KUALA LUMPUR: Rakyat perlu melihat Menara Merdeka 118 sebagai kejayaan dalam meniti liku-liku kemerdekaan sehingga sebuah negara serba rencam dan majmuk dapat disatukan atas semangat nasionalisme yang tinggi.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah mercu tanda baharu itu adalah simbol rakyat meraikan kepelbagaian negara sebagai realiti wajah Malaysia yang merdeka.
"Dari sudut mana sekalipun kita melihat menara ini, ia memberi cerminan bagaimana negara kita telah melalui peredaran zaman sehingga akhirnya maju jaya dalam pelbagai bidang dengan struktur sosial dan nilai perpaduan menurut acuan kita yang tersendiri.
"Justeru, rakyat Malaysia sewajarnya berasa bangga kerana Menara Merdeka 118 ini adalah bukti kejayaan Malaysia yang berterusan," titah baginda pada Majlis Perasmian Menara Merdeka 118 di sini hari ini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pada masa sama, Al-Sultan Abdullah berkenan merasmi dan memasyhurkan Masjid Al-Sultan Abdullah yang merupakan masjid utama di Kompleks Menara Merdeka 118 serta menzahirkan ucapan terima kasih kerana sudi menamakan ia dengan nama baginda.
"Ia adalah satu tanda ingatan dan hadiah yang sungguh berharga kepada beta dan Raja Permaisuri Agong yang akan kami hargai selagi nyawa di kandung badan," titah baginda.
Al-Sultan Abdullah merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh warga Permodalan Nasional Berhad (PNB) kerana menjadikan pembinaan Menara Merdeka 118 satu kenyataan.
Baginda turut menzahirkan keyakinan PNB sebagai sebuah institusi pelaburan utama negara yang akan terus melangkah maju dalam usaha memperkasakan ekonomi negara.
"Marilah sama-sama kita berdoa semoga ekonomi negara akan terus berkembang maju dan keamanan serta kesejahteraan akan terus berkekalan buat negara Malaysia yang kita cintai ini," titah baginda.
Menara Merdeka 118 itu dimiliki PNB melalui anak syarikat milik penuhnya iaitu PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd.
Menara canggih yang memiliki 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu adalah yang kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai (828 meter).
Al-Sultan Abdullah turut menyambut baik usaha PNB melakukan restorasi Stadium Merdeka kepada keadaan asalnya seperti pada tahun 1957.
"Kini tersergam indah di lokasi yang penuh bersejarah ini ialah sebuah menara pada ketinggian 678.9 meter dengan puncak menara yang secara simboliknya melambangkan aksi laungan kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 67 tahun yang lepas.
"Mercu tanda baharu ini yang berdiri megah di hadapan stadium keramat, yang menjadi bukti kelahiran sebuah negara merdeka, membawa seribu pengertian yang penuh bermakna," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan menandatangani plak perasmian selepas menyampaikan titah ucapan perasmian Menara Merdeka 118 malam ini. - Bernama
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Burj Azizi akan pintas Merdeka 118 sebagai bangunan kedua tertinggi dunia
Burj Azizi yang dijadualkan siap pada tahun 2028 akan mencecah ketinggian 725 meter, melangkaui ketinggian 678.9 meter Merdeka 118.
Status Merdeka 118 sebagai bangunan kedua tertinggi dunia dicabar Burj Azizi
BANGUNAN Merdeka 118 baru sahaja dinobatkan sebagai bangunan kedua tertinggi dunia pada pertengahan bulan lalu.
Ceroboh Menara Merdeka 118: 'YouTuber' sudah ditahan, didakwa Mei 2022 - PNBMV
PNBMV dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, penceroboh itu juga sudah didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan pada hari yang sama.