Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menasihati perantau yang pulang ke negeri itu agar kekal patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Beliau melahirkan kebimbangan wabak COVID-19 kembali merebak di Kelantan kerana kepulangan perantau berkenaan jika mereka tidak mengamalkan langkah sewajarnya.
"Apabila kita buka (sempadan negeri) ramai yang akan balik. Cuma diingatkan, bukan bermakna mereka bebas (untuk ke mana-mana) malah masih terikat dengan SOP sama ada mereka berada di tempat awam atau bersama keluarga.
"Saya bagi pihak kerajaan negeri berharap rakyat dapat mematuhi SOP sebab kita bimbang COVID-19 kembali merebak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kediaman Rasmi Menteri Besar di JKR10 di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata seramai 877 pelajar dari Kelantan yang belajar di Mesir dan menjalani kuarantin di Kuala Lumpur dibawa pulang hari ini walaupun tempoh kuarantin belum cukup 14 hari.
"Walaupun mereka belum habis tempoh kuarantin dua minggu, tapi oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat semalam, mereka akan menjalani baki kuarantin di rumah dengan pengawasan Jabatan Kesihatan Kelantan.
"Pelajar-pelajar berkenaan dijangka tiba di Kelantan pada malam ini menggunakan 12 bas yang disewa oleh kerajaan negeri bagi membawa pulang mereka," katanya.
Sementara itu, Ahmad berkata satu mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) diadakan Isnin ini, bagi membincangkan mengenai tempoh lanjutan waktu operasi kedai makan daripada pukul 10 malam kepada 12 tengah malam serta pembukaan pasar tani.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 10 2020

AHMAD: Saya bagi pihak kerajaan negeri berharap rakyat dapat mematuhi SOP sebab kita bimbang COVID-19 kembali merebak. - Gambar fail

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Pembunuhan Ismail Haniyeh: Dunia kehilangan pemimpin disegani - Ismail Sabri
Dunia berduka apabila kehilangan pemimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh pada awal pagi Rabu.

Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa
Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada jam 3 petang Selasa.

PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).

Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.

PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.

Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.

PRN: Tiada bayangan siapa akan jadi Menteri Besar Kelantan - Ahmad Yakob
PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.

Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.