MELAKA: Kerajaan Melaka menerusi pelbagai agensi berkaitan akan meningkatkan penganjuran program berbentuk advokasi dalam kalangan pelajar sekolah dan ibu bapa dalam usaha mengurangkan isu atau kes sosial melibatkan pelajar sekolah di negeri itu.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Nordin berkata salah satu inisiatif yang bakal dianjurkan ialah Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka yang bertujuan mendidik ibu bapa dan pelajar sekolah tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
"Kita agak bimbang dengan situasi semasa anak-anak kita khususnya pelajar sekolah termasuk sekolah rendah yang banyak terlibat dalam aktiviti sosial yang tidak sepatutnya seperti hisap 'vape' dan sebagainya.
"Saya tidak dapat kongsikan data terkini melibatkan mereka, tetapi penglibatan mereka dalam aktiviti sosial itu bukan hanya melibatkan pelajar lelaki tetapi juga wanita dan jumlahnya juga agak tinggi," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Melaka 2024 anjuran Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang turut dihadiri Pengarah LPPKN Dr Annita Mohd Hedzir.
Kalsom berkata penglibatan pelajar sekolah dalam aktiviti sosial yang tidak sihat perlu dikekang di peringkat awal agar mereka tidak terjerumus ke dalam aktiviti yang lebih memudaratkan mereka.
Beliau berkata ibu bapa juga dinasihatkan supaya sentiasa peka dan memantau setiap aktiviti anak-anak mereka termasuk rakan rapat dan tidak meletakkan tanggungjawab tersebut pada guru sahaja.
Terdahulu, Kalsom berkata Sambutan Hari Bapa Peringkat Melaka 2024 diadakan sebagai tanda penghargaan kepada golongan bapa di negeri itu yang berperanan sebagai tonggak dan pelindung keluarga.
"Sambutan berkenaan diadakan dengan pelbagai aktiviti antaranya saringan kesejahteraan lelaki, sesi kaunseling dan terapi senyum atau seni, pameran serta forum bertajuk Bapa Cakna, Keluarga Sejahtera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024

Kalsom berkata penglibatan pelajar sekolah dalam aktiviti sosial yang tidak sihat perlu dikekang di peringkat awal agar mereka tidak terjerumus ke dalam aktiviti yang lebih memudaratkan mereka. - Gambar hiasan

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Program advokasi tingkatkan keharmonian rakyat dipergiat - Zulkifli
Agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan mempergiatkan usaha untuk memperkukuh perpaduan dan keharmonian rakyat di negara ini.

Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.

KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Hasil pemeriksaan pada Sabtu mendapati hampir 70 peratus pemilik perniagaan terbabit disyaki menayangkan kandungan Astro tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.

2,000 peluang pekerjaan disediakan pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah
Karnival Kerjaya bersempena dengan Program MADANI Rakyat Zon Tengah akan berlangsung pada 23 hingga 25 Februari ini di Kompleks Sukan Kuala Selangor.

Lebih 13,000 kes cerai dalam tempoh empat tahun di Kedah
Sebanyak 13,101 kes pendaftaran penceraian bagi pasangan beragama Islam dicatatkan di Kedah bagi tempoh empat tahun dari 2019 hingga 2022.

Indeks Pendayaupayaan: Pengguna belum benar-benar praktik hak mereka - Menteri
KPDNHEP mensasarkan Indeks Pendayaupayaan Pengguna di Malaysia dapat ditingkatkan melebihi 85% dalam masa dua tahun.

Polis trafik boleh saman dalam kawasan sekolah - Ketua Polis Perlis
Beliau berkata polis trafik boleh menjalankan tugas mereka di mana-mana sahaja kerana itu merupakan tugas dan dalam bidang kuasa polis setelah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan sekolah.