KEPALA BATAS:Tidak sampai 48 jam selepas hasrat untuk berjumpa dengan bekas rakan setugasnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) tercapai, Koperal Azmi Kamarudin meninggal dunia akibat barah rahang pada 12 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, beliau telah dimaklumkan tentang berita sedih itu oleh anggotanya.
"Azmi meninggal dunia pada pukul 12 tengah hari tadi...arwah meninggalkan seorang balu yang juga anggota polis berpangkat koperal di IPD SPU serta tiga anak berumur empat hingga sembilan tahun," katanya melalui pesanan ringkas dalam aplikasi WhatsApp di sini hari ini.
Noorzainy berkata, Azmi ketika hayatnya merupakan seorang anggota polis yang berdedikasi ketika menjalankan tugas dan berharap keluarganya bersabar dalam menempuhi waktu sukar ini.
"Kita reda Allah lebih sayangkan arwah...malah impian arwah untuk berjumpa kawan-kawan lama telah direalisasikan. Diharap keluarganya tabah," katanya.
Semalam, media melaporkan Noorzainy dan beberapa anggota IPD SPU mengadakan lawatan ke kediaman Azmi dekat Bertam di sini, yang sebelum ini berhasrat untuk bertemu bekas rakan sejawatnya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Azmi, 34, berasal dari Kampung Debak Betong, Sri Aman, Sarawak memulakan kerjanya sebagai anggota polis pada November 2006 di Balai Polis Kepala Batas IPD SPU selama lebih 10 tahun dan bertukar ke Cawangan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang sekitar 2017.
Azmi disahkan menghidap barah rahang pada 2018 oleh doktor di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan menjalani pelbagai rawatan antaranya radioterapi di Hospital Pulau Pinang namun terpaksa dihentikan kerana tidak sesuai.
Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Berpusat Masjid Abdullah Fahim, di sini, selepas solat Asar. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 26 2021

Koperal Azmi Kamarudin yang meninggal dunia akibat barah rahang pada 12 tengah hari Selasa meninggalkan seorang balu yang juga anggota polis berpangkat koperal serta tiga orang anak. - Gambar SINAR HARIAN
Perkembangan sidang media prestasi kewangan PETRONAS
Lintas langsung bersama Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad bagi memperincikan sidang media pengumuman prestasi kewangan Kumpulan Petronas.
PETRONAS catat keuntungan bersih RM55.1 bilion, turun 32 peratus
Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM55.1 bilion, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

116 pelatih PLKN 3.0 berjaya tamat latihan hari ini, modul latihan diterima baik - Adly
Sebanyak 116 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 siri pertama berjaya menamatkan latihan selama 45 hari hari ini.
Pengurangan cukai antara langkah sokong PMKS - Abdul Rahman
Pengurangan cukai antara sokongan atau insentif yang diberikan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri semasa tempoh peralihan apabila gaji minimum baharu dilaksanakan.
16 individu termasuk pemilik syarikat dan pegawai dagang ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 16 individu termasuk pemilik syarikat dan pegawai dagang kerana disyaki terlibat merasuah penguat kuasa dalam memproses dan melupus sisa elektrik dan elektronik (e-waste) yang tidak dibenarkan.
Kanak-kanak baru boleh berjalan hilang, dipercayai dihanyut arus sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan yang baru boleh berjalan hilang dipercayai dihanyutkan arus sungai.

Selangor wujud garis panduan amalan tarekat tahun ini - Exco Agama
Kerajaan Selangor akan mewujudkan garis panduan amalan tarekat bagi mengekang amalan yang bertentangan dengan akidah.

HUAWEI MATE XT Ultimate Design dilancarkan di Malaysia, tawar teknologi tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

2 pelajar universiti lakukan hubungan sejenis dihukum sebat secara terbuka di Aceh
Sebuah mahkamah di wilayah Aceh pada Isnin menjatuhi hukuman sebat secara terbuka ke atas dua lelaki selepas mereka mengaku bersalah melakukan hubungan sejenis, kata seorang pegawai.

Penolong jurutera kanan didakwa terima RM270,400 berkaitan kerja rasminya
Seorang penolong jurutera kanan sebuah agensi kerajaan didakwa menerima wang berjumlah RM270,400 yang berkaitan dengan kerja rasminya.

Menderita barah rahang, Koperal Azmi meninggal dunia
Koperal Azmi Kamarudin meninggal dunia akibat barah rahang pada 12 tengah hari tadi.