MELAKA: "Bakat mak dalam berpantun memang semula jadi, boleh jual beli pantun secara spontan. Sayang, tiada antara kami yang mewarisinya."
Demikian cerita Amuda Pillay, 55, anak kelima mendiang ikon Dondang Sayang daripada etnik Chetti di Melaka, G. Meenachi yang meninggal dunia malam semalam pada usia 91 tahun.
Jelas Amuda, ibunya yang lebih dikenali dengan panggilan Aunty Meenachi itu, hingga akhir hayatnya masih hebat berpantun, malah bijak menyesuaikan persembahan pantun dengan penonton yang hadir.
"Beberapa bulan lepas, mak ada masuk hospital. Masa itupun pantang ada yang menjual pantun, dia masih mampu membelinya dengan baik," katanya yang ditemui pemberita di Kampung Chetti di sini hari ini.
Berkongsi cerita, Amuda berkata ibunya yang mewarisi bakat itu daripada keluarganya, didedahkan kepada seni pantun dan dondang sayang pada usia 10 tahun.
"Ibunya merupakan pemain rebana dan bapanya adalah pemain muzik dan minat yang diasah itu telah meningkatkan kemahiran mak dalam berpantun sehinggalah pernah mendapat bimbingan daripada penggiat dondang sayang terdahulu, Baba Kim Teck," katanya.
Menurut Amuda, mendiang juga pernah beberapa kali menerima sumbangan daripada kerajaan negeri serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Melaka atas jasa dan pengorbanan memartabatkan kesenian pantun, antaranya sumbangan Penggiat Seni Dondang Sayang bersempena Panggung Seni Tradisional Cak Kun Cak pada 2019.
Bercerita lanjut, Amuda berkata ibunya yang dilahirkan pada 4 Januari 1930 dan amat fasih berbahasa Melayu itu juga bagaikan 'ensiklopedia' tertua berkaitan budaya dan adat bagi masyarakat di Kampung Chetti.
"Kalau hal mengenai kerja kahwin, kematian, kelahiran atau apa saja berkaitan adat Chetti, mereka akan merujuk kepada mak bagaimana hendak melakukannya.
"Malah mak sendiri sangat menjaga penampilannya yang dapat dilihat daripada cara dia bersanggul, berkain batik serta pemilihan baju yang hendak digayakan dan ia menjadi contoh pada yang lain," katanya.
Mengulas mengenai pengebumian mendiang, Amuda menjelaskan keluarganya masih menanti kebenaran daripada pihak hospital.
"Masih ada beberapa prosedur yang perlu dilakukan. Bagi pengebumian mengikut adat Hindu, upacara pembakaran perlu diadakan antara 1 tengah hari hingga 3 petang ini. Bagaimanapun jika tidak sempat, kita akan lakukan esok selepas minta nasihat daripada pihak kuil," katanya.
Mendiang disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka pada 7.18 malam semalam akibat sakit tua.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 06 2021

Meenachi hingga akhir hayatnya masih hebat berpantun, malah bijak menyesuaikan persembahan pantun dengan penonton yang hadir. - sinarharian.com.my

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

Meenachi meninggal dunia, Melaka hilang ikon Dondang Sayang dan berpantun
Meenachi hingga akhir hayatnya masih hebat berpantun, malah bijak menyesuaikan persembahan pantun dengan penonton yang hadir.