Jika Malaysia inginkan kestabilan politik, kepimpinan tertinggi masih perlu dikuasai oleh kaum Melayu. Begitulah pandangan yang dilontarkan oleh saintis politik, Wahabuddin Ra'ees.
Profesor Madya di Jabatan Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, berdasarkan sejarah, bahawa kepimpinan kaum Melayu dilihat "lebih bertolak ansur" berbanding kaum-kaum lain.
"Jika Malaysia mahu terus melihat rakyat berbilang kaum ini terus hidup bersama serta mempunyai kestabilan, ia memerlukan kepimpinan politik dari kaum Melayu yang telah terbukti menjadi suatu perkara yang penting berdasarkan pengalaman mereka menerusi sejarah," katanya semasa seminar perbincangan selepas Pilihan Raya Umum ke-13.
Memetik kontrak sosial, Wahabuddin berkata: "Ya, mereka (orang Melayu) lebih prihatin akan keperluan orang lain, seperti yang telah mereka lakukan pada masa lalu."
"Walaupun hakikat bahawa mereka telah memerintah [sebelum pembentukan Malaya], ia bukan satu isu kepada orang Melayu mengapa kaum Cina dan India datang ke sini tetapi bagaimana mereka boleh turut sama dibawa masuk ke dalam sistem. Dengan cara ini, mereka telah dibawa masuk dimana seterusnya menyumbang kepada kestabilan negara, "kata pemerhati politik tersebut.
Wahabuddin berkata walaupun ada yang menginginkan politik berbilang kaum, beliau berkata pada masa ini, Malaysia tidak boleh membuang kuasa kepimpinan politik Melayu.
"Saya rasa Malaysia sedang bergerak ke arah itu (politik multi-etnik). Rakyat telah berubah. Mereka bergerak ke arah dan membangunkan sejenis identiti Malaysia yang mungkin mengatasi identiti etnik.
"Ia bergantung kepada pemimpin-pemimpin politik sejauh mana ... Sama ada mereka benar-benar akan merapatkan jurang atau memperluaskan lagi jurang di antara mereka," kata akademik kelahiran Afghanistan itu.