KUALA LUMPUR: Media perlu memainkan peranan penting dalam meredakan sebarang konflik yang tercetus antara Malaysia dan Indonesia sekali gus memastikan hubungan kedua-dua negara terus kekal erat.
Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Datuk Mokhtar Hussain berkata sekiranya media kedua-dua negara mampu bekerjasama dengan memberikan penjelasan sebaiknya, sebarang isu yang timbul boleh diatasi dengan baik.
Mengimbau sejarah ISWAMI, Mokhtar berkata persatuan itu pada awalnya ditubuhkan ketika hubungan kedua-dua negara berdepan sedikit ketegangan antaranya melibatkan isu sempadan dan tenaga kerja Indonesia.
"Bermula 2004 ketika itu, kita lihat banyak isu sempadan, tenaga kerja Indonesia diperlakukan seperti didera dan kes dibawa ke mahkamah dan itu menimbulkan kemarahan sehingga demonstrasi di kedutaan kita.
"Namun, apabila kita sering berhubung dengan media di sana dan pihak sana memberi penjelasan, tidak dipanjangkan isu itu dan kemudian keadaan semakin reda," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk Sinergi Perpaduan KL-Jakarta terbitan Bernama TV malam tadi.
Timbalan Presiden ISWAMI Datuk Zulkifli Hamzah berkata hubungan baik media Malaysia dan Indonesia juga menyaksikan isu seni dan budaya yang dahulunya sering dimainkan media kini sudah mereda kerana kedua-dua negara saling memahami.
"Hubungan baik ini membolehkan mana-mana isu yang timbul dan konflik yang sengaja dicetuskan tidak ditonjolkan atau lebih mudah diselesaikan kerana penjelasan daripada pihak Malaysia atau Indonesia.
"Ketua editor Malaysia dan Indonesia sering bertemu, saling memahami dan daripada situ terbentuk persefahaman. Jadi jika timbul sebarang (isu), akan difikirkan bagaimana isu ini (dapat) diselesaikan dan tidak dieksploitasi pihak ketiga," katanya.
Dalam pada itu, Mokhtar turut menyentuh isu kebebasan dan tanggungjawab media untuk bersama-sama membantu negara menentang amalan rasuah seperti yang ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Dengan ketokohan dan keazaman perdana menteri, saya pasti ada sinar dan media perlu sama-sama memainkan (peranan) membantu gerakan menentang rasuah.
"Kita perlu lihat macam mana kebebasan media yang dinamik, proaktif dan vibrant dapat membantu agenda lebih besar untuk membangunkan ekonomi negara dan membantu masyarakat lebih sejahtera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2023
Datuk Mokhtar Hussain berkata sekiranya media kedua-dua negara mampu bekerjasama dengan memberikan penjelasan sebaiknya, sebarang isu yang timbul boleh diatasi dengan baik. - Foto fail/BERNAMA
Dua rentung, seorang masih hilang dalam kejadian rumah terbakar di Tongkang Yard
Sebuah rumah kelas A atau jenis kekal di Tongkang Yard, Alor Setar terbakar menyebabkan dua mangsa rentung.
Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval
Joe Biden tinggalkan surat buat penggantinya dalam laci di Pejabat Oval.
Penunjuk perasaan bakar pinata Trump di Mexico City
Penunjuk perasaan membakar pinata Donald Trump di luar kedutaan AS di Mexico City sebagai protes terhadap penggal baharunya dan dasar anti-imigran.
Ketua NATO, pemimpin EU ucap tahniah kepada Trump, harapkan kerjasama transatlantik yang lebih erat
Ketua NATO dan pemimpin Kesatuan Eropah mengucapkan tahniah kepada Presiden Donald Trump atas kepulangan beliau ke White House.
AWANI Pagi: Trump 2.0: Dasar luar, Asia Barat dan perubahan iklim
Donald Trump sudah rasmi jadi President AS Ke-47. Dasar tidak popular akan mula dilaksana dan ini menuntut kefahaman dunia tentang kemahuan beliau selaku Presiden. Bagaimana dunia harus bersiap sedia? Temu bual bersama Herizal Hazri dan Amir Fareed Rahim dari Davos, Switzerland seiring WEF 2025.
“Penting kekalkan persahabatan dengan Trump”, tuntut gencatan senjata Gaza dipatuhi - Erdogan
Presiden Turkiye menekankan kepentingan mengekalkan hubungan kukuh dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, selepas beliau kembali ke White House.
Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47
Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat pada Isnin.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Zelenskiy alukan peluang untuk keamanan adil dalam ucapan tahniah kepada Trump
Presiden Trump sentiasa tegas dan dasar keamanan melalui kekuatan yang diumumkannya memberikan peluang untuk mengukuhkan kepimpinan Amerika, kata Zelenskiy.
Trump akan tarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris sekali lagi - White House
Trump sebelum ini menyifatkan perjanjian itu sebagai "bencana" dan "penipuan" yang merugikan AS.
Kod etika jadi panduan wartawan Malaysia
Ashwad menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Iswami bersama Duta Besar Malaysia di Indonesia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Media mainkan peranan penting pastikan konteks sebenar berita tidak cetus ketegangan
Peranan media adalah amat penting bagi memastikan konteks sebenar sesuatu berita yang berpotensi menjadi pencetus ketegangan dapat disampaikan dengan baik.
Iklan 'TKI On Sale' dikecam
ISWAMI mengecam keras penyebaran iklan 'TKI On Sale' oleh pihak tertentu dan mendesak kerajaan menyiasat hingga ke akar umbi bagi dikenakan tindakan tegas.