MELAKA: Kerajaan negeri sedang menunggu maklum balas daripada tujuh syarikat penerbangan komersial untuk beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam, di sini, selewat-lewatnya akhir bulan ini.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata beliau sebelum ini telah mengadakan perbincangan bersama syarikat penerbangan berkenaan antaranya AirAsia dan Batik Air.
"Kita akan buat susulan dengan kesemua syarikat penerbangan berkenaan bagi mengetahui maklum balas mereka berhubung pelawaan kerajaan negeri untuk beroperasi di LTAM.
"Mereka memerlukan masa untuk menimbangkan pelawaan ini kerana terdapat beberapa terma dan syarat yang ditetapkan dalam perjanjian ditawarkan," katanya kepada pemberita di LTAM di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2023 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam yang turut dihadiri Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Hameed berkata perjanjian berkenaan penting bagi memastikan syarikat penerbangan yang bersetuju beroperasi di LTAM pada masa akan datang, dapat memberi komitmen dan tidak sewenang-wenangnya menamatkan operasi mereka.
Beliau berkata antara laluan penerbangan yang dicadangkan kepada tujuh syarikat penerbangan itu ialah laluan lama digunakan di LTAM iaitu Pulau Pinang dan Kota Bharu bagi penerbangan domestik, manakala Pekanbaru, Indonesia bagi laluan antarabangsa.
"Selain itu, kita juga mencadangkan satu laluan baharu melibatkan penerbangan antarabangsa iaitu Padang, Indonesia kerana destinasi berkenaan dilihat berpotensi mendapat permintaan tinggi, namun bergantung pada kesediaan syarikat penerbangan terlibat," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan ketiadaan perjanjian rasmi dengan kerajaan negeri menjadi punca syarikat penerbangan komersial bertindak sesuka hati menamatkan perkhidmatan mereka di LTAM, sekali gus menyebabkan kegagalan LTAM beroperasi seperti yang dirancang.
Antara punca syarikat penerbangan sebelum ini menghentikan operasi mereka ialah kurang permintaan terhadap perkhidmatan pengangkutan udara dalam kalangan pengguna di Melaka, sehubungan itu kerajaan negeri dilaporkan bersedia menawarkan insentif kepada mana-mana syarikat penerbangan komersial yang ingin beroperasi di LTAM pada masa akan datang menerusi perjanjian persefahaman yang akan dilakukan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023

Kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan bersama syarikat penerbangan antaranya AirAsia dan Batik Air untuk beroperasi di LTAM. - Gambar hiasan

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Melaka tunggu maklum balas 7 syarikat penerbangan komersial beroperasi di LTAM
Kerajaan negeri sedang menunggu maklum balas daripada tujuh syarikat penerbangan komersial untuk beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam.

Tiada perjanjian rasmi punca syarikat penerbangan tamatkan operasi di LTAM sesuka hati
Perkara itu secara tidak langsung mendorong kepada kegagalan LTAM beroperasi seperti yang dirancang.

Umat Islam perlu pertahan institusi masjid daripada jadi gelanggang politik - Agong
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar umat Islam terus mempertahankan institusi masjid daripada menjadi gelanggang politik mana-mana pihak.

Pembukaan operasi LTAM rancakkan pelancongan Melaka - Exco
Penerbangan sulung dari P. Pinang dan Pekan Baru, Indonesia jadi peluang menaikkan kembali Melaka sebagai destinasi pelancongan utama.

LTAM tawar laluan ke Pulau Pinang menerusi penerbangan Batik Air Jun ini
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini dijangka beroperasi semula selewat-lewatnya Jun ini, menawarkan penerbangan Melaka-Pulau Pinang-Melaka oleh syarikat penerbangan Ba

Melaka perlu giat usaha dapat kelulusan tambah baik infrastruktur LTAM
Projek menaik taraf LTAM yang berjumlah RM200 juta pernah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-11 sebelum ini.

AirAsia berhasrat tawar lebih banyak laluan baharu menerusi LTAM
Bagaimanapun, usaha itu bergantung kepada permintaan daripada penumpang bagi laluan yang ditawarkan dan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Melaka.

Sukan SEA 2019: Penarikan diri pemain senior bukan halangan skuad tenis
Pemain muda mampu menggalas cabaran Malaysia di Filipina.

Melaka mahu buka semula laluan penerbangan domestik, antarabangsa di LTAM
Kerajaan negeri mahu membuka semula beberapa laluan penerbangan domestik dan antarabangsa bagi merancakkan sektor pelancongan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) pada tahun depan.

Status keperluan lapangan terbang di Melaka diketahui hujung tahun ini - Liow
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementeriannya sedang menunggu laporan penuh daripada pihak konsultan yang dilantik bagi menjalankan kajian.