KUALA LUMPUR: Media perlu menggesa kerajaan melakukan perubahan dalam menyediakan dan mendapatkan maklumat yang benar untuk masyarakat, terutama ketika situasi pandemik COVID-19.
Penasihat Centre of Independent Journalism (CIJ) Ding Jo-Ann berkata, usaha itu akan dapat memastikan masyarakat mencari sumber yang sahih dan dalam masa sama mampu menganalisa maklumat yang diperoleh terutama di media sosial.
"Kita perlu menggesa kerajaan untuk membuat perubahan. Keperluan sebenar ialah untuk mendapatkan maklumat yang benar. Dan kita perlu membantu masyarakat memahami usaha membanteras berita tidak benar, bukan hanya menutup isu berkenaan.
"Pendidikan juga perlu. Ia supaya orang ramai lebih peka dan mendidik mereka bagaimana mendapatkan sumber maklumat dan menganalisanya," katanya semasa webinar melalui Zoom bertajuk "Fake News During The Infodemic: GDI Report Launch and Panel Discussion" pada Jumaat.
Tambah Jo-Ann, sesebuah organisasi media bukan sahaja berperanan menyalurkan maklumat, namun perlu diselangi dengan tanggungjawab sebagai saluran informasi yang dipercayai.
"Kami mahu memberi pengiktirafan kepada media yang memastikan mereka menyalurkan berita yang benar dan jika mereka ada membuat kesilapan (maklumat), mereka akan sentiasa bertanggungjawab.
"Kami juga mahu mendidik masyarakat bahawa ini adalah media yang anda patut baca, sokong, dan inilah media yang anda boleh percayai," ujarnya.
Justeru, katanya, organisasi media juga perlu terlibat memberi pendedahan mengenai literasi media dan digital kepada masyarakat, tidak hanya bergantung kepada informasi daripada pihak tertentu seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya.
"Usaha dan impak sedemikian media perlu ada, bersama-sama dengan kerajaan, selain mengambil peranan untuk bertanggungjawab terhadap informasi yang diberikan kepada masyarakat," ujarnya.
Dalam pada itu, Pengasas Bersama Malaysia Information Literacy Education (MILE) Darshini Kandasamy berpendapat, pendidikan awal masyarakat penting bagi memastikan mereka tidak terpengaruh dengan berita tidak benar, termasuk dalam isu anti-vaksin.
"Pendidikan itu berkesan, namun ia memerlukan masa untuk mereka menentukan mana betul dan mana salah," katanya.
Malah, katanya, faktor terbesar dalam isu salah informasi bukan hanya disebabkan media sosial, namun turut melibatkan faktor psikologipsikososial dan budaya.
Astro Awani
Sat Jul 10 2021

Jo-Ann (kanan) dan Darshini ketika muncul dalam webinar melalui Zoom bertajuk "Fake News During The Infodemic: GDI Report Launch and Panel Discussion" pada Jumaat.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Dua NGO EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program PEKB tahun ini.

INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40
Institut Keusahawanan Negara menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk NGO tahun ini.

NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.

Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.

Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO atau persatuan yang berminat menganjurkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di Wilayah Persekutuan.

Kaji akses polis kepada data telefon bimbit dalam undang-undang sedia ada - Lee
Beberapa undang-undang, disaran supaya disemak semula bagi menyediakan garis panduan yang jelas dan khusus terhadap akses polis kepada data telefon bimbit.

Belia bekas banduan antara fokus program golf amal anjuran SAY
Kejohanan Golf Amal yang dianjurkan Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama Titijaya Land Berhad dan Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) di Tropicana Golf & Country Resort.

Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.

Penuntut IPTA direman dua hari bantu siasatan kes penipuan
Suspek yang berusia 23 tahun tiba ke pekarangan mahkamah tersebut dengan dibawa menggunakan kereta polis kira-kira pukul 8.28 pagi.

Pihak ditipu pelajar universiti diminta buat laporan polis
"Kalau ada yang mahu buat laporan polis terhadapnya, dia akan membayar kembali wang yang diterima dan dia turut ugut untuk bunuh diri."