JASIN: Bekalan air di Melaka dijamin mencukupi untuk kegunaan penduduk di negeri itu khususnya pada musim perayaan Aidilfitri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata paras air di tiga empangan iaitu Empangan Durian Tunggal, Empangan Jus dan Empangan Asahan merekodkan bacaan lebih 80 peratus dan berada dalam keadaan stabil.
"Ini juga menunjukkan paras empangan tidak termasuk dalam tahap kritikal dan membimbangkan selain hujan berturut-turut dalam tempoh dua hari ini juga dilihat dapat meningkatkan paras air di empangan.
"Namun dalam masa sama pihak kita terus memantau keadaan dan jangan risau pada Hari Raya nanti tetap ada air," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Festival Kuih Tradisional Aidilfitri dan Pelita Raya Melaka di Dataran Riverside Sungai Rambai di sini malam tadi.
Hadir sama Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai Siti Faizah Abd Azis.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebelum ini melaporkan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) mengeluarkan hebahan ramalan kemarau bagi tiga lembangan sungai iaitu Sungai Muda Kedah, Sungai Kelantan dan Sungai Melaka dan kemungkinan menyebabkan gangguan air di beberapa kawasan termasuk Alor Gajah.
Sementara itu Ab Rauf berkata Sungai Kesang di Sungai Rambai akan dijadikan destinasi ketiga bagi perkhidmatan Melaka River Cruise sebagai tarikan pelancongan di Gerbang Selatan negeri itu.
Bagaimanapun beliau berkata satu kajian akan dilakukan oleh Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) terlebih dahulu untuk memastikan kesesuaian dan keupayaan sungai tersebut untuk menjalankan perkhidmatan bot pelancong di situ.
"Namun sebarang keputusan kepada cadangan tersebut bergantung kepada hasil kajian dan sekiranya boleh, sudah pasti kita akan majukan kawasan ini sebagai tempat tarikan pelancong untuk perkhidmatan Melaka River Cruise," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024

Ab Rauf (tengah) menyampaikan hadiah kepada juara Pertandingan Pelita Raya sempena Festival Kuih Tradisional Aidilfitri dan Pelita Raya 2024 di Dataran Riverside Sungai Rambai, Jasin, malam tadi. --fotoBERNAMA

Perpaduan kaum tumpuan akhir perbahasan Titah Agong
Isu perpaduan kaum menjadi antara topik tumpuan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada hari terakhir sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Sesi persekolahan bermula, ibu bapa disaran sediakan sarapan pagi bernutrisi
Makanan berkhasiat bukan sekadar isu kesihatan, tetapi faktor utama dalam menentukan kecemerlangan akademik pelajar.

Abang Johari cadang SFC jalan kajian habitat terubuk di Batang Lupar
SFC mempunyai teknologi baharu seperti peranti dan peralatan untuk menyelidik serta meneroka dasar sungai.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

PM Singapura bentang belanjawan negara, tumpu pertumbuhan fasa seterusnya
Belanjawan itu bertujuan untuk membina momentum bagi fasa pertumbuhan negara yang seterusnya ketika Singapura menyambut kemerdekaan ke-60 tahun ini.
Lebih 24,000 pembayar cukai guna sistem e-invois
Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025.
Senjata api: Undang-undang mencukupi, pertingkat usaha kesan penyeludupan
Kawalan di sempadan perlu dipertingkatkan namun ia memberi cabaran kepada pihak berkuasa khususnya kerana ia memerlukan tenaga sumber manusia yang ramai.
Tahap kesedaran awam tentang kewujudan IPCC masih rendah
Menurut Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Dr Haezreena Begum Abdul Hamid, ini kerana masih wujud segelintir masyarakat yang tidak jelas mengenai IPCC dan cara menyalurkan aduan yang tepat.
Saksi tidak pernah lihat Zayn Rayyan bermain di taman
Saksi yang juga seorang suri rumah itu berkata, dia tidak mengetahui faktor utama mengapa kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) itu tidak pernah bermain di luar rumah.

Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu muat naik di Facebook turut menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas tragedi yang menimpa keluarga itu.

Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu
Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu selepas kerja-kerja naik taraf membabitkan kos RM18.45 juta siap sepenuhnya.

Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.

Hutang berkurang, kutipan hasil meningkat bukti gerak kerja kerajaan negeri berkesan
Kejayaan mencapai sasaran dalam mengurangkan jumlah hutang dan peningkatan kutipan hasil negeri menjadi bukti kepada gerak kerja proaktif dan sistematik diamalkan pentadbiran kerajaan negeri.

Beca Melaka jalani transformasi digital
Menerusi inisiatif itu, setiap beca yang berlesen akan diberi nombor dan kod QR bagi menjamin keselamatan penumpang dan pengayuh beca.

Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.

Syarikat bas henti-henti Panorama Melaka ditutup
Pengurusan sistem pengangkutan awam akan diambil alih oleh Handal Indah Sdn Bhd, dan 59 kakitangan PMSB akan diserap ke anak syarikat kerajaan negeri yang lain.

Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta
Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Kerajaan Melaka zahir simpati, dukacita terhadap keluarga mangsa
Ab Rauf menggesa jabatan dan agensi berkaitan kenderaan berat dapat memastikan aspek keselamatan dipatuhi sepenuhnya oleh pemilik dan pemandu bagi mengelakkan tragedi.

Hab produk halal diperluas kepada industri pelancongan
Produk halal perlu dikembangkan kepada sektor pelancongan dan dimanfaatkan oleh usahawan serta syarikat yang berada dalam industri halal.