KUALA LUMPUR: Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dibangunkan untuk memberikan liputan yang lebih luas dan kualiti pengalaman jalur lebar yang lebih baik selain mempersiapkan negara ke arah teknologi 5G dilihat berada di landasan yang tepat untuk aspirasi dan sasarannya.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek membayangkan bahawa tender untuk pembangunan infrastruktur 5G yang dianggarkan bernilai RM15 bilion akan diumumkan tidak lama lagi.
"Saya percaya ia akan dibuka tidak lama lagi, tetapi bukan MCMC untuk menyatakannya. Digital Nasional Bhd (DNB) akan mengeluarkan kenyataan yang sewajarnya," katanya pada Persidangan Pelabur RHB semalam.
Katanya, DNB, syarikat tujuan khas (SPV) yang akan melaksanakan infrastruktur dan rangkaian 5G di seluruh negara bertanggungjawab untuk pemilihan tender.
Beliau berkata perkhidmatan komersial 5G boleh didapati pada suku keempat 2021.
Aspirasi nasional JENDELA ialah sembilan juta premis dilengkapi kelajuan melebihi 100Mbps menerusi pelaksanaan 5G dan liputan 4G sebanyak 100 peratus di kawasan berpenduduk menjelang 2025.
Menurut Fadlullah, 5G berpotensi untuk mewujudkan 105.000 pekerjaan baharu dan penggunaan teknologi dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing yang berkemahiran rendah.
"Matlamat kami ialah mempunyai rangkaian 5G yang selamat, berdaya tahan dan kukuh serta dapat mengupayakan aplikasi Internet of Things (IoT), Kecerdasan Buatan (AI) dan pembelajaran mesin.
"Dengan 5G, kita dapat meningkatkan daya saing industri dan memberi perkhidmatan kepada rakyat, syarikat dan kerajaan dengan lebih baik," katanya.
Beliau berkata 5G penting kepada ekonomi yang akan memastikan daya saing digital Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 10 2021

Fadhlullah Suhaimi berkata perkhidmatan komersial 5G boleh didapati pada suku keempat 2021. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

JENDELA:144 menara telekomunikasi beroperasi di Pahang - Exco
Sebanyak 144 daripada 191 menara telekomunikasi yang siap dibina di bawah fasa satu projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Pahang telah beroperasi sepenuhnya.

JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo
Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua dijangka dimulakan tahun ini.

U Mobile dipilih penyedia 5G rangkaian kedua berdasarkan gabungan beberapa faktor - MCMC
Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia 5G rangkaian kedua negara dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

203 menara telekomunikasi JENDELA Fasa 1 di Sabah siap - Fahmi
Fahmi berkata bagi pelaksanaan JENDELA Fasa 2, sebanyak 2,700 lokasi menara telekomunikasi dikenal pasti termasuk di kawasan terpencil, bukit bukau dan pulau-pulau.

52 menara telekomunikasi JENDELA beroperasi di Johor - Teo
Daripada jumlah itu terdapat empat tapak menara telekomunikasi di negeri ini belum mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan memandangkan projek berkenaan akan dibangunkan di kawasan hutan.

JENDELA: Lebih 4,600 stesen pemancar dinaik taraf di Sabah
Sebanyak 4,629 stesen pemancar sedia ada di Sabah dinaik taraf menerusi JENDELA bagi memastikan tahap kesalinghubungan dan perkhidmatan internet berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan rakyat.

Kontraktor projek JENDELA gagal ikut tempoh masa mungkin didenda - Teo
Pihak kontraktor pelaksana projek menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu yang gagal mengikut tempoh masa ditetapkan, mungkin berdepan tindakan denda.

JENDELA: Pahang sasar capai liputan 4G di semua kawasan hujung tahun ini
Kerajaan Pahang menetapkan hujung tahun ini untuk memastikan liputan rangkaian jalur lebar 4G dapat dicapai di semua kawasan termasuk luar bandar menerusi projek JENDELA.

Kementerian Komunikasi tidak puas hati projek JENDELA di pedalaman Sabah, Sarawak belum siap
Kementerian Komunikasi tidak puas hati terhadap kontraktor pelaksana projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.