KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempelawa mana-mana pemegang lesen berkelayakan untuk menjalankan kerja pemasangan dan penyediaan perkhidmatan capaian jalur lebar melalui satelit di 839 lokasi seluruh negara.
MCMC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan syarikat yang berminat boleh mendaftar dan mengemukakan draf rancangan perkhidmatan sejagat di bawah Peraturan 5, Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002.
BACA: KKMM pergiat Pelan JENDELA pada 2021 untuk kurangkan jurang digital - Saifuddin
Jelas kenyataan itu lagi, kerja-kerja pemasangan meliputi 178 lokasi di Semenanjung Malaysia iaitu di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak serta Selangor.
Manakala, Sabah dan Sarawak masing-masing 138 dan 523 lokasi.
"Lokasi-lokasi berkenaan terdiri daripada kawasan penempatan Orang Asli di Semenanjung Malaysia, dan kawasan-kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak yang mana penyediaan prasarana dan perkhidmatan jalur lebar mudah alih dan selular awam akan mengambil masa untuk dilaksanakan mengambil kira kepadatan penduduk dan keadaan bentuk muka bumi.
"Perkhidmatan ini, yang dijangka siap dilaksanakan menjelang Oktober 2021 akan berfungsi sebagai penyelesaian yang cepat kepada masalah kesalinghubungan sehingga penyelesaian yang kekal dilaksanakan," demikian menurut kenyataan tersebut.
Jelas MCMC lagi, inisiatif di bawah pelan tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA) itu membolehkan penduduk di setiap lokasi menikmati perkhidmatan WiFi percuma pada purata kelajuan 35 Megabit sesaat (Mbps).
Pada Ogos tahun lalu, kerajaan mengumumkan pembentukan JENDELA bagi menambah baik ketersambungan digital negara dan menetapkan asas negara bagi teknologi 5G.
Dasar ini akan menjadi sebahagian daripada Rancangan Malaysia ke-12 yang akan bermula dari tahun 2021 hingga 2025.
Astro Awani
Mon Mar 15 2021

Penduduk di setiap lokasi bakal menikmati perkhidmatan WiFi percuma pada purata kelajuan 35 Megabit sesaat (Mbps) - Gambar hiasan/BERNAMA

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.

Tiada lagi tindakan MCMC terhadap trio DJ Era FM, harap jadi pengajaran untuk semua - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, ketiga-tiga penyampai tersebut sudah melalui pelbagai perkara seperti siasatan dan sebagainya.

Astro Audio sambut baik keputusan MCMC tidak gantung lesen radio
Astro Audio menyambut baik keputusan MCMC tidak menggantung lesen penyiaran radio Maestra Broadcast Sdn Bhd (Maestra).

Lesen ERA FM tidak digantung - MCMC
MCMC membuat keputusan untuk tidak menggantung lesen, Maestra Broadcast Sdn Bhd iaitu pengendali stesen radio ERA FM.

Astro Audio ambil maklum kenyataan MCMC, tekad beri kerjasama
ERA akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang dijalankan oleh MCMC dan menyediakan maklum balas seperti yang diminta.

Harith Iskander, Cecelia Yap dikompaun RM10,000
MCMC dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan tindakan itu dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Enam termasuk tiga penyampai radio Era FM beri keterangan di Bukit Aman
Tiga penyampai radio itu dilihat tiba kira-kira 10.30 pagi menaiki kereta Toyota Vellfire berwarna hitam, manakala tiga lagi kakitangan radio terbabit tiba berasingan.

Kandungan kurang sensitif: Astro Audio bertemu MCMC, gantung tugas Azad, Nabil, Radin dan dua lagi
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Pagi ERA dan dua lagi.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

MWC 2025: Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Mohamad Fauzi berkata Malaysia terus komited untuk memanfaatkan kemajuan teknologi bagi merapatkan jurang digital dan meningkatkan keterhubungan.

MCMC giat perluas pendidikan, kempen kesedaran keselamatan dalam talian
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperluas modul latihan keselamatan dalam talian ke seluruh negara dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkara berkenaan.