Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) melancarkan pengumpulan sisa organik untuk tujuan pengkomposan dengan menggunakan lalat yang dikenali sebagai 'Black Soldier Fly'.
Datuk Bandar MBSP Datuk Rozali Mohamud berkata projek itu merupakan hasil usaha sama antara MBSP, Syarikat Al-Ansar Integrated Sdn Bhd dan Universiti Sains Malaysia (USM).
Katanya, kaedah itu diguna pakai bagi mengaktifkan program ekonomi sekular dengan mengurangkan penghasilan karbon, penggunaan tenaga dan bahan kimia dalam menguruskan sisa organik di daerah itu.
"Di pasar-pasar lain, kita menggunakan jentera untuk memproses sisa organik menjadi bahan kompos dalam 48 jam namun ia masih akan menghasilkan karbon. Kita sudah menggunakan kaedah mekanikal, konvensional dan kini menggunakan kaedah natural dalam menghasilkan kompos.
"Larva Black Soldier Fly memainkan peranan sebagai pengurai sisa organik kepada kompos yang kaya dengan mineral, mikronutrien dan mikrob yang berfaedah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pengumpulan Sisa Organik Pasar Awam Kepala Batas di sini.
Beliau berkata sebagai permulaan, sebanyak empat tong pengumpulan sisa organik akan ditempatkan di Pasar Awam Kepala Batas bagi memudahkan peniaga membuang sisa-sisa sayuran sebelum dipungut oleh kakitangan Syarikat Al-Ansar Integrated Sdn Bhd untuk dibawa ke tapak pemprosesan yang terletak di Tasek Gelugor berkeluasan 0.4 hektar.
Rozali berkata usaha itu bakal membantu MBSP mencapai sasaran untuk menjadikan Seberang Perai sebuah bandar raya rendah karbon menjelang 2022, bandar sifar karbon pada tahun 2030, dan bandar neutral karbon menjelang tahun 2050.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan Syarikat Al-Ansar Integrated Sdn Bhd Ansaruddin Othman berkata spesies lalat yang digunakan dalam usaha itu adalah bebas daripada pembawa virus e-coli, salmonela dan antifungus.
"Jangka hayat lalat ini hanya lima hari kemudian ia akan mati... Kita ternak (lalat) untuk penghasilan larva bagi tujuan pengkomposan. Hasil kompos diperoleh daripada sisa kumuhan larva yang memakan sisa organik tersebut," katanya.
Selain itu, Ansaruddin berkata larva yang sama digunakan sebagai sumber makanan haiwan ternakan kerana ia mempunyai kandungan protein yang tinggi. Selain itu, ia mampu merangsang sistem imun, meningkatkan kualiti haiwan ternakan, rasa daging yang lebih enak serta bebas kimia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 21 2020
Majlis Pelancaran Pengumpulan Sisa Organik di Pasar Awam Kepala Batas pada Ahad. --fotoBERNAMA
Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Seorang maut, lelaki tikam secara rambang di stesen keretapi
Sekurang-kurang seorang maut, dua cedera selepas beberapa orang ditikam secara rambang pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api Jepun.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Cabaran digital dan realiti kehidupan pascaperang di Syria
Hanya sekitar 36% populasi Syria terhubung dengan internet, dengan kelajuan yang sangat rendah dan sering terganggu, terutama di kawasan luar bandar yang terjejas akibat konflik.
Lelaki kenya kerat bini, sumbat dalam beg galas
Polis Kenya menahan seorang lelaki didakwa membawa anggota badan isterinya yang telah dikerat-kerat dalam sebuah beg galas.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
AWANI Ringkas: Keputusan Jemaah Menteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perbuatan bakar anak hidup-hidup kejam - Bapa
Bapa kepada mangsa bunuh dibakar ketika hidup dalam rumah bersama bapa angkatnya, disifatkan sebagai perbuatan kejam.
KKM nilai beberapa faktor sebelum laksana WBB secara menyeluruh
Pelaksanaan Sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) di fasiliti kesihatan kerajaan masih di peringkat percubaan dan hanya akan dilaksanakan secara menyeluuruh selepas mendapat repon positif daripada semua pihak.
Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.
Projek pembangunan Ipoh Sentral bermula enam bulan lagi
Projek ini bertujuan mengubah landskap Ipoh dengan menghubungkan ruang kediaman, komersial, dan rekreasi, serta dijangka membawa manfaat besar kepada ekonomi tempatan dan nasional.
MBSP guna lalat hasilkan bahan kompos daripada sisa organik
Datuk Bandar MBSP Datuk Rozali Mohamud berkata projek itu merupakan hasil usaha sama antara MBSP, Syarikat Al-Ansar Integrated Sdn Bhd dan Universiti Sains Malaysia (USM).