KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengucapkan tahniah kepada Ummi Umairah Saiful Anuar atas kejayaan cemerlang memenangi pingat emas dalam pertandingan 'World Championships of Performing Arts (WCOPA)' ke-27.
Beliau berkata pertandingan yang berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat itu menyaksikan bakat luar biasa Ummi Umairah di pentas antarabangsa sekali gus mengharumkan nama sekolah dan negara.
"Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi dan usaha keras beliau tetapi juga sokongan padu keluarga, guru-guru dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan dorongan," katanya menerusi kenyataan di laman Facebook hari ini.
Beliau berkata kejayaan pelajar Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL) itu diharapkan mencetus inspirasi kepada semua pelajar untuk terus mengejar impian dan berusaha gigih dalam bidang yang diminati.
"Ummi Umairah telah membuktikan bahawa dengan usaha dan komitmen yang tinggi, kita mampu mencapai kejayaan gemilang di peringkat dunia," katanya.
Ummi Umairah yang juga anak saudara penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila memenangi pingat emas pada pertandingan itu, pagi semalam.
Ummi Umairah,13, yang lebih mesra disapa Umai, memenangi pingat itu menerusi kategori 2024 Junior Championship Vocalist dengan menewaskan empat peserta lain termasuk dari Emiriah Arab Bersatu dan Afrika Selatan.
Pada pentas final itu, Umai mempertaruhkan lagu A Natural Woman nyanyian asal Aretha Franklin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024
Umai memenangi pingat itu menerusi kategori 2024 Junior Championship Vocalist. - Foto Instagram/umairah_sairahtarudin
Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
Menang emas di WCOPA: Fadhlina ucap tahniah kepada Ummi Umairah
Kejayaan pelajar Tingkatan Satu SSeMKL itu diharapkan mencetus inspirasi kepada semua pelajar untuk terus mengejar impian.
WCOPA ke-27: Anak saudara Siti Nurhaliza rangkul pingat emas, harumkan nama Malaysia
Umai berjaya menewaskan empat finalis lain termasuk dari Emiriah Arab Bersatu dan Afrika Selatan.