PUTRAJAYA: Peraturan pemakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis yang diwajibkan bagi penjawat awam akan meningkatkan usaha membudayakan batik Malaysia, kata penjawat awam Marianne Anak Miga yang bertugas di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan.
Beliau yang bertugas di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini, berkata, peraturan itu juga sebenarnya memudahkan beliau membuat pilihan pakaian untuk ke pejabat selain dapat membudayakan pemakaian batik Malaysia.
"Membudayakan pakaian batik Malaysia bukan sahaja memberi kesedaran kepada rakyat tentang perbezaan batik negara sendiri dengan negara lain malah dapat melonjakkan industri batik tempatan," kata Marianne, 33.
Anak kelahiran Sarawak itu berkata, beliau akan membuat baju kurung dan blouse menggunakan batik Sarawak yang bermotif etnik supaya lebih ramai rakan dari Semenanjung Malaysia dapat menghayati keunikan batik Sarawak.
"Memang bangga setiap kali mengenakan pakaian batik kerana ia adalah identiti kita sebagai rakyat Malaysia dan bertambah semangat menjelang sambutan Hari Kebangsaan bulan ini," katanya.
Dalam surat edaran bertarikh 21 Ogos 2023 yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Zulkapli Mohamed memaklumkan, semua pegawai awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis dan digalakkan pemakaiannya pada hari bekerja lain.
Vinod Mathialakan, 34, berkata, beliau bangga mengenakan batik Malaysia kerana batik itu memberikan identiti dan melambangkan anak jati Malaysia.
"Batik ini adalah identiti Malaysia, tidak kisah bangsa dan kaum mana apabila mengenakan baju bercorak batik menyatukan kita kerana itu imej kita sebagai rakyat Malaysia," katanya yang bertugas di Unit Komunikasi Korporat (UKK) KPDN.
"Bagus langkah itu (mewajibkan pakaian batik Malaysia) kerana sebelum ini ada yang keliru dengan batik Malaysia dan batik negara lain. Jadi dengan inisiatif itu dapat memberi pendedahan kepada rakyat tentang warisan dan budaya sendiri," katanya lagi.
- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023
![Membudayakan pemakaian batik Malaysia bantu industri batik negara Membudayakan pemakaian batik Malaysia bantu industri batik negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692870909_pakaianbatik.jpg)
Guru sekolah memakai pakaian batik ketika tinjauan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin pada Khamis. - Foto BERNAMA
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual' Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739489999_AhmedAboulGheit.jpg)
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
![Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739489692_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
Keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di Tebing Barat membimbangkan
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat, susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan oleh rejim tersebut di wilayah berkenaan.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
![MS 692 dikemas kini agar industri batik hasilkan produk berkualiti, patuhi standard - JSM MS 692 dikemas kini agar industri batik hasilkan produk berkualiti, patuhi standard - JSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-03/71551887139_TBBatik.jpg)
MS 692 dikemas kini agar industri batik hasilkan produk berkualiti, patuhi standard - JSM
Malaysian Standard (MS) 692 yang telah dikemas kini kelak diharap dapat diguna pakai oleh pihak industri batik secara menyeluruh bagi menghasilkan produk berkualiti dan mematuhi standard.
![Raifili anjur kempen satu juta batik percuma buat penjawat awam Raifili anjur kempen satu juta batik percuma buat penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662158800_TanSriMohdZukiAl.jpg)
Raifili anjur kempen satu juta batik percuma buat penjawat awam
Usaha berkenaan dapat menggalakkan pemakaian Batik Malaysia dalam kalangan penjawat awam menggayakan keunikan dan keindahan batik dalam kehidupan harian.
![Animasi pendek tempatan 'Batik Girl' terima pengiktirafan antarabangsa Animasi pendek tempatan 'Batik Girl' terima pengiktirafan antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81574315967_TBBATIKjpg.jpg)
Animasi pendek tempatan 'Batik Girl' terima pengiktirafan antarabangsa
Batik Girl telah menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa, baru- baru ini. Ikuti kisah menyentuh hati kanak-kanak bernama Mas.