KUALA LUMPUR:Operasi organisasi media bagi tujuan produksi program, berita, rencana dan kandungan tempatan untuk penyampaian maklumat dibenarkan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula esok.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, bagaimanapun dalam tempoh itu operasi media yang berbentuk penyiaran lain seperti hiburan tidak dibenarkan .
Menurut beliau, bagi negeri yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula, operasi organisasi media boleh diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Para petugas media yang merupakan antara barisan hadapan ketika negara berhadapan dengan situasi sukar ini diingatkan untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dalam menjalankan tugas bagi melindungi diri serta menjaga keselamatan keluarga dan komuniti daripada ancaman COVID-19," menurut Saifuddin.
Dalam pada itu, Saifuddin turut memaklumkan maklumat lanjut mengenai SOP sektor komunikasi (termasuk telekomunikasi dan internet, penyiaran, serta pos dan kurier), teknologi maklumat, e-dagang dan industri kreatif boleh didapati di laman sesawang www.kkmm.gov.my atau menghubungi talian penting Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di talian 03-89115351 (8.00 pagi hingga 10.00 malam).
Pelaksanaan semula PKP melibatkan Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan), Melaka, Johor dan Sabah untuk tempoh 14 hari hingga 26 Jan ini, diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Manakala PKPB akan dilaksanakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan serta PKPP di Perlis dan Sarawak. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 12 2021

Datuk Saifuddin Abdullah berkata, bagaimanapun dalam tempoh PKP, operasi media yang berbentuk penyiaran lain seperti hiburan tidak dibenarkan. - Gambar fail BERNAMA

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Sebenarnya.my antara usaha kerajaan tangani maklumat dan berita palsu - Annuar Musa
Sebenarnya.my ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 2017 sebagai laman web semakan fakta yang dikendalikan SKMM.

Kebebasan bersuara tidak harus disekat, namun perlu disertai sikap tanggungjawab - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, kebebasan bersuara tidak seharusnya disekat di Malaysia namun pada sama ia perlu disertai dengan sikap bertanggungjawab.

Arahan tambahan SOP kepada semua pengendali vaksin di PPV AstraZeneca - Dr Adham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan arahan tambahan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada semua pengendali vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca.

COVID-19: Kasino di Genting diarah tutup serta-merta
Ismail Sabri berkata, beliau telah mengeluarkan arahan tutup serta-merta ke atas kasino tersebut pada Jumaat lepas (21 Mei)

"Kenapa rampas telefon bimbit saya?" - Syed Saddiq persoal tindakan polis, SKMM
Syed Saddiq persoal tindakan pihak polis merampas telefon bimbitnya ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Sabtu.

Kes Shafee Abdullah: Pendakwa raya mahu buktikan tertuduh terima RM9.5 juta sebagai yuran guaman
Muhammad Shafee berdepan dua pertuduhan pengubahan wang haram RM9.5 juta yang didakwa diterimanya dari bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Media perlu terus ketengahkan kekejaman Israel kepada dunia
Editor Timur Tengah Agensi Anadolu Turgut Alp Boyraz berkata, naratif dalam liputan krisis mesti berubah untuk memberikan gambaran serta isu sebenar apa yang berlaku di lapangan.

Selangor beli vaksin: Tidak timbul isu tidak dapat kebenaran kerajaan - Dr Siti Mariah
Tidak timbul isu Kerajaan Negeri Selangor tidak mendapatkan kebenaran Kerajaan Pusat berhubung cadangan pembelian vaksin COVID-19, ujar Dr Siti Mariah Mahmud.

Industri pelancongan hampir 100 peratus lumpuh, MITA rayu kerajaan penuhi 10 tuntutan
Industri pelancongan kini hampir 100 peratus lumpuh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Kerajaan perlu beri lebih ruang buat pendidik tingkatkan kreativiti - Aktivis pendidikan
Kerajaan perlu memberi lebih ruang kepada pendidik untuk muncul lebih kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam talian.