Media sosial kini dilihat menjadi platform pihak tertentu untuk menyebarkan fitnah.
Apa yang lebih membimbangkan, maklumat palsu dan berunsur fitnah itu diterima bulat-bulat tanpa merujuk kepada sumber sahih dan kemudiannya menjadi viral sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara.
Insiden pergaduhan di Plaza Low Yat pada 12 Julai lepas, misalnya, hanyalah berpunca daripada insiden mencuri telefon bimbit tetapi menjadi viral kononnya melibatkan isu pergaduhan kaum.
Penolong Setiausaha Kluster Teknologi Maklumat dan Komunikasi Majlis Profesor Negara Prof Madya Dr Azlina Ahmad berkata pihak berkuasa perlu melihat perkara itu sebagai sesuatu yang serius dan ditangani secara bijak.
"Tindakan pantas perlu sama ada terhadap pengguna yang menghantar berita palsu atau menyelesaikan situasi jika didapati berita yang dihantar tidak sahih," katanya kepada Bernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengulas insiden pergaduhan di Plaza Low Yat itu baru-baru ini turut meminta satu kajian mendalam dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap kebebasan media sosial.
Beliau menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang menggunakan media sosial untuk menghangatkan unsur perkauman dalam kejadian itu sebagai tidak bertanggungjawab dan memberi perspektif tidak tepat tentang perkara sebenar yang berlaku.
Pengerusi Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Normah Mustaffa berkata SKMM perlu mempunyai pelan tindakan tersendiri dalam menangani isu itu.
"Kita ingin mendengar lebih banyak tindakan berani yang diambil oleh SKMM dan dilaporkan dalam media sebagai ingatan kepada rakyat agar lebih berhati-hati dalam menyampaikan maklumat di media sosial," katanya.
Beliau berkata media sosial kini juga dilihat menjadi antara platform oleh pihak tertentu memburukkan kerajaan dan negara.
"Ini kerana media sosial adalah medium paling berkesan dan cepat untuk menyebarkan maklumat dan tohmahan.
"Kebetulan pula banyak isu dalam negara ketika ini dan pihak tertentu memberikan maklumat yang kelihatan seolah-olah sahih," kata Normah.
Sehubungan itu Normah berkata urus tadbir kerajaan yang lebih telus dan cekap amat diperlukan supaya tidak ada ruang untuk pihak tertentu terutamanya parti pembangkang mengkritik.
Jika dikritik, kerajaan perlu mengambil langkah agresif dengan menggunakan media sosial sebagai medium untuk menjawab segala tohmahan pembangkang, katanya.
"Jangan hanya berdiam diri. Menjawab melalui akhbar atau televisyen agak lambat hasilnya kerana sumber daripada pembangkang sentiasa dimuat naik secara berterusan," katanya.
Bernama
Mon Jul 27 2015

Apa yang lebih membimbangkan, maklumat palsu dan berunsur fitnah yang disebarkan itu diterima bulat-bulat tanpa merujuk kepada sumber sahih dan kemudiannya menjadi viral sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Media sosial kini jadi platform sebar fitnah
Sangat membimbangkan apabila maklumat palsu diterima bulat-bulat tanpa merujuk kepada sumber sahih dan kemudiannya menjadi viral sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara.