MELAKA: Kerajaan Melaka mengumumkan 24 Ogos depan sebagai cuti peristiwa sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sempena cuti peristiwa itu juga kerajaan negeri akan menawarkan kepada rakyat Melaka serta pemastautin untuk menikmati kemasukan secara percuma di beberapa lokasi pelancongan.
"Semoga pengumuman ini dapat menggembirakan seluruh rakyat Melaka," katanya ketika berucap sempena Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan sempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka penggal ke-2 di Balai Istiadat, Kompleks Seri Negeri di sini hari ini.
Mohd Ali mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ke-7 bagi penggal kedua hari ini.
Istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka Datuk Anselm Charles Fernandis dan Pegawai Kewangan negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Salhah Salleh.
Pada 28 Mei lepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Mohd Ali sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal kedua, bermula 4 Jun 2024.
Sementara itu Ab Rauf berkata tahun lepas Melaka menerima pelaburan langsung dari luar negara (FDI) dan domestik berjumlah RM6 bilion.
"Bagi menggamit kehadiran lebih ramai pelabur, kerajaan negeri menubuhkan Melaka Industrial Booster (MIB) di bawah Invest Melaka Berhad yang dipelopori oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) untuk membolehkan proses permohonan kelulusan pelan pemaju di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) dipercepatkan daripada 180 hari kepada 30 hari sahaja," katanya.
Beliau berkata usaha-usaha kerajaan untuk terus memperkukuh pertumbuhan ekonomi negeri menunjukkan impak yang amat menggalakkan, dengan ekonomi Melaka diunjurkan berkembang kira-kira 4 hingga 5 peratus sejajar dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nasional.
Ab Rauf berkata berdasarkan prestasi semasa, sektor perkhidmatan dan pembuatan masih kekal sebagai penyumbang utama iaitu masing-masing menyumbang 50.5 peratus dan 37.2 peratus kepada KDNK negeri.
"Sementara itu, statistik kadar pengangguran Melaka bagi suku pertama 2024 adalah 2.2 peratus lebih rendah berbanding pengangguran nasional yang berada pada paras 3.3 peratus. Ini jelas membuktikan Melaka berjaya menurunkan kadar penggangguran daripada 2.9 peratus pada 2023 rentetan dengan peningkatan peluang pekerjaan di negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 04 2024
Mohd Ali mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ke-7 bagi penggal kedua hari ini. - Gambar fail
AiSSE'25: Negara akan ambil kelebihan pempamer, tingkat polisi keselamatan- Saifuddin
Negara akan mengambil setiap kelebihan daripada lebih 300 pempamer yang menyertai Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AiSSE'25) bermula 20 hingga 22 Januari ini.
Anak kedua pemain JDT, Nazmi Faiz meninggal dunia
Nazmi Faiz dalam InstaStory akaun Instagram miliknya memaklumkan anak perempuan keduanya, Maira Maliyqa meninggal dunia jam 10.55 pagi tadi.
Polis bongkar makmal memproses dadah, rampas senjata api, dadah bernilai RM120 juta
Polis berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal pemprosesan dadah yang dipercayai didalangi sindiket antarabangsa, menerusi tiga serbuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: Ronaldo kekal pemain paling mahal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sepasang suami isteri ditahan terlibat sindiket rokok seludup di Tanah Merah
Sepasang suami isteri warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan rokok bernilai RM648,738, termasuk cukai.
Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.
UFC 311: Islam Makhachev kekal kejuaraan, tundukkan Moicano dalam satu pusingan
Islam Makhachev berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan Renato Moicano dari Brazil pada aksi UFC 311, pada Ahad.
Sudah lima hari Siew Hat hilang, lokasi pencarian diperluas
Operasi mencari dan menyelamat lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya pada Rabu lalu, diteruskan pada hari kelima.
“Itu antara saingan yang positif” - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri berkata kecergasan dan disiplin adalah keutamaan bagi pasukan penguatkuasa undang-undang terbesar.
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
300,095 laporan polis dibuat oleh orang awam sebulan
Menteri Dalam Negeri berkata polis menerima 300,095 laporan polis sebulan oleh orang awam dan menyatakan orang awam mempunyai hak untuk membuat laporan sekiranya hak individu dilanggar.
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
Perlis umum cuti peristiwa esok sempena tahun baharu
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata pengisytiharan itu dibuat selepas mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
KTMB sedia tren tambahan sempena cuti sekolah, cuti peristiwa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya.
Johor umum 25 Ogos cuti peristiwa, hargai peminat JDT sempena final Piala FA
Kerajaan Johor mengumumkan Hari Cuti Peristiwa pada 25 Ogos, sebagai tanda penghargaan kepada peminat kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) sempena final Piala FA 2024.
Melaka umum 24 Ogos cuti peristiwa sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri
Kerajaan Melaka umum 24 Ogos depan sebagai cuti persitiwa sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.
Kelantan umum Selasa ini cuti peristiwa sempena Aidilfitri
Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa di seluruh negeri ini pada Selasa 9 April atau 29 Ramadan.
Pemasyhuran Agong: Cuti peristiwa khas belum dibincangkan - Fahmi
Cuti peristiwa khas sempena pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong yang baharu pada 31 Januari ini tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.
Tiada cuti peristiwa di Terengganu esok - Ahmad Samsuri
Poster mengenai dakwaan cuti peristiwa yang tular tersebut adalah palsu dan ia merupakan poster lama yang telah disunting.
Johor umum cuti peristiwa 17 Disember susulan kemenangan JDT
Kerajaan negeri mengumumkan cuti peristiwa pada 17 Disember ini susulan kemenangan pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia dan Liga Super Malaysia.
Selangor umum Isnin cuti peristiwa sempena kejayaan PH-BN
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengisytiharkan 14 Ogos 2023 (Isnin) sebagai cuti kelepasan am.
PRN: Tiada cuti khas jika PH-BN menang di Pulau Pinang
Pulau Pinang tidak bercadang untuk memberi cuti khas sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya negeri ke-15 (PRN15) ini.