ALOR GAJAH: Melaka berpotensi menjadi perintis kepada hab agropelancongan bagi tanaman buah tin yang diusahakan secara organik terbesar di negara ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata dengan 1,500 pokok buah tin setakat ini yang ditanam di ladang seluas 8,000 kaki persegi, tanaman itu turut dilihat mampu menjadi pengeluar terbesar dalam pasaran buah tin di Melaka.
"(Tanaman) ini ialah produk baharu di Melaka dan sekali gus berpotensi melonjakkan agropelancongan di negeri ini terutama bagi mereka yang suka atau ingin mengenali apa itu buah tin.
"Malahan perancangan menambah 10,000 pokok dengan pelbagai jenis varieti buah tin dilihat mampu memberi pulangan dan impak yang positif dalam perusahaan ini," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan MBS Agro Farm and Fig Valley- Agro Pelancongan Pendidikan dan Kesihatan di Solok Duku, Masjid Tanah di sini hari ini.
Katanya, ladang itu juga mampu menjadi hab latihan bagi mereka yang ingin mendalami kaedah menanam pokok yang berasal dari Asia Barat itu.
"Kerajaan negeri sangat mengalu-alukan mereka yang ingin mengusaha dan menjadi pengeluar buah tin memandangkan tanaman ini sangat berpotensi bagi pasaran tempatan dan luar.
"Malah harga buah tin di pasaran adalah lebih mahal daripada durian Musang King iaitu RM80 sekilogram. Bagi setiap pokok pula, dalam tempoh kitaran enam bulan mampu mengeluarkan 10 kilogram buah dengan satu pokok menghasilkan RM800," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri komited untuk terus menyuburkan minat rakyat dalam bidang pertanian yang melonjak ketika musim pandemik COVID-19 sebelum ini, malah dilakukan dengan lebih proaktif dan diperluaskan dalam kalangan kanak-kanak dan pelajar sebagai bukan aktiviti di sekolah sahaja.
"Saya melihat kesedaran rakyat di seluruh negara mengenai bercucuk tanam muncul apabila berlakunya pandemik. Saya yakin dengan minat yang tunjukkan ketika itu dan sekiranya diteruskan, setiap golongan masyarakat boleh mengeluarkan sayur atau buah yang berkualiti," katanya.
Sulaiman berkata komitmen kerajaan negeri dalam usaha menarik lebih ramai terlibat dalam pertanian dizahirkan menerusi penambahan sebanyak 56 peratus dalam belanjawanan negeri berbanding sebelum ini.
"Jadi yang berminat dalam bidang pertanian, sahut cabaran ini, malah di peringkat Persekutuan ada peruntukan khusus yang diberikan dalam sektor ini yang boleh dipohon orang ramai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 21 2023

Ladang di Solok Duku itu mampu menjadi hab latihan bagi mereka yang ingin mendalami kaedah menanam pokok berkenaan. - Facebook Sulaiman Md Ali
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Melaka berpotensi menjadi perintis agropelancongan buah tin di Malaysia
Ladang di Solok Duku itu mampu menjadi hab latihan bagi mereka yang ingin mendalami kaedah menanam pokok berkenaan.

Kenal pasti produk pelancongan baharu di Perlis - Lembaga Promosi
Ia sebagai langkah awal mempromosi produk pelancongan domestik sebelum kerajaan membenarkan semula pergerakan rentas negeri.

Tinggalkan gaji berpendapatan lebih RM15,000 sebulan demi buah tin
Mohamad Hafidz mula menanam tanaman buah itu di kampung halamannya di Janda baik kerana menyedari potensi pasarannya.