IPOH:Kerajaan negeri melancarkan Program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) yang akan memberi manfaat kepada hampir 200,000 pelajar di seluruh Perak khususnya daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah (B40).
Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata sasaran utama program ini adalah untuk membantu pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama termasuk 40,642 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sepatutnya menduduki ujian pada tahun 2020, tetapi ditangguhkan ke tahun ini ekoran pandemik COVID-19.
"Turut mendapat manfaat secara langsung daripada program TCS ialah 37,894 pelajar yang menduduki peperiksaan utama pada 2021, pelajar Tingkatan Empat (30,320), pelajar Tingkatan Satu (31,761) dan murid Tahun satu (31,742).
"Melalui program ini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak akan menyediakan guru dan tenaga pengajar yang memberikan tuisyen atau kelas tambahan bagi subjek-subjek kritikal iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.
"Program ini bakal merangkumi inisiatif dan bantuan khusus iaitu tuisyen dan kelas tambahan, bantuan khas makanan, program latih tubi menjelang peperiksaan, seminar menjawab soalan peperiksaan dan penyediaan bahan pengajaran berasaskan video interaktif.
"Program ini sudah bermula Isnin lalu yang melibatkan 244 buah sekolah dan 488 orang guru," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media secara maya menerusi aplikasi Zoom seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Program Tuisyen Cikgu Saarani dan Penyerahan Replika Cek Sumbangan Bantuan Khas Makanan, di sini pada Rabu.
Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia,Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Dr Mohd Suhaimi Mohamad Ali, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Rahimah Mohamad dan Yang DiPertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Negeri Perak, Suhaimi Harun.
Jelas Saarani, buat permulaan kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM2.7 juta bagi bantuan khas makanan kepada 35,639 calon SPM yang menghadiri sesi persekolahan dan kelas tambahan di sekolah sebagai persiapan akhir menjelang peperiksaan.
Ujarnya calon SPM berkenaan akan diberikan makanan tengah hari secara harian selama 15 hari sehingga mereka menduduki peperiksaan yang dijadualkan bermula 22 Februari ini.
"Seperti yang semua maklum, dahulunya saya cikgu jadi saya mulakan jawatan sebagai Menteri Besar ini waktu saya sedari para pelajar di sekolah-sekolah terutamanya luar bandar sedang bergelut menghadapi SPM yang sudah bertunda-tunda.
"Saya dapat maklumat daripada Pengarah dan Timbalan Pengarah Pelajaran, Exco Pelajaran dan keluarga pelajar menceritakan mereka ada satu program iaitu membuat kelas tambahan secara intensif setiap petang.
"Kebimbangannya ialah kalau nanti tiada makanan tengah hari maka pelajar lapar dan kalau mereka balik makan dikhuatiri tidak sempat kembali ke sekolah," katanya.
Dalam pada itu katanya, selain menggunakan dana kerajaan, peruntukan tersebut turut meliputi sumbangan kewangan daripada syarikat milik kerajaan negeri (GLC) iaitu Perbadanan Menteri Besar (MB Inc), Lembaga Air Perak (LAP), Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).
Aida Aziz
Wed Feb 03 2021
Saarani (kiri) pada sidang media secara maya merasmikan Majlis Pelancaran Program Tuisyen Cikgu Saarani dan Penyerahan Replika Cek Sumbangan Bantuan Khas Makanan pada Rabu. - Foto Astro AWANI
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
Perak kekal kerajaan campuran PH-BN meskipun Persekutuan mungkin berbeza - MB Perak
Kerajaan Perak yang terdiri daripada gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuat sebarang penilitian semula berhubung kerjasama itu.
Menteri Besar Perak lancar Program Tuisyen Cikgu Saarani
Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata sasaran utama program ini adalah untuk membantu pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama.
Politik Perak: Tiga Presiden berjumpa, 99.9% krisis Perak diselesaikan hari ini - Ahmad Maslan
Muhyiddin, Zahid Hamidi dan Hadi Awang bertemu di Parlimen cari jalan penyelesaian krisis politik di Perak.
Pemimpin PH menghadap Sultan Perak: Apa bakal jadi esok?
Perkenan itu dibuat Sultan Nazrin seiring duluan (precedent) sebelum ini termasuk sewaktu pembentukan Kerajaan Negeri Perak pada 2018 dan krisis politik awal tahun ini.
Politik Perak: Mungkin usaha penjajaran politik baharu UMNO - Pakar
"Realiti politik kini adalah kerjasama politik itu tidak mustahil walaupun asasnya ada perbezaan,"
Faizal Azumu, Speaker DUN menghadap Sultan Perak petang ini
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah petang ini.
Tidak kecewa, ikrar jadi pembangkang bantu Kerajaan - Asmuni
Bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dari Pakatan Harapan (PH) tidak sesekali berasa kecewa atas peralihan kerajaan yang berlaku.
'Arshad Ayub - Menanam Pokok Tempat Berteduh'
Tidak ramai insan di dunia yang mencapai usia melebihi 90 tahun; dan bilangan yang kekal sihat, serta cergas secara fizikal, dan cerdas secara mental, ketika berada dalam usia tersebut.
Perak kaji hadkan operasi pusat hiburan sehingga 1 pagi
Kerajaan Perak akan mengkaji untuk memendekkan waktu operasi semua pusat hiburan di negeri ini kepada pukul 1 pagi setiap hari.