KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan mewujudkan sebuah universiti pendidikan koperasi dan keusahawanan tidak lama lagi dalam usaha menyediakan barisan pelapis profesional untuk mengendalikan pengurusan koperasi di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata institut pendidikan itu kini dalam peringkat penyediaan kertas kerja sebelum perbincangan lanjut diadakan dengan pihak berkaitan termasuk Kementerian Pengajian Tinggi.
“Institut ini akan bertindak sebagai platform bagi membentuk generasi peneraju baharu gerakan koperasi yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran perniagaan serta keusahawanan. Ia dijangka dibuka selewat-lewatnya akhir tahun ini dan premis telahpun dikenal pasti di Cyberjaya.
“Ia diletakkan di bawah kendalian Institut Koperasi Malaysia (IKM) namun ia tidak akan mengganggu fungsi IKM sebagai satu-satunya pusat latihan koperasi di negara ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 di sini semalam.
Majlis perasmian disempurnakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Wan Junaidi berkata ia antara strategi kementerian dalam melakukan perubahan dan memperkasa gerakan koperasi di negara ini, yang mempunyai keahlian lebih 6.1 juta, menerusi TransKoM.
Pada masa sama, beliau yakin dengan kewujudan tenaga baharu dalam gerakan koperasi khususnya di peringkat akar umbi, gerakan itu mampu melakar kejayaan bukan hanya di peringkat serantau tetapi juga antarabangsa.
TransKoM menggariskan lima matlamat anjakan transformasi iaitu pencapaian berteraskan kesejahteraan dan kemakmuran bersama, sistem perundangan dan kawal selia yang membangun dan fasilitatif, modal insan produktif dan berilmu, model perniagaan baharu berteraskan teknologi dan pengetahuan selain sistem perancangan berasaskan bukti dan penyampaian serta pemantauan berinovasi.
Secara keseluruhan, Wan Junaidi berkata 20 langkah strategik, 36 program dan aktiviti serta 30 Indeks Prestasi Utama (KPI) ditetapkan di bawah lima bidang tujahan TransKoM dengan pelaksanaan melalui tiga fasa transformasi bermula tahun ini hingga 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 30 2021
Wan Junaidi dan Muhyiddin bergambar dengan buku Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021-2025 (TransKoM) yang dilancarkan di Kuala Lumpur, 30 Mac, 2021. --fotoBERNAMA
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia, Syria terus berunding mengenai pangkalan tentera
Rusia dan Syria akan mengadakan rundingan lanjut mengenai pangkalan tentera Rusia di Syria, menurut laporan agensi berita Rusia pada Selasa malam.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Wan Junaidi, isteri tiba di Pulau Pinang bagi lawatan dan percutian rasmi
Wan Junaidi tiba pada 12.55 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas, dekat sini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada Wan Junaidi
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Toh Puan Fauziah dahului senarai penerima darjah kebesaran sempena hari jadi TYT Sarawak
Isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mendahului senarai 1,046 penerima darjah kebesaran.
Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.
Usah pertikai dokumen Perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat kepada Perjanjian Malaysia 1963.
Formasi dron, pancaran laser warnai perasmian gilang-gemilang SUKMA 2024
Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang bagi bersama-sama menyaksikan pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu.
SUKMA 2024: Sarawak bakal sajikan upacara pembukaan gilang-gemilang
Upacara itu akan memperlihatkan semangat perpaduan digambarkan menerusi gabungan pancaran laser yang pastinya memukau hadirin.
Ribuan umat Islam di Sabah dan Sarawak meriahkan sambutan Maal Hijrah
Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M di Sabah dan Sarawak hari ini dihadiri ribuan umat Islam bagi menghayati semangat hijrah dan perjuangan Rasulullah SAW.
Wan Junaidi beri penghormatan terakhir buat penerima SP
Yang Dipertua Negeri Sarawak memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Kpl (B) Etin Jam, seorang penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.
Pemergian Mutang: Fadillah, Wan Junaidi akui hilang sahabat baik
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal bukan sahaja satu kehilangan besar kepada negara malah kepada masyarakat Orang Ulu di Sarawak.