KOTA BHARU: Biarpun berada beribu batu jauh dari tempat asalnya di Gaza, Palestin, Abdallah Ismail tetap meneruskan perjuangan serta jihadnya melawan rejim Zionis 'bersenjatakan' media sosial.
Lelaki berusia 35 tahun itu, yang menetap di Kampung Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini sejak 2014 selepas mendirikan rumah tangga dengan wanita tempatan di sini, berkata adalah menjadi tugasnya 'berperang' dengan menyampaikan maklumat sebenar serta situasi semasa di bumi Palestin.
Kelibat Abdallah mula tular dalam Facebook sejak Sabtu lepas, apabila beliau bersiaran langsung menceritakan perkembangan mengenai Gaza dalam loghat Kelantan.
Videonya itu telah dikongsi lebih 21,000 serta ditonton lebih 134,000 pengguna akaun media sosial tersebut, setakat 1.30 tengah hari tadi.
"Ini menjadi tanggungjawab saya untuk menyebarkan berita sahih. Memang ramai yang sokong (Palestin) tetapi masalahnya bukan semua orang tahu keadaan sebenarnya," katanya ketika ditemui pemberita, di sini semalam.
Mengulas lanjut, Abdallah, yang juga fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia, berkata media sosial menjadi platform kepadanya untuk berkongsi pengetahuannya tentang fakta, sejarah serta berita terkini terutamanya apa yang berlaku di Masjid Al-Aqsa dan kawasan kejiranan Syeikh Jarrah kepada orang ramai.
"Tambahan pula, sejak kebelakangan ini, saya merasakan ada banyak berita palsu malah ada segelintir pihak cuba membuat fitnah terhadap Palestin.
"Oleh itu memerangi berita palsu ini amat penting. Sumber maklumat saya adalah media Arab, media tempatan di sana, berita radio Gaza dan juga media antarabangsa," katanya yang mengusahakan perniagaan makanan bersama isterinya.
"Saya akan pasti fakta dan yakin 100 peratus sebelum berkongsi maklumat dengan warga media sosial. Malah, saya juga berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan di Gaza untuk mendapatkan perkembangan situasi dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau turut menegaskan apa yang dilakukan itu bukan berniat untuk mengutip derma tetapi hanya untuk menceritakan perkembangan semasa di bumi Gaza supaya lebih ramai orang memahami dan mengetahui perkara sebenar perjuangan rakyat Palestin dan kekejaman rejim Zionis.
Abdallah menjelaskan selain sumbangan kewangan, pakaian dan makanan daripada orang ramai, apa yang paling diperlukan penduduk Gaza ketika ini adalah doa daripada seluruh saudara Islam.
"Sebagai umat Islam, kita percaya dan yakin bahawa doa orang ramai paling bermanfaat," katanya sambil memberitahu bahawa bekalan ubat dan fasiliti hospital di Gaza juga tidak mencukupi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 18 2021

Abdallah menunjukkan lokasi Masjid Al-Aqsa ketika ditemui pemberita di Kampung Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, 18 Mei, 2021. --fotoBERNAMA

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Media sosial 'senjata' Abdallah berjihad lawan rejim Zionis
Lelaki berusia 35 tahun itu menetap di Kampung Pantai Cahaya Bulan sejak 2014 selepas mendirikan rumah tangga dengan wanita tempatan.