separuh daripada apa yang digunakan oleh Pulau Pinang.
Jelasnya, perbezaan ketara ini menimbulkan persoalan mengapa Pulau Pinang khususnya di Sungai Bakap menghadapi kekurangan air.
Hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta beberapa pimpinan tertinggi parti-parti komponen PN.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Jun 08 2024

Kerajaan Pulau Pinang ditawar oleh kerajaan Kedah untuk membeli air dari negeri Jelapang Padi itu sebagai penyelesaian masalah air di Nibong Tebal, kata Menteri Besar Muhammad Sanusi. - Gambar fail Bernama

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.

MB Kedah tawar Pulau Pinang beli air dari LRA Lubuk Buntar
"(Tetapi) kalau nak beli saya (Kedah) jual, di LRA Lubuk Buntar ada lebihan air bersih di situ dengan suci hati tapi kena beli tak boleh ambil free (percuma) macam Sungai Muda."

Kedah cadang tutup sementara tapak perkhemahan, percutian
Kerajaan negeri sedang kumpul jumlah tempat percutian sebelum diputuskan oleh Exco pada Rabu ini.

Konsert depan Masjid Zahir, kerajaan Kedah panggil penganjur, gesa siasatan terperinci
"Kerajaan negeri tidak halang konsert diadakan tetapi kandungan itu dianggap tidak bermoral dengan muda-mudi dengan gaya yang melampau."

Tindakan Zuraida letak jawatan tidak jejas kerajaan Kedah - Menteri Besar
Yang akan terkesan dengan keputusan Zuraida ialah kerajaan Persekutuan kerana Zuraida merupakan salah seorang daripada anggota Kabinet.

Benarkan Kedah eksport ketum ke Thailand - Permintaan Menteri Besar kepada Pusat
Kerajaan akan dapat manfaat melalui kutipan cukai selain dapat banteras kegiatan penyeludupan ke negara jiran.

Kedudukan kerajaan Kedah kukuh, tidak terjejas dengan kemelut politik di Perak - MB
Muhammad Sanusi yakin dengan kesetiaan yang ditunjukkan kesemua ADUN gabungan parti yang memerintah kerajaan negeri itu terhadap kepimpinannya.

Kerajaan PH, Bersatu Kedah dijangka 'luruh' minggu ini - PAS Kedah
Kerajaan gabungan Pakatan Harapan dan Bersatu yang kini menerajui negeri Kedah dijangka bertukar selewat-lewatnya minggu ini.