MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka sedang melaksanakan kajian menyeluruh berkaitan adat perpatih bagi memastikan adat berkenaan dapat dipelihara agar ia dapat diwarisi pengamalnya, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata kajian berkenaan termasuk membuka semula Balai Adat Perpatih di Alor Gajah di sini yang akan menjadi pusat rujukan bagi pengamal adat perpatih dan generasi muda di dalam dan luar Melaka.
"Terdapat dua adat yang diwarisi penduduk di Melaka iaitu adat temenggung yang diamalkan masyarakat di sebelah pantai dan adat perpatih pula diamalkan masyarakat di sebelah barat.
"Adat perpatih mempunyai banyak seninya yang diwarisi daripada keluarga sehingga pembentukan adatnya banyak bersendikan ajaran Islam dan saya melihat adat perpatih ini mestilah diberi perlindungan agar ia menjadi satu warisan yang boleh diwarisi generasi akan datang," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Puisi Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ketiga bertemakan "Puisi Insani, Melestarikan Malaysia Madani" yang turut dihadiri Penaung Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Ab Rauf berkata usaha mengangkat adat perpatih itu bertujuan memelihara adat berkenaan sebagai satu daripada aset warisan dan budaya yang bernilai dan perlu dihargai generasi muda.
Di Melaka, adat perpatih banyak diamalkan sebahagian besar masyarakat di sekitar Alor Gajah khususnya yang tinggal berhampiran dengan Negeri Sembilan kerana adat berkenaan sinonim dengan masyarakat di negeri itu.
Adat perpatih menekankan pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, hukum nikah kahwin, pelantikan pemimpin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2023
Ab Rauf berkata kajian berkenaan termasuk membuka semula Balai Adat Perpatih di Alor Gajah. - Foto fail/BERNAMA
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Seremban, dulu kawasan bijih timah kini bandar raya
Petempatan awal masyarakat di Negeri Sembilan adalah di Sungai Ujong, yang mula dibuka pada 1773, iaitu 247 tahun dahulu.