SHAH ALAM: Sejajar dengan visi Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadikan Selangor sebagai Negeri Pintar di rantau ASEAN Menjelang tahun 2025, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) telah membuat pelbagai inisiatif yang komprehensif dan berimpak tinggi dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Selangor.
Usaha ini adalah komitmen berterusan MBI Selangor dan anak-anak syarikatnya dalam membantu Kerajaan Negeri untuk memajukan negeri sambil menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat Selangor.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, Saipolyazan M Yusop berkata, sebagai Ketua Teras Strategik Pengukuhan Ekonomi di bawah Rancangan Selangor Pertama 2021-2025 (RS-1) yang melibatkan 108 projek, program dan inisiatif (PPI) merangkumi sembilan sektor tumpuan, dan tiga wilayah pembangunan.
"Keputusan untuk membangunkan wilayah tertentu iaitu Zon Pembangunan Ekonomi Selangor Maritime Gateway (ZPE SMG), Sabak Bernam Development Area (SABDA) dan Intergrated Development Region In South Selangor (IDRISS) di bawah RS-1 berpunca daripada analisis strategik terhadap kekuatan sedia ada dan potensi Selangor yang belum diterokai.
"Pembangunan ZPE SMG yang menjurus kepada menarik pelaburan bernilai tinggi dan berkonsepkan hijau di mana ia merangkumi pembangunan infrastruktur yang berkaitan dengan pemulihan dan pengindahan sungai dan pembangunan bercampur di pinggiran sungai untuk memaksimumkan potensinya sebagai hab maritim yang berkembang maju, menarik industri baharu dan meningkatkan aktiviti ekonomi.
"SABDA pula bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di daerah Sabak Bernam dengan memfokuskan aktiviti-aktiviti ekonomi terutamanya dalam sektor pertanian dan ekopelancongan yang dijangka dapat membantu meyelesaikan isu keterjaminan makanan di Selangor.
"RS-1 juga berhasrat pembangunan SABDA dapat menarik pelaburan baharu untuk membangunkan aktiviti-aktiviti pertanian hiliran serta membangunkan infrastruktur dan kemudahan awam di samping dapat meneruskan usaha pembangunan wilayah yang seimbang di seluruh kawasan luar bandar dan bandar
dalam jangka masa panjang.
"Pembangunan IDRISS pula merupakan pembangunan pelaburan swasta bersepadu di daerah Sepang dan Kuala Langat dalam usaha untuk mempromosikan negeri sebagai hab pelaburan dan perdagangan yang dipacu oleh aktiviti perindustrian dan pembangunan berimpak tinggi.
"Wilayah ini mempunyai sumber tanah yang banyak dan lokasi yang strategik berhampiran rangkaian pengangkutan utama dengan memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur dan menarik industri baharu ke kawasan ini, menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang di seluruh Selangor," katanya ketika ditemu bual dalam program Niaga AWANI.
Mengulas lanjut berkenaan kerangka dan aspirasi bagi RS-2, Saipolyazan berkata, pihaknya ketika ini memberi tumpuan kepada meletakkan asas kukuh untuk masa depan negeri selain menumpukan pada kejayaan melaksanakan RS-1 dan mencapai matlamat bercita-cita tingginya menjelang 2025.
"Di samping itu, banyak projek-projek dari RS-1 yang melibatkan pembangunan yang berjangka panjang dan berskala besar akan ditransisi kepada RS-2 dengan pemfokusan kepada pelaksanaan lebih strategik dan berkesan berdasarkan isu-isu dan cabaran yang dipelajari dari RS-1.
"Laporan kajian separuh penggal RS-1 juga telah siap dan akan di terbitkan tidak lama lagi," katanya.
Pada dasarnya, beliau berkata, RS-1 menyasarkan pembangunan strategik di seluruh Selangor, memanfaatkan kekuatan sedia ada dan membuka peluang baharu di setiap wilayah.
Jelasnya, pendekatan pelbagai serampang ini bertujuan untuk mewujudkan ekonomi yang berkembang maju dan pelbagai untuk seluruh negeri.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jul 11 2024
![MBI Selangor komited memangkin kelestarian sosial, alam sekitar dan ekonomi negeri MBI Selangor komited memangkin kelestarian sosial, alam sekitar dan ekonomi negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720738343_tbSAIPOLYAZANMente.jpg)
Saipolyazan berkata, MBI Selangor ketika ini memberi tumpuan kepada meletakkan asas kukuh untuk masa depan negeri selain menumpukan pada kejayaan melaksanakan RS-1. - Foto Astro AWANI
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714357801_PalestinesPresiden.jpg)
Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.
![Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739630318_MaritimMalaysiagag.jpg)
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat
Bot serta barang rampasan yang dianggarkan bernilai hampir RM60,000 dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan lanjut.
![MBI Selangor komited memangkin kelestarian sosial, alam sekitar dan ekonomi negeri MBI Selangor komited memangkin kelestarian sosial, alam sekitar dan ekonomi negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720738343_tbSAIPOLYAZANMente.jpg)
MBI Selangor komited memangkin kelestarian sosial, alam sekitar dan ekonomi negeri
Di bawah Rancangan Selangor Pertama 2021-2025, terdapat 108 projek, program dan inisiatif (PPI) merangkumi sembilan sektor tumpuan dan tiga wilayah pembangunan.
![Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1 Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720085748_TBAmirudinShari.jpg)
Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1
Selangor mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.43 peratus bagi tempoh 2021 hingga 2023.
![Insentif dan bantuan menyeluruh, jamin kesejahteraan anak Selangor Insentif dan bantuan menyeluruh, jamin kesejahteraan anak Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691016717_ekonomiselangor.jpg)
Insentif dan bantuan menyeluruh, jamin kesejahteraan anak Selangor
Limpahan ekonomi Selangor membolehkan kerajaan negeri memastikan rakyatnya menikmati pembangunan dan perlindungan sosial terbaik.
![PRN: Amirudin luah hasrat terus terajui kerajaan Selangor PRN: Amirudin luah hasrat terus terajui kerajaan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687598077_AmirudinShari.jpg)
PRN: Amirudin luah hasrat terus terajui kerajaan Selangor
Beliau cenderung untuk terus menjawat jawatan berkenaan bagi membantu kerajaan negeri melengkapkan pelaksanaan pelbagai pelan pembangunan.
![Selangor akan manfaatkan RS-1 untuk pacu asas ekonomi pada 2023 Selangor akan manfaatkan RS-1 untuk pacu asas ekonomi pada 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670397902_AMIRUDINSHARI.jpg)
Selangor akan manfaatkan RS-1 untuk pacu asas ekonomi pada 2023
Walaupun dijangka tidak mencatat pencapaian baik pada 2023, kerajaan Selangor tetap optimis dengan mengutamakan aspek perancangan masa depan.
![RS-1 mampu merangsang peningkatan ekonomi - Teng Chang Khim RS-1 mampu merangsang peningkatan ekonomi - Teng Chang Khim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81630298576_TengChangKhim.jpg)
RS-1 mampu merangsang peningkatan ekonomi - Teng Chang Khim
Buat masa ini Selangor merupakan satu-satunya yang mempunyai rancangan diperingkat negeri yang boleh meransangkan peningkatan ekonomi.
![DUN Selangor lulus usul Rancangan Selangor Pertama DUN Selangor lulus usul Rancangan Selangor Pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659433273_AmirudinShari.jpg)
DUN Selangor lulus usul Rancangan Selangor Pertama
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul projek pembangunan Rancangan Selangor Pertama 2021-2025 (RS-1) berjumlah RM212.44 bilion.
![Selangor perkenal SSOC hantar amaran awal bencana Selangor perkenal SSOC hantar amaran awal bencana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658958574_AmirudinShari.jpg)
Selangor perkenal SSOC hantar amaran awal bencana
Kejadian banjir dan tanah runtuh di Selangor sering berlaku disebabkan oleh pembangunan dan keadaan cuaca yang ekstrem.
![Rancangan Selangor Pertama: Bukan mahu dabik dada, tunjuk hebat - Amirudin Rancangan Selangor Pertama: Bukan mahu dabik dada, tunjuk hebat - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657169557_TBAMIRUDIN.jpg)
Rancangan Selangor Pertama: Bukan mahu dabik dada, tunjuk hebat - Amirudin
Rancangan itu merupakan usaha kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan direncana dengan lebih terperinci.
![Rancangan Selangor Pertama bakal dibentang Julai ini Rancangan Selangor Pertama bakal dibentang Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81651613649_SueeLim.jpg)
Rancangan Selangor Pertama bakal dibentang Julai ini
Ia meliputi rancangan dari segenap sudut seperti halu tuju, perancangan pembangunan, sosioekonomi, kebudayaan, pendidikan.