KEPALA BATAS: Kerana marahkan adik tidak mahu memberikan rokok, seorang lelaki dipercayai membakar rumah pusaka keluarga dalam kejadian di Pokok Sena, Kepala Batas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Assiten Komisioner Mohd Asri Shafie, berkata dalam kejadian jam 9 malam Rabu itu, suspek berusia 47 tahun yang juga penagih dadah dipercayai memulakan kebakaran di bilik tidurnya.
Katanya, suspek dipercayai membakar langsir rumah menggunakan pemetik api sebelum api merebak ke keseluruhan rumah.
"Siasatan mendapati suspek yang baru keluar dari penjara pada bulan Jun lepas dikatakan mengamuk dan marah selepas adiknya enggan memberikan rokok kepadanya.
"Adik suspek yang tidak tahan dengan amukan suspek telah keluar ke Balai Polis Kepala Batas untuk membuat laporan tentang kejadian itu.
"Bagaimanapun semasa dalam perjalanan ke balai polis, dia mendapat panggilan daripada jiran yang memberitahu suspek telah membakar rumah keluarga mereka.
"Rumah dua tingkat yang mempunyai lima bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu dan dapur itu didiami oleh ibu mereka selain suspek dan adiknya.
"Ketika kejadian, hanya suspek berada di rumah manakala ibu mereka melawat anak perempuannya di Balik Pulau," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Asri berkata, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan mempunyai 14 rekod kesalahan lampau.
Suspek direman di Mahkamah Butterworth dan kes disiasat dibawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan .
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Aug 24 2023

Suspek dipercayai membakar langsir rumah menggunakan pemetik api sebelum api merebak ke keseluruhan rumah. - Gambar/ JBPM

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Lelaki mengamuk guna senjata, lima individu cedera
Polis menahan seorang lelaki yang mengamuk dengan bersenjatakan parang dan tukul sehingga mencederakan dua lelaki serta tiga wanita di sebuah restoran di Batu 3 di Sabah pagi tadi.

Lelaki dipenjara lima tahun miliki parang di tempat awam
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah memiliki parang di tempat awam.

Kes mengamuk guna parang di Telok Panglima Garang
Seorang lelaki mengamuk dengan bersenjatakan parang gara-gara ditegur muntah dan buang sampah keluar dari kenderaannya di Telok Panglima Garang di sini pada Sabtu.

Lelaki ceroboh, mengamuk pecah patung kuil ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang menceroboh dan mengamuk dengan memecahkan patung milik sebuah kuil di Matang dekat sini pada Rabu.

Mengamuk tak dapat rokok, lelaki bakar rumah keluarga
Kerana marahkan adik tidak mahu memberikan rokok, seorang lelaki dipercayai membakar rumah pusaka keluarga dalam kejadian di Pokok Sena, Kepala Batas.

Lelaki mengamuk maut akibat pendarahan pada paru-paru
Polis Kelantan mengesahkan kematian seorang lelaki yang mengamuk di sebuah masjid di Pulau Melaka, pada Ahad berpunca daripada pendarahan di bahagian paru-paru.