KUANTAN: Menara Kuantan 188, tersergam megah di tebing Sungai Kuantan di sini, bukan hanya menjadi mercu baharu pengenalan bandar raya pertama Pahang, malah turut menukar suasana malam dan hujung minggu bandar Kuantan.
Sejak hari pertama dibuka secara rasmi pada 22 Feb, menara dengan reka bentuk menegak dan profil tirus melambangkan senjata Melayu lama iaitu lembing dan hujung bilah lembing - seperti di Jata Negeri Pahang - tidak putus menerima kunjungan pelawat yang mahu merasai pengalaman berada di menara tinjau kedua tertinggi di Malaysia dan juga menara tertinggi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Perasaan teruja melihat menara itu pada waktu siang, pasti bertambah ketika melihat Menara Kuantan 188 waktu malam, apabila menara yang dahulunya dikenali sebagai Menara Teruntum, bercahaya dilimpahi lampu berwarna sekali gus menghidupkan suasana sekitar Kuantan Waterfront.
Penggunaan lif kaca membolehkan pelancong disaji dengan pemandangan bandar raya Kuantan sehingga tiba di bahagian anjung menara, yang dibina dengan inspirasi daun dan bunga pokok Teruntum, dahulunya dikatakan banyak terdapat di pinggir Sungai Kuantan.
Bagi mereka yang mengikut 'trend bergambar untuk media sosial', sudah pasti rambang mata semasa memilih gambar untuk dimuat naik di akaun masing-masing kerana Menara Kuantan 188 menawarkan pemandangan 360 darjah bandar raya Kuantan, dengan setiap sudut menawarkan hasil akhir yang tidak mengecewakan.
BACA: Perubahan status Kuantan akan bawa banyak kesan positif - Muhyiddin
Perkara itu diakui oleh pekerja swasta Lee Chern Lai, 40, dengan berseloroh berkata dirinya bernasib baik kerana gambar kini boleh dirakam menggunakan telefon pintar dan kamera digital, atau 'mereka perlu membeli lebih banyak filem' kerana dia bersama lima rakan tidak berhenti merakam gambar kenangan sepanjang berada di situ.
"Bukan hanya gambar, malah kami juga merakam video untuk dimuat naik di akaun Facebook. Selain disebabkan teruja dengan reka bentuk menara, kami juga berharap rakan-rakan boleh merasai keseronokan kami berpeluang menjejak kaki di menara tertinggi di ECER.
"Ramai yang menekan tanda suka dan hati (love) pada gambar saya dan menyatakan tidak sabar untuk merasai pengalaman sama... gambar-gambar saya menjadi teaser kepada mereka yang tidak dapat ke sini kerana larangan merentas negeri buat masa ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Lee menambah, kedudukan menara itu juga 'sangat sesuai' kerana terdapat banyak lagi lokasi menarik berhampiran dengan berjalan kaki, seperti ke Kuantan Art Street, Taman Kerang, deretan kedai lama di Jalan Besar dan Kuantan Waterfront yang membolehkan pengunjung merakam gambar dengan arca gergasi 'KUANTAN' berwarna putih pada waktu siang sebelum bertukar warna dek limpahan lampu pada waktu malam.
Bagi mereka yang berani, Menara Kuantan 188 yang disempurnakan perasmiannya oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 21 Feb lepas, turut menawarkan peluang melakukan aktiviti skywalk, pendakian tiang serta terjunan bertali dari aras 104 meter, pertama seumpamanya di sini, apabila mula beroperasi kelak.
BACA: Agong mahu Kuantan jadi bandar raya unggul
Menara Kuantan 188 yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama kerajaan negeri Pahang mula dibina pada Ogos 2017 dan memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan pada November 2020 sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri sekitar Disember tahun lepas.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Baidzawi Che Mat berkata Menara Kuantan 188 akan melengkapi tarikan pelancongan lain memaparkan kekayaan sejarah, warisan, dan khazanah alam semula jadi di negeri Tok Gajah, khususnya di kawasan berhampiran, seperti Kuantan Waterfront yang dilihat bakal menjadi tarikan pelancong bagi tahun mendatang sekali gus merancakkan pembangunan sosioekonomi ECER khususnya di Pahang.
"Pembangunan projek Kuantan Waterfront adalah sebahagian daripada strategi keseluruhan ECERDC untuk merancakkan sektor pelancongan serta meningkatkan lagi minat pelabur ke kawasan sekitarnya dengan pelbagai aktiviti menarik berpotensi menjadi tarikan kepada warga tempatan dan luar negara. Secara langsung, ia akan menyumbang kepada peningkatan dalam kegiatan dan aktiviti pelancongan di kawasan ini," katanya.
Sementara itu, anak jati Kuantan, Badarudin Jaafar, 68, berkata dia tidak pernah terfikir sebuah menara dengan reka bentuk moden akan berdiri megah di tapak yang dahulunya adalah stesen bas dan gerai medan pelancong - antara lokasi kerap dikunjunginya semasa bergelar penjawat awam kerajaan negeri selama 32 tahun.
BACA: Daun, bunga pokok teruntum inspirasi reka bentuk anjung Menara Kuantan 188
Melihat gambar yang tular di media sosial, menyebabkan dia dan ahli keluarganya tidak sabar untuk ke menara itu namun 'terpaksa menahan diri' kerana tidak mahu bersesak pada hujung minggu sebelum niat untuk ke situ berjaya direalisasikan pada tengah hari Rabu, semasa majoriti masyarakat masih di tempat kerja.
"Lepas hajat untuk melihat pemandangan dari aras atas... memang cantik dan sayu juga bila dapat melihat bangunan tempat saya mencari rezeki sebelum ini dari atas. Apabila berada di atas, terbit juga rasa bangga dalam diri sebagai anak Pahang kerana kita sudah ada menara yang boleh dibanggakan," katanya.
Badaruddin juga berharap menara yang dinamakan sempena ketinggiannya itu, akan merancakkan lagi sektor pelancongan Kuantan dan membantu rakyat setempat termasuk nelayan, pengusaha produk hasil laut, pengusaha hotel dan inap desa serta peniaga kecil di daerah ini.
BACA: Agong berkenan rasmi Menara Kuantan 188, Jambatan Putra
Kuantan, menurut Badaruddin mempunyai pelbagai destinasi pelancongan menarik buat mereka yang mahukan 'lokasi lengkap' seperti bandar, perkampungan nelayan seperti di Beserah, pantai seperti Teluk Cempedak, Pantai Sepat, Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam serta alam sekitar seperti Hutan Lipur Sungai Pandan atau Air Terjun Pelangi di Sungai Lembing selain Zoo Mini Teruntum sesuai untuk kanak-kanak.
"Saya berharap selepas ini ada pihak boleh tampil dengan idea menaiki bot menyusuri Sungai Kuantan yang berpotensi menjadi aktiviti pilihan pelancong, seperti dibuat di tempat lain. Malah, ia juga boleh membuka ruang kepada pengusaha bot untuk menambah pendapatan," katanya.
Pelukis mural di Kuantan Art Street, Ahmad Fadzril Abdul Ruzsnan, 27, juga mengakui pembukaan Menara Kuantan 188 menjadikan lorong belakang deretan kedai di Jalan Besar di sini, yang menjadi 'kanvas seni mereka', menjadi tumpuan pelancong, termasuk pada hari bekerja.
Ahmad Fadzril secara bergurau berkata jika sebelum ini mereka berkarya dengan tenang untuk menyiapkan mural sepanjang 200 meter, namun kini mereka bekerja 'di bawah pemerhatian' pelancong kerana ramai akan berjalan kaki ke Kuantan Art Street selepas berkunjung ke Menara Kuantan 188, yang jaraknya kurang daripada 100 meter.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 08 2021
![Menara Kuantan 188, mercu baharu kebanggaan bandar raya pertama Pahang Menara Kuantan 188, mercu baharu kebanggaan bandar raya pertama Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615175424_MenaraKuantan.jpg)
Kedudukan Menara Kuantan 188 'sangat sesuai' kerana terdapat banyak lokasi menarik berhampiran seperti Kuantan Art Street, Taman Kerang, deretan kedai lama di Jalan Besar dan Kuantan Waterfront. --fotoBERNAMA
Nissan, Honda batal perjanjian penggabungan jenama
Syarikat automotif terkemuka Jepun, Nissan Motor dan Honda Motor mengumumkan untuk tidak meneruskan perbincangan mengenai penggabungan antara kedua-dua syarikat. Dalam sidang media persidangan yang dianjurkan Nissan Motor di Yokohama pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif Nissan berkata, syarikat berkenaan sebulat suara bersetuju bersama Honda untuk menamatkan potensi penggabungan jenama berkenaan termasuk, rundingan-rundingan yang telah dibincangkan.
Jenayah: Warga emas 86 tahun mengaku salah tembak remaja 16 tahun
Yarl, yang terselamat walaupun ditembak sebanyak dua kali, memaklumkan dia menekan loceng pintu rumah Lester kerana menyangkakan rumah itu adalah rumah pengasuh adiknya.
PM Thailand pengerusikan mesyuarat keselamatan tergempar krisis Myawaddy
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Jumaat mempengerusikan mesyuarat tergempar dengan ketua-ketua agensi keselamatan untuk menilai keadaan di perbandaran Myawaddy, hab utama yang dikenal pasti untuk rangkaian pemerdagangan manusia di Myanmar.
14 Negeri Amerika Syarikat saman Trump dan Elon Musk
Empat belas negeri di Amerika Syarikat telah memfailkan saman persekutuan terhadap Presiden Donald Trump dan Elon Musk, jutawan ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), atas dakwaan memiliki kuasa tanpa had dan tidak terkawal yang melanggar perlembagaan
Hamas umum nama tiga tebusan Israel yang akan dibebas Sabtu
Kumpulan pejuang Palestin, Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu.
Duta Malaysia ke Amerika Syarikat perlu teguh mendepani cabaran
Duta Malaysia yang bakal dilantik ke Amerika Syarikat (AS) perlu memiliki kecekapan dan sentiasa bersedia berdepan sebarang cabaran.
Reformasi industri padi, beras agenda kerajaan tahun ini
Fokus utama kementerian pertanian dan keterjaminan makanan (KPKM) pada tahun ini adalah reformasi industri padi dan beras negara dengan mengutamakan pendekatan yang lebih lestari, berdaya saing dan mesra alam.
KDNK: Peningkatan pelaburan antara faktor penyumbang - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, MITI akan meneruskan usahanya untuk menarik lebih banyak pelaburan, meningkatkan perdagangan, dan membangunkan industri tempatan.
Kabinet berpendapat ada keperluan pinda Akta Pemberi Maklumat
Kabinet berpendapat ada keperluan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi mengatasi beberapa isu percanggahan dengan akta lain selain memperkukuh perlindungan kepada pemberi maklumat.
Dua individu termasuk CEO syarikat ditahan SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua lagi individu disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
![Polis selamatkan remaja perempuan dilarikan lelaki warga China di Kuantan Polis selamatkan remaja perempuan dilarikan lelaki warga China di Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726380928_TBLOGOPDRM.jpg)
Polis selamatkan remaja perempuan dilarikan lelaki warga China di Kuantan
Polis Johor menahan seorang lelaki warga China dan berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dipercayai dilarikannya, di Kuantan, Pahang, semalam.
![JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732268928_MohdAsriSeman.jpg)
JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.
![Pegawai agensi kerajaan negeri antara ditahan SPRM lindungi kegiatan punggah keluar hasil galian Pegawai agensi kerajaan negeri antara ditahan SPRM lindungi kegiatan punggah keluar hasil galian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731665864_TBsprm.jpg)
Pegawai agensi kerajaan negeri antara ditahan SPRM lindungi kegiatan punggah keluar hasil galian
Seorang pegawai agensi kerajaan negeri antara tiga individu ditahan dalam serbuan oleh SPRM kerana disyaki terbabit rasuah bagi melindungi kegiatan memunggah keluar hasil galian.
![Lima individu termasuk kerabat diraja Pahang didakwa cederakan lelaki Lima individu termasuk kerabat diraja Pahang didakwa cederakan lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730958101_TBKerabatPahang.jpg)
Lima individu termasuk kerabat diraja Pahang didakwa cederakan lelaki
Lima individu, termasuk seorang kerabat diraja Pahang, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki pada Jun lalu.
![Mangsa teruja turun cari kepah sebelum hilang - Rakan Mangsa teruja turun cari kepah sebelum hilang - Rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730610639_TBlemas.jpg)
Mangsa teruja turun cari kepah sebelum hilang - Rakan
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang di muara Sungai Balok, Kuantan pada Sabtu ketika sedang mencari kepah.
![Dua penuntut Polisas maut motosikal hilang kawalan Dua penuntut Polisas maut motosikal hilang kawalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730084585_penuntutpolisasma.jpg)
Dua penuntut Polisas maut motosikal hilang kawalan
Siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa berusia 20 tahun itu dari arah Kuantan menghala ke arah Taman Dato Rashid.
![Isteri maut, suami sesak nafas kereta terjunam dalam sungai Isteri maut, suami sesak nafas kereta terjunam dalam sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727244867_TBKEMALANGANKUANTAN.jpg)
Isteri maut, suami sesak nafas kereta terjunam dalam sungai
Seorang wanita maut manakala suaminya mengalami sesak nafas selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan terbabas ke dalam sungai.
![Penunggang maut dalam nahas lima kenderaan di LPT1 Penunggang maut dalam nahas lima kenderaan di LPT1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726456175_penunggangmaut.jpg)
Penunggang maut dalam nahas lima kenderaan di LPT1
Muhammad Al-Faries Faiz yang beralamat di Kampung Sungai Rambai, Sega, Raub mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
![Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 bermula hari ini Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718320728_ShereenVallabuoy.jpg)
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 bermula hari ini
Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu bakal menampilkan 578 atlet terdiri daripada 17 pasukan dalam negara dan lapan negara luar.
![Gerai, kereta rosak akibat ribut di Kuantan Gerai, kereta rosak akibat ribut di Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717855732_TBRIBUTKUANTAN.jpg)
Gerai, kereta rosak akibat ribut di Kuantan
Beberapa premis perniagaan dan kereta rosak dalam kejadian ribut di tempat tumpuan orang ramai di Pantai Kempadang petang tadi.