SEREMBAN: Seorang lelaki warga India maut dipercayai ditikam rakan serumahnya dalam pergaduhan di sebuah rumah di Taman Happy Jalan Pantai Batu 1, Port Dickson dekat sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat mengenai insiden berkenaan pada pukul 2.30 pagi.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa, seorang pekerja am berusia 22 tahun bersama-sama rakannya warga Pakistan, 26, menikmati minuman keras di dalam bilik suspek di bahagian atas rumah kira-kira 12.30 tengah malam sebelum berlaku pertengkaran mulut dipercayai selepas mangsa menyatakan meminati adik lelaki itu.
"Pergaduhan itu menyebabkan mangsa ditikam menggunakan sebilah pisau berukuran 30 sentimeter dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di bahagian dapur di tingkat bawah pada pukul 1.50 pagi.
"Susulan kejadian itu, lelaki yang juga rakan sekerja mangsa itu ditahan selain pakaian, telefon bimbit dan pisau yang digunakan untuk menikam mangsa dirampas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Aidi Sham berkata difahamkan mangsa baru setahun bekerja di sebuah kilang di Port Dickson.
Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk bedah siasat manakala suspek direman tujuh hari mulai hari ini (3 Jan).
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 03 2022

Kedua-dua mangsa dan suspek dipercayai minum minuman keras sebelum pertengkaran tercetus. - Gambar/ Sinar Harian/ Ihsan PDRM
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

Mengaku suka adik rakan serumah, lelaki maut ditikam
Seorang lelaki warga India maut dipercayai ditikam rakan serumahnya dalam pergaduhan di sebuah rumah di Taman Happy Jalan Pantai Batu 1, Port Dickson dekat sini awal pagi tadi.