KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya menyelesaikan masalah capaian Internet lemah yang dialami di Kampung Muhibbah, Penawar, Kota Tinggi, Johor sehingga menyukarkan seorang pelajar mengikuti kelas dalam talian sebelum ini.
MCMC dalam kenyataan memaklumkan pihaknya di Johor bersama wakil penyedia perkhidmatan telah melawat lokasi itu dan bertemu dengan ibu pelajar tersebut iaitu Farah Norain Hashim bagi menyiasat serta mendapatkan gambaran sebenar berhubung masalah yang dihadapi.
Kenyataan itu menyebut hasil ujian liputan yang dijalankan di dalam dan luar rumah pelajar tersebut mendapati capaian Internet lemah memandangkan rumahnya dikelilingi pokok kelapa sawit.
"Justeru, MCMC telah mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan untuk mengubah pancaran liputan dari menara terdekat yang terletak 1.1 kilometer jauhnya ke rumah pengadu dan tindakan tersebut telah pun diambil.
"Turut dijalankan ialah ujian kelajuan, set semula komputer riba dan telefon bimbit serta menjalankan proses pencarisilapan di dalam dan luar rumah pengadu," menurut kenyataan itu.
Hasil tindakan yang diambil, capaian Internet di rumah pelajar itu berjaya dipulihkan dan kini keluarganya juga dapat menerima panggilan telefon serta liputan 4G melalui komputer riba.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 26 2021

MCMC telah mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan untuk mengubah pancaran liputan dari menara terdekat yang terletak 1.1 kilometer jauhnya ke rumah pengadu.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.

Astro Audio ambil maklum kenyataan MCMC, tekad beri kerjasama
ERA akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang dijalankan oleh MCMC dan menyediakan maklum balas seperti yang diminta.

Harith Iskander, Cecelia Yap dikompaun RM10,000
MCMC dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan tindakan itu dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Enam termasuk tiga penyampai radio Era FM beri keterangan di Bukit Aman
Tiga penyampai radio itu dilihat tiba kira-kira 10.30 pagi menaiki kereta Toyota Vellfire berwarna hitam, manakala tiga lagi kakitangan radio terbabit tiba berasingan.

Kandungan kurang sensitif: Astro Audio bertemu MCMC, gantung tugas Azad, Nabil, Radin dan dua lagi
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Pagi ERA dan dua lagi.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

MWC 2025: Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Mohamad Fauzi berkata Malaysia terus komited untuk memanfaatkan kemajuan teknologi bagi merapatkan jurang digital dan meningkatkan keterhubungan.

MCMC giat perluas pendidikan, kempen kesedaran keselamatan dalam talian
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperluas modul latihan keselamatan dalam talian ke seluruh negara dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkara berkenaan.

Kementerian pandang serius kewujudan akaun palsu - Teo Nie Ching
Kementerian Komunikasi memandang serius kewujudan akaun media sosial palsu yang semakin berleluasa di negara ini.

AIFA terima 57,782 pertanyaan sejak dilancarkan - MCMC
AIFA merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan dalam talian serta membanteras ancaman siber.

Warga emas muat naik hantaran bersifat palsu dipenjara enam bulan - MCMC
Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas gagal membayar denda RM30,000 atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong.