PUTATAN: Pelan kontigensi perlu dibuat serta dilaksanakan dengan baik bagi mengelakkan isu gangguan bekalan air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berulang pada masa akan datang, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.
Menteri Kerja Raya Sabah itu berkata bekalan air di KKIA mula pulih sekitar 2 petang semalam, bagaimanapun katanya ia dilihat tidak wajar berlaku kerana gangguan itu disebabkan kerja penyelenggaraan berjadual tangki air yang sedang dicuci.
"Kami sedang menyiasat mengapa (tiada bekalan air) kerana kerja dijalankan itu adalah penyelenggaraan berjadual, sepatutnya sebelum mula semua (kerja penyelenggaraan berjadual) pelan kontigensi telah diambil tetapi mengapa hingga tiada bekalan air di lapangan terbang. Kita tunggu laporan.
"Langkah pencegahan akan dilakukan bagi mengelak perkara ini berulang ketika kerja penyelenggaraan pada masa akan datang," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Shahelmey di Dewan Sri Putatan di sini hari ini.
Semalam, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam kenyataan memberitahu semua penerbangan diminta untuk mengisi bekalan air pesawat di tempat asal sebelum berlepas ke KKIA susulan gangguan bekalan air di lapangan terbang itu, dan berita itu tular di media sosial menimbulkan rasa kurang senang terutama pengembara menggunakan KKIA.
Sementara itu, Shahelmey berkata beliau masih tidak berpuas hati dengan sistem agihan bekalan air yang dikendalikan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), justeru langkah tuntas perlu dilaksana bagi mengatasi perkara tersebut.
"Saya sendiri telah minta penubuhan suatu jawatankuasa yang khusus bagi kita menambah baik agihan bekalan air antaranya di kawasan Pantai Barat Sabah ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023

Semalam, MAHB memberitahu semua penerbangan diminta untuk mengisi bekalan air pesawat di tempat asal sebelum berlepas ke KKIA susulan gangguan bekalan air. - Gambar fail

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Gangguan elektrik di KKIA disebabkan masalah teknikal bangunan - SESB
Idris Mohd Noor berkata tiada sebarang masalah atau gangguan pada sistem bekalan elektrik daripada pencawang milik SESB yang membekalkan elektrik ke KKIA.

Pelancong Korea 'serbu' Sabah, lapangan terbang sesak
Situasi berlaku susulan lima syarikat penerbangan dari Korea Selatan mendarat di KKIA pada jarak masa yang dekat.

"Mengapa tiada bekalan air di lapangan terbang?" - Kerajaan Sabah siasat insiden di KKIA
Pelan kontigensi perlu dibuat bagi mengelakkan isu gangguan bekalan air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berulang.

Sabah sambut penerbangan terus dari China pertama sejak pandemik
Menurut Lembaga Pelancongan Sabah (STB), pesawat AirAsia itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) 5.30 pagi tadi.

Pacuan empat roda, lori langgar kereta api dekat KKIA
Dua buah kenderaan dilanggar oleh sebuah kereta api milik Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS).

KKIA tidak lagi mampu tampung penumpang udara pada masa depan
KKIA mempunyai kapasiti 9 juta penumpang setahun dan jumlah penumpang udara pada 2019 melalui lapangan terbang itu adalah 9.4 juta.

Air mata kegembiraan iringi kepulangan rakyat Sabah selepas dua tahun
Tangisan kegembiraan dan laungan "Kami sudah pulang!" memenuhi setiap ruang Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini.

Pendapatan pemandu teksi KKIA terjejas
Dia mendakwa hanya mampu meraih pendapatan sebanyak RM450 sahaja setiap bulan berbanding sebelum ini.

Tak puas hati potong barisan, teksi rempuh tiga kereta di KKIA
Paparan video itu antara lain menunjukkan tindakan lelaki berbaju jingga memandu kereta jenis Proton Iswara merempuh kenderaan lain.

Bekas pegawai MAHB didakwa lima pertuduhan rasuah melibatkan RM41,000
Seorang bekas pegawai eksekutif MAHB mengaku tidak bersalah kepada lima pertuduhan rasuah melibatkan keseluruhan wang berjumlah RM41,000.