KUALA LUMPUR: Siri animasi terbaru keluaran studio animasi tempatan, MONSTA, sekali lagi menempa nama dan mengorak langkah ke persada dunia apabila animasi baharu 'Mechamato' berjaya menawan 65 buah negara dalam tempoh lapan bulan.
Animasi Mechamato yang dilancarkan pada November 2021 menerusi saluran antarabangsa, Cartoon Network Asia, berjaya memperoleh hak siaran di 65 buah negara dan dibangunkan dengan sokongan dana daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), selepas kejayaan animasi BoboiBoy sebelum ini.
Pengarah Pemasaran MONSTA, Faiz Zainal Aabidin, dalam kenyataan pada Selasa, berkata sokongan dana itu bertujuan untuk membantu mengeksport animasi tempatan ke peringkat antarabangsa, sekali gus menjadikan Malaysia antara pengeluar animasi utama di rantau Asia Pasifik.
"Kami teruja dengan pencapaian Mechamato yang terus melakar dunia.
"Bersempena dengan Hari Kebangsaan 2022 ini, Mechamato sebagai 'Adiwira Kita' digambarkan bakal membakar semangat dan memberi inspirasi kepada semua agar lebih yakin untuk melangkah lebih jauh di persada antarabangsa.
"Mechamato sudah bersiaran di negara-negara Asia Pasifik, Jepun, Korea Selatan, Australia, Taiwan dan sebagainya. Selepas pengumuman rasmi siaran Mechamato ditayangkan di Portugal,bulan lepas, animasi ini terus mendapat perhatian dengan penambahan siaran di 40 buah negara baharu termasuk India, Turkiye, Timur Tengah dan Afrika," katanya.
Selain itu, siri animasi berkenaan bakal menemui rakyat Malaysia di saluran utama stesen televisyen tempatan (TV9 dan TV3), penstriman Netflix dan saluran Youtube MONSTA bermula Oktober ini, manakala tayangan filem 'Mechamato Movie' bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara pada Disember ini.
"Peminat di Indonesia dan Singapura juga bakal menonton siri animasi Mechamato di pelbagai rangkaian utama negara-negara tersebut bermula Oktober ini.
"Tonton siri animasi Mechamato sekarang di saluran Cartoon Network Asia, HBO GO, Astro Prima dan di aplikasi Astro Go. MONSTA ingin mengucapkan selamat Hari Kebangsaan 2022 dan Hari Malaysia ke-59 kepada semua, mari bersama-sama meletakkan nama negara di pentas dunia," katanya.
Video khas berkaitan perjalanan siri animasi Mechamato di persada antarabangsa boleh ditonton di saluran Youtube MONSTA dan stesen TV tempatan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2022 dan Hari Malaysia 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 31 2022
!['Mechamato' berjaya tawan 65 negara di seluruh dunia 'Mechamato' berjaya tawan 65 negara di seluruh dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661907508_mechamato.jpg)
Animasi Mechamato berjaya memperoleh hak siaran di 65 buah negara dan dibangunkan dengan sokongan dana daripada MDEC. -mechamato.fandom.com
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![MONSTA lancar promosi BoBoiBoy Galaxy WINDARA MONSTA lancar promosi BoBoiBoy Galaxy WINDARA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717204714_MonstaPromosi.jpg)
MONSTA lancar promosi BoBoiBoy Galaxy WINDARA
Rangkaiannya akan berfungsi sebagai platform utama untuk mempromosi dan menyiarkan BoBoiBoy Galaxy WINDARA.
![Malaysia berbangga! Mechamato Movie kutip RM5 juta dalam masa 3 hari Malaysia berbangga! Mechamato Movie kutip RM5 juta dalam masa 3 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670750655_mechamato.jpg)
Malaysia berbangga! Mechamato Movie kutip RM5 juta dalam masa 3 hari
Mechamato Movie berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta hanya dalam tempoh tiga hari tayangan.
![Mechamato cipta sejarah, tercalon di Anugerah Festival Anime Tokyo 2023 Mechamato cipta sejarah, tercalon di Anugerah Festival Anime Tokyo 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668309291_TBMECHAMATOjpg.jpg)
Mechamato cipta sejarah, tercalon di Anugerah Festival Anime Tokyo 2023
Mechamato akan mengeluarkan filem blokbuster yang terulung pada 8 Disember depan di seluruh pawagam negara.
!['Mechamato' bakal ditayang 8 Disember ini 'Mechamato' bakal ditayang 8 Disember ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663388348_MechamatoMovie.jpg)
'Mechamato' bakal ditayang 8 Disember ini
Penggemar siri animasi 'BoBoiBoy' tidak akan mahu terlepas aksi siri dan filem animasi 'Mechamato' ciptaan syarikat MONSTA yang akan ditayangkan tahun ini.
!['Mechamato' berjaya tawan 65 negara di seluruh dunia 'Mechamato' berjaya tawan 65 negara di seluruh dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661907508_mechamato.jpg)
'Mechamato' berjaya tawan 65 negara di seluruh dunia
Animasi Mechamato berjaya memperoleh hak siaran di 65 buah negara dan dibangunkan dengan sokongan dana daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
![Pecah rekod! 'Boboiboy Movie 2' jadi filem animasi terlaris No.1 Malaysia Pecah rekod! 'Boboiboy Movie 2' jadi filem animasi terlaris No.1 Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/61567498287_TBBOBOIBOY.jpg)
Pecah rekod! 'Boboiboy Movie 2' jadi filem animasi terlaris No.1 Malaysia
Filem animasi tempatan Boboiboy Movie 2 (BBBM2) berjaya mengutip sebanyak RM27.7 juta di Malaysia sahaja dalam tempoh 26 hari.