KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) tekad merancakkan kembali aktiviti Ar-Rahnu dalam kalangan masyarakat dan koperasi.
Menterinya, Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia bertepatan tindakan Pindaan Akta Koperasi yang dikuatkuasakan pada 1 Mac 2021, iaitu seramai 20 orang sahaja diperlukan untuk mendaftarkan koperasi baharu berbanding 50 orang sebelum ini
"Secara tidak langsung ia bakal memudahkan penubuhan sesuatu koperasi untuk menceburi aktiviti Ar-Rahnu iaitu pembiayaan bercagarkan barang emas atau barang gadaian yang dilihat dekat di hati rakyat.
"Aktiviti Ar-Rahnu dapat membantu memudahkan individu atau anggota koperasi mendapatkan sumber kewangan bagi meneruskan kelangsungan hidup atau sebagai modal pusingan perniagaan kepada mana-mana usahawan Bumiputera terutamanya atau anggota koperasi sendiri untuk mendapatkan dana perniagaan dengan lebih mudah dan cepat berbanding jika meminjam daripada institusi kewangan berlesen.
"Pelaksanaan Ar-Rahnu dalam kalangan masyarakat setempat terutamanya rakyat di Kelantan yang sangat
sinonim dengan pemilikan emas adalah sangat sesuai dan relevan khususnya di kawasan luar bandar," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam pada itu Wan Junaidi memaklumkan, kementeriannya dan SKM bakal melancarkan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKom) 2021-2025 sebagai usaha meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap sektor koperasi,
"Tindakan ini selaras dengan saranan kerajaan supaya operasi perniagaan koperasi pada masa kini lebih mudah dan kualiti koperasi yang didaftarkan lebih baik agar sasaran sumbangan perolehan koperasi kepada ekonomi Negara berjumlah RM100 bilion menjelang 2030 dapat dicapai," ujarnya.
Terdahulu, Wan Junaidi menyampaikan Pembiayaan TMP-SKM dan Tabung Bantuan Koperasi berjumlah RM4.09 juta kepada 17 koperasi di Kelantan bertempat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Di dalam majlis tersebut juga, MEDAC melalui TEKUN Nasional mengumumkan pembukaan Platinum Mall Kota Bharu yang dijangka akan dibuka pada April 2021 khusus kepada para usahawan di kawasan Pantai
Timur.
Sempena pengumuman itu juga, Wan Junaidi turut menyampaikan surat tawaran penyewaan kepada lima bakal usahawan di Platinum Mall serta penyerahan Skim Pembiayaan Informal (SPIN) kepada 10 orang usahawan yang masing-masing menerima RM5,000.
Wan Junaidi di dalam ucapannya juga memberikan penghargaan kepada koperasi-koperasi di Kelantan yang menceburkan diri dalam sektor kesihatan; antaranya Koperasi Warga Universiti Sains Malaysia Kelantan Berhad yang terus bertahan dan berkembang pesat walaupun negara menghadapi krisis ekonomi yang tidak menentu.
"Ini disebabkan peningkatan permintaan terhadap produk kesihatan seperti sarung tangan, pelitup muka, cecair pembasmi kuman, vitamin dan ubat-ubatan, perkhidmatan dialisis serta penjualan ‘non-medical equipments’ yang terus mendapat tempat dalam pasaran.
"MEDAC dan SKM akan terus komited dalam mewujudkan ekosistem keusahawanan koperasi yang holistik, kondusif dan mapan bagi menyokong agenda pembangunan sosio-ekonomi negara yang seimbang," katanya.
Astro Awani
Sat Mar 06 2021

Wan Junaidi menyampaikan replika cek bantuan Tabung Modal Pusingan SKM berjumlah RM3.15 Juta kepada wakil Koperasi Moby Bakti Group Kelantan Berhad. - Foto: MEDAC
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

MARA sasar RM50 juta kutipan Wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.

UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.

Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.

Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.

Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.

Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.

Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.

Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.