Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan terhadap aduan pengguna berhubung pengurangan kelajuan muat naik pakej Unifi 500Mbps yang dilancarkan Telekom Malaysia Berhad (TM).
Menurut MCMC, butiran aduan menyatakan, ketika pelancaran bulan lalu, TM menawarkan kelajuan muat naik 200Mbps bersama pakej Unifi yang menyediakan kelajuan muat turun 500Mbps.
"Setelah meneliti semula laman sesawang jualan rasmi pihak TM, pengadu mengesan pakej tersebut telah berubah sejak 2 September 2020, dengan kelajuan muat naik dikurangkan separuh kepada hanya 100Mbps," kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, beberapa portal berita dalam talian turut melaporkan aduan tersebut yang menyifatkan pengguna terpedaya dengan tawaran yang dibuat dalam pakej awal yang diiklankan bulan lalu.
MCMC menegaskan, jika siasatan awal mendapati terdapat unsur yang melanggar kepentingan pengguna, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pemberi perkhidmatan.
"Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang dikuatkuasakan MCMC memberi perhatian berat terhadap kepentingan pengguna perkhidmatan telekomunikasi.
"Pihak MCMC memberi jaminan siasatan isu ini akan dijalankan secara telus dan adil," tambahnya.
Astro Awani
Sun Sep 20 2020

MCMC memberi jaminan siasatan isu ini akan dijalankan secara telus dan adil.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

China fail aduan kepada WTO terhadap kenaikan tarif AS
Tindakan AS mengenakan tarif tambahan ke atas produk China dilihat melanggar peraturan WTO secara serius.

'Ini kali pertama dalam karier tidak terima gaji tujuh bulan'
Mohd Amer tidak tolak kemungkinan dia dan rakan sepasukan akan membuat aduan rasmi kepada pihak sepatutnya jika masih tidak ada jalan penyelesaian.

KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas.

99 aduan pelupusan bahan buangan terjadual secara haram direkodkan - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata daripada jumlah itu, 13 kes didapati mempunyai asas kukuh dan telah diambil tindakan penguatkuasaan.

Pemantauan pergerakan lori di seluruh negara diperketat
Menerusi aduan diterima, terdapat pemandu lori ini yang melanggar tempoh masa pergerakan dan membawa muatan berlebihan.

Pusat Respons Scam Kebangsaan terima 122,603 panggilan aduan sehingga Ogos 2024 - MOF
Berdasarkan aduan yang diterima itu, jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM371 juta.

Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.

Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris
Antara aduan adalah tentang kekurangan makanan tertentu, selain soal kualiti, termasuk kes daging mentah yang dihidangkan kepada atlet.

Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke
Kad akreditasi kepada pemandu dan pengusaha bas membolehkan mereka dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku aduan atau sesuatu insiden.

Pukul OKU: Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina
Mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang diwujudkan untuk melindungi hak rakyat.