KANGAR: Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli hari ini membuat laporan polis selepas mendakwa terdapat pihak tertentu menyalahgunakan gambar beliau untuk mempromosi aktiviti pelaburan di Facebook dengan kadar pelaburan serendah RM300.
Beliau membuat laporan berkenaan di Balai Polis Kangar kira-kira 5 petang tadi.
"Saya mula menyedari perkara ini pada 14 April lepas dan telah mengambil tindakan membuat hantaran penafian di laman sosial, namun perkara berkenaan dilihat masih berulang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.
Menurut Mohd Shukri beliau juga tampil membuat laporan kerana bimbang jika terdapat individu khususnya pelajar universiti yang akan terpedaya dengan pelaburan itu.
Katanya terdapat beberapa gambar kepimpinan PAS di Kedah turut diguna oleh pihak tidak bertanggungjawab di laman sama.
"Saya berharap orang ramai tidak mudah terpedaya (aktiviti pelaburan) sebaliknya membuat rujukan dengan pihak berkuasa terlebih dahulu dan segera membuat laporan polis," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada Mohd Shukri berkaitan gambarnya digunakan di Facebook oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan pelaburan patuh syariah.
"Menteri Besar membuat laporan polis kerana difitnah dan beliau tidak terlibat dalam aktiviti pelaburan tersebut," katanya dan menambah pihaknya sedang meneliti kes tersebut sama ada disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2023

Menurut Mohd Shukri beliau juga tampil membuat laporan kerana bimbang jika terdapat individu khususnya pelajar universiti yang akan terpedaya dengan pelaburan itu. - Gambar fail/Astro AWANI
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu
Malaysia-Indonesia selesai secara damai - Saifuddin
Malaysia dan Indonesia sepakat menyelesaikan insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Selangor secara damai bagi memastikan hubungan diplomatik kekal terpelihara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kejayaan ini hasil rundingan beliau ke Jakarta pada Februari lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kejayaan ini hasil rundingan beliau ke Jakarta pada Februari lalu.
[TERKINI] Ismail Sabri beri keterangan di SPRM pada Rabu - Azam Baki
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.

Cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan kesihatan bersekutu hanya dikenakan jika disediakan di luar premis yang diluluskan
Cukai perkhidmatan hanya dikenakan sekiranya perkhidmatan kesihatan bersekutu disediakan di luar premis yang telah diluluskan pengecualian cukai, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Mesir kemukakan pelan pembinaan semula Gaza, seru pembentukan pentadbiran peralihan
Pembinaan semula Gaza perlukan pembentukan pentadbiran dan keselamatan peralihan bagi memastikan prospek penyelesaian dua negara dipertahankan.

PM Anwar beri sumbangan kepada keluarga nelayan di Pahang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan wang tunai kepada sebuah keluarga nelayan di Pahang, bagi meringankan beban mereka yang diuji dengan pendapatan terhad.

MCMC giat perluas pendidikan, kempen kesedaran keselamatan dalam talian
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperluas modul latihan keselamatan dalam talian ke seluruh negara dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkara berkenaan.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Polis kemas kini kertas siasatan kes gaduh pertandingan seni bela diri
Polis kemas kini kertas siasatan kes gaduh pertandingan seni bela diri

Pertemuan dengan Sheikh Dr Ekrima pahat usaha perjuangkan Masjid Al-Aqsa - PM Anwar
Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan beliau dengan Sheikh Dr Ekrima sebagai sangat bermakna dalam memahat usaha berterusan memperjuangkan kedudukan Masjid Al-Aqsa.

Pencarian terbaru Ocean Infinity untuk MH370: Keluarga ikuti melalui laman web khas
Keluarga penumpang MH370, yang hilang dalam perjalanan ke Beijing hampir 11 tahun lepas, kini mengikuti pencarian terbaru bagi kehilangan misteri tersebut melalui laman web khas.

Tukang kayu rugi lebih RM400,000 terperdaya sindiket 'love scam'
Seorang tukang kayu mengalami kerugian RM420,750 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan cinta atau 'love scam', selepas berkenalan dengan seorang perempuan di aplikasi Facebook.

Nenek rugi RM4 juta dalam tempoh 3 bulan ditipu pelaburan tidak wujud
Akibat tertarik dengan tawaran keuntungan mencecah jutaan ringgit, seorang nenek berusia 73 tahun berputih mata apabila mengalami kerugian RM4 juta.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Imigresen tumpas sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing
JIM menumpaskan sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing selepas menahan 46 individu dari pelbagai negara dalam serbuan di 17 unit premis kediaman mewah di Kuchai Lama, semalam.