Media massa memainkan peranan penting dan bertanggungjawab dalam memupuk perpaduan dan mendukung keamanan berkekalan di mana-mana negara kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata kepentingan media massa dalam pembangunan sosio, ekonomi dan kebudayaan sesebuah negara pada masa ini tidak boleh dinafikan dan patut diberikan pengiktirafan sewajarnya.
"Peranan ini jelas adalah selari dengan prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara, iaitu falsafah nasional negara dan sebagai panduan dalam pembinaan negara hebat ini, dan sebagai cara hidup untuk semua warganegara, tanpa sebarang perbezaan, tanpa mengira fahaman atau warna.
"Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa media massa telah menjadi pemangkin bagi keharmonian dan perpaduan dalam memastikan kejayaan dan kestabilan negara kita yang tercinta ini," katanya.
Muhyiddin berkata demikian dalam ucapannya semasa melancarkan pameran foto eksklusif New Straits Times di sini, malam ini, yang diadakan bersempena ulang tahun ke-175 akhbar berbahasa Inggeris itu, yang berkisar tentang penglibatannya dalam proses pembinaan negara sejak 1845.
Muhyiddin juga percaya kehadiran media arus perdana dapat berperanan sebagai rujukan untuk masyarakat awam bagi menilai sendiri kesahihan berita-berita yang diterbitkan atau ditularkan di media sosial, terutamanya semasa pandemik COVID-19.
"Dengan ini, saya ingin merakamkan penghargaan tidak terhingga saya kepada semua pengamal media yang telah menjalankan tugas sukar ini disebalik risiko dihadapi mereka untuk berada di barisan hadapan bagi memberikan perkembangan terkini dan tepat kepada semua rakyat.
"Kita bukan sahaja bergelut dengan ancaman COVID-19 yang tidak dapat dikesan atau dilihat dengan mata kasar - situasi diburukkan lagi dengan penyebaran berita palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya.
Dalam lawatan itu, Muhyiddin turut meluangkan masa melawat pameran foto bertajuk 'Traversing 175', yang menonjolkan pencapaian Malaysia sejak awal abad ke-19, memaparkan koleksi lebih 400 keping gambar eksklusif dan nostalgia serta edisi muka depan akhbar pada tarikh-tarikh penting dalam sejarah negara.
Pameran "Traversing 175" di Galeri Prima di Balai Berita Bangsar diadakan sehingga 10 Ogos dengan galeri dibuka kepada orang awam pada hari bekerja dari 10 pagi hingga 6 petang.
Muhyiddin turut melancarkan KLIK, portal arkib berita terbaru NSTP dan perkhidmatan yang menawarkan koleksi gambar dan artikel berita tertua dan komprehensif Malaysia yang dimiliki dan diterbitkan oleh syarikat itu sejak edisi pertama NST pada 1845.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 07 2020
Kepentingan media massa dalam pembangunan sosio, ekonomi dan kebudayaan sesebuah negara pada masa ini tidak boleh dinafikan. - Bernama
Tiada mangsa dijangka selamat dalam nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Kejadian melibatkan sebuah pesawat penumpang yang berlepas dari Wichita, Kansas, dengan sebuah helikopter tentera Black Hawk.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp merekodkan jualan sebanyak 10.82 juta unit pada 2024, susut 3.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Ahli Parlimen India ditahan selepas didakwa lakukan serangan seksual
Mangsa dakwa MP itu mengeksploitasinya secara seksual selama empat tahun dengan janji untuk mengahwini serta membantu memajukan kerjayanya.
APM perkenal APM@Gig, benarkan anggota terlibat kerja sementara di luar aktiviti rasmi
APM memberi peluang kepada sukarelawan yang kompeten untuk memberikan perkhidmatan bersifat gig terutama membabitkan pengurangan risiko atau ancaman.
Sabah Electricity pantau bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir
Sabah Electricity telah mengerahkan pasukan teknikal untuk bersiap sedia 24 jam membaiki sebarang kerosakan di daerah terjejas banjir.
Mangsa banjir di Sarawak, Sabah meningkat
Di Sarawak, jumlah mangsa meningkat kepada 7,503 orang daripada 2,096 keluarga berbanding 6,718 orang daripada 1,825 keluarga petang semalam.
Reagan National Airport kekal ditutup susulan operasi mencari mangsa nahas udara
Penutupan itu hanya melibatkan Reagan National Airport, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di ibu negara Amerika Syarikat itu beroperasi seperti biasa.
Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah
Isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.
Thailand sambut baik pembebasan warganya di Gaza
Kesemua rakyat Thailand berkenaan sedang dipindahkan ke hospital untuk menerima rawatan perubatan.
Belgium anggap Inisiatif Autonomi Maghribi sebagai asas baik untuk penyelesaian bersama
Pendekatan konstruktif Belgium ini selaras dengan momentum antarabangsa yang dipacu oleh Raja Maghribi, Raja Mohammed VI.
Sabah perkasa industri pelancongan melalui pemeliharaan warisan budaya, alam sekitar
Kerajaan Sabah akan mempergiatkan usaha menambah baik pemeliharaan warisan budaya dan pengurusan alam sekitar bagi memacu dan memperkasakan industri pelancongan di negeri ini.
Muzium Seni Laos dibuka secara rasmi untuk lonjak pelancongan, lestarikan budaya
Satu majlis pembukaan gilang-gemilang diadakan di ibu negara Laos, Vientiane, pada Ahad, yang turut dihadiri Perdana Menteri Laos.
Usaha perlu diperkasa eratkan hubungan China-Jepun - Wang Yi
Wang Yi berkata, kedua-dua pihak perlu menjana impak sosial dalam suasana proaktif, terutamanya menyokong pertukaran antara kumpulan pemikir.
Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur
Steven Sam berkata, yang paling bertuah adalah anak-anaknya kerana berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang lebih istimewa.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Intercontinental World Cultures kembali sebagai hab budaya bermula 19 Nov ini
Acara itu menyatukan negara dari seluruh dunia dalam kepelbagaian perayaan dan mencetuskan hubungan dan komunikasi di luar batas sempadan.
Permintaan manisan, muruku meningkat menjelang Deepavali
Ladu, chittu urundai, jelebi dan athirasam menjadi simbol kegembiraan selain mencerminkan kekayaan budaya masyarakat India di negara ini.
[KOLUMNIS] Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia: Akar sama, perkembangan berbeza
Perbezaan geografi, politik dan budaya menyebabkan kedua-dua bahasa ini berkembang mengikut alirannya yang tersendiri.
Program Citra Nusa tingkatkan kefahaman sejarah dan budaya Malaysia-Indonesia
Kementerian Perpaduan Negara, melalui Jabatan Muzium Negara, menganjurkan Program Citra Nusa @Indonesia: Kita Serumpun bagi mewujudkan kefahaman tentang hubungan budaya Malaysia-Indonesia.
Budaya Baba dan Nyonya semakin diiktiraf masyarakat antarabangsa - Wong
Budaya masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka semakin diiktiraf komuniti antarabangsa khususnya pelancong dari China, kata Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai.