KUALA LUMPUR: Hari Alzheimer Sedunia yang jatuh pada 21 Sept setiap tahun memberi satu peluang untuk orang ramai agar dapat memahami penyakit Alzheimer dengan lebih mendalam, menepis tanggapan salah dan memberikan pemahaman mendalam mengenai pengesanan awal serta penjagaan berkesan.
Pakar Perunding Geriatrik Pusat Perubatan Sunway Dr Teh Hoon Lang berkata Alzheimer merupakan sejenis demensia yang lazim berlaku dan demensia bukannya sebahagian proses penuaan yang normal, ia merupakan gangguan kompleks terhadap fungsi otak yang mampu menjejaskan kehidupan seharian.
"Penyakit Alzheimer, merupakan sejenis demensia yang lazim berlaku. Ia adalah gangguan otak progresif yang berlaku apabila terdapat pembentukan protein tidak normal dalam otak sehingga menyebabkan daya ingatan, pemikiran dan kemahiran menaakul seseorang semakin merosot. Pengesanan dan pemahaman awal adalah kunci untuk mengemudi perjalanan yang mencabar ini," kata beliau dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dr Teh berkata menurut beberapa kajian, lebih 8.5 peratus rakyat Malaysia berusia 60 tahun ke atas menghidap demensia dengan kelaziman yang lebih tinggi dalam kalangan wanita.
Keadaan neurologi ini akan semakin merosot dari semasa ke semasa tetapi bukan semua demensia disebabkan penyakit Alzheimer, terdapat penyakit lain yang turut menyumbang kepada terjadinya demensia termasuk Demensia Vaskular, Demensia Campuran, Demensia Lewy Body, penyakit Parkinson dan sebagainya, katanya.
Menurut Dr Teh, tanda-tanda awal demensia boleh bersifat ringan, mungkin muncul tanpa disedari dan ramai orang mungkin menganggap gejala ini sebagai sebahagian daripada proses penuaan biasa.
"Bagaimanapun, jika gejala-gejala itu mula menjejaskan kehidupan seseorang, ia boleh ditafsirkan sebagai tanda amaran demensia, " katanya.
Beliau berkata tanda-tanda awal demensia termasuk hilang ingatan terkini seperti gagal mengingati peristiwa atau pertemuan yang baru berlaku atau sukar dalam merancang atau menyelesaikan masalah seperti mengikut resipi, menguruskan kewangan atau ubat-ubatan sendiri.
Tanda-tanda lain termasuk kesukaran menyempurnakan tugasan biasa dilakukan misalnya memasak, memandu atau menggunakan peralatan dan keliru dengan masa atau tempat seperti hilang jejak tarikh, masa atau keberadaan semasa serta mereka juga berisiko tersesat di tempat yang biasa dikunjungi.
Beliau berkata ada yang mungkin sukar memahami imej visual dan perhubungan ruang seperti masalah dalam memahami peta atau mengikut arahan serta menghadapi masalah dengan bahasa seperti sukar mencari perkataan yang betul atau menggunakan perkataan yang salah semasa berkomunikasi.
Tersalah letak sesuatu benda dan hilang keupayaan menjejaki semula langkah, daya pertimbangan yang merosot, menyisihkan diri daripada melakukan kerja atau aktiviti sosial yang pernah digemari, dan perubahan dalam emosi dan tingkah laku juga merupakan tanda-tanda awal demensia.
Menurut Dr Teh ada beberapa faktor risiko yang menyumbang kepada terjadinya demensia termasuk tidak aktif secara fizikal, merokok, mengambil alkohol secara berlebihan, kecederaan atau trauma kepala dan berpendidikan rendah semasa kehidupan awal.
Faktor-faktor risiko lain ialah seperti obesiti (terutamanya pada pertengahan umur, diabetes (terutamanya diabetes Jenis 2), kemurungan dan kurang pendengaran atau individu yang mengalami kehilangan pendengaran, katanya.
Justeru, Dr Teh menekankan kepentingan pengesanan awal penyakit ini dan menurut garis panduan, pemeriksaan rutin kognitif tidak disyorkan untuk semua orang, ia hanya disyorkan kepada golongan berisiko sahaja.
Bagaimanapun, pemeriksaan kognitif tidak 100 peratus tepat, maka adalah penting untuk mendidik orang ramai mengenai tanda-tanda amaran awal demensia," katanya.
Menurut Dr Teh sesetengah keadaan yang seakan-akan demensia, seperti kekurangan vitamin B12 dan kekurangan hormon tiroid adalah berpotensi untuk sembuh jika dirawat awal.
"Oleh itu adalah penting untuk berjumpa doktor dan membuat penilaian dengan secepat mungkin sebab diagnosis dan rawatan awal boleh membantu mencegah atau melambatkan kerosakan otak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023

Menurut Dr Teh, tanda-tanda awal demensia boleh bersifat ringan, mungkin muncul tanpa disedari dan ramai orang mungkin menganggap gejala ini sebagai sebahagian daripada proses penuaan biasa. - Gambar hiasan/Pixabay
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Hidap demensia, keluarga pastikan Bruce Willis terus aktif
Selepas disahkan menghidap penyakit demensia, keluarga Bruce Willis bertekad untuk memastikan pelakon itu terus aktif.

Hari Alzheimer Sedunia: KKM bangunkan Pelan Tindakan Demensia 2021-2030
Ketika ini KKM mengambil beberapa inisiatif dalam meningkatkan liputan rawatan dalam penjagaan geriatrik.

Pesakit Alzheimer perlu penjagaan rapi
Dengan peningkatan populasi warga emas, sistem sokongan dalam masyarakat perlu dipertingkatkan bagi membantu ahli keluarga yang menjaga warga emas yang menghidap Alzheimer.

Penghidap Alzheimer makin bertambah, Malaysia masih tiada Pelan Demensia Kebangsaan
Pelan Demensia Kebangsaan itu akan membantu 'generasi sandwich' iaitu golongan pertengahan usia yang mempunyai komitmen bukan sahaja membesarkan anak-anak tetapi juga menjaga ibu bapa mereka.